Raya Macam Tak Raya

|

Setelah bersabung nyawa menahan lapaq dan dahaga sepanjang 30 hari, akhirnya segala dugaan berakhir. Syawal yang di nanti kini tiba lagi. Kini sudah 21 kali (mungkin 22 atau 23) aku menerima kunjungan bulan yang penuh kegembiraan. Jika dulu sewaktu aku masih terkekeh2 air liur meleleh bersetahun jagung, raya ni macam suatu peristiwa paling penting. Mana tak nya, tiap kali raya konfirm dapat duit raya, boleh kembali membalun makanan dan kuih muih sepuas2nya terutama Almond London.

Kini setelah genap hidup aku mencapai tahun yang ke 21, selang sebelas hari kemudian muncul lah hari yang ditunggu oleh seluruh umat islam untuk menyambut hari kemenangan. Tapi, aku rasa macam takda apa-apa. Hari raya seperti hari-hari yang biasa, macam hari isnin, selasa, rabu, khamis dan seterusnya.

Hari pertama aidilfitri aku dimulakan dengan bunyi jam loceng yang menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Macam biasa, aku bangun, mandi dan bersiap. Bukan bersiap pakai baju melayu tapi pakai kemeja oldtown white coffee. Hari ni aku kena kerja dari pukul 8 pagi sampai 4.30 petang. Keluar je rumah dalam pukul 7.40 pagi. Nak jamah sedikit nasi impit dan rendang ayam yang mak aku buat pon tak sempat. Sambil berjalan nak pergi kerja, tengok jiran-jiran aku semua bergaya dengan baju melayu dan baju kurung diorang. Ada yang berjalan kaki nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Aku lak pagi2 masuk kerja sembah customer. Cehh!

Sampai2 je kat tempat kerja aku, macam biasa lah kerja aku tiap pagi. Mop lantai, kemas meja, susun tray, bentang karpet, lap cermin dan bersedia untuk menerima pelanggan. Dengan hidung aku yang penuh dengan hingos, kepala aku dah naik pusing. Aku ingat semua orang pon pergi beraya dan takde la datang nak mencekik kat situ. Sekali customer yang datang punya la ramai. (cina mana ade sambut raya aidilfitri woiitt!!) Dah la pekerja yang masuk bahagian servis dengan aku tu pekerja asing. Buat kerja lembab, tak faham bahasa inggeris, inikan pulak nak faham bahasa melayu, asyik nak bersembang. Rasa cam nak baling tray je. Last2 aku punya emosi tak stabil, aku bertekak dengan customer. Memang cam nokharoomm.

Pukul 12, aku dah mula pening kepala, kemudian sakit belakang. Last2 kepala aku sakit, hidung aku makin parah. Sah-sah aku demam.

Balik je kerja dalam pukul 4.30 petang. Sampai je rumah, tengok mak bapak aku dah bersiap nak keluar. Makcik2 aku pon ada kat rumah aku. Bapak aku ajak aku ke Bukit Jalil yakni rumah makcik aku. Sekali bila dikira-kira, tak muat kereta. Mak aku, bapak aku, makcik2 aku dengan anak dia sorang. Jumlah ada 5 orang. Kalau nak kena saman, sumbat lah aku. Tapi diorang takde duit nak bayar saman. Jadi aku tak dapat ikut. Dan sekarang aku sorang-sorang kat rumah. Nak berjalan pon tak larat, kalau setakat pergi NSK tu boleh la. Hingus masih lagi meleleh2 keluar dari hidung. Kepala masih sakit.

Kini aku di rumah, bersama dengan 2 ekor kucing yang tak habis2 mengiau mintak makan, dalam keadaan demam dan takde mood. Hari raya aidilfitri yang tiada jauh bezanya macam tahun lepas. Damn!