Doraemon: Nobita dan Negara Awan

|

Semenjak aku dok rumah ni aku memang tak boleh nak online langsung.. Jadi CC ni aje la tempat aku nk melempiaskan segala nafsu serakah gian aku.. haha! semalam petang pas je aku online aku terus je pergi pasar malam kat Selayang Indah. Orang2 kat selayang memang tau la setiap hari Sabtu mesti ada pasar malam..

Setiba nya aku kat pasar malam, mata aku tersuluh terang mencari Pecal untuk mak aku.. sedang aku scanning, scanning dan scanning, aku ada nampak satu stall jual VCD. aku usha la jap mana tau ade cerita best keluar.. tiba-tiba mata aku tertarik dengan 1 cover VCD ni.. macam kenal betul la... bila aku perhati betul2....
*
*
*
*
*
*
*

Doraemon: Nobita and The Kingdom Of Cloud

Time tu aku rasa cam nak nanges, AKU NAK BELI VCD NI!!! belek2 dalam poket, ade rm2 je.. terus aku lari balik rumah, ambik rm5 dalam wallet aku dan berlari balik pegi pasar malam dengan harapan tak de orang yang nak beli VCD tu..

wei aim, sape je yang nak beli VCD tu? kau je kot..

*********************
dulu time aku darjah 5, aku ada VCD Doraemon ni, cerita dia memang best... BAGI AKU BEST LA.. TAK TAU KORANG CAMNE KAN.. Dan ni lah satu2nya cerita Doraemon yang pernah buat aku menanges sebab jalan cerita dia, lagi2 ada part menarik bila Doraemon korbankan diri dia semata2 nak selamatkan kerajaan awan dari Pemburu Jahat..

Oleh kerana aku asyik tengok cerita ni, mak aku naek meluat.. Sampailah satu time tu, exam aku time darjah 6 teruk gile. Pastu tengok VCD, tak reti nak simpan balik kat tempat dia.. Mak aku dengan bangga nya ambik VCD tu, PATAHKAN, dan buang dalam tong sampah.. Aku punya la sayang ngn VCD tu, pergi seluk tangan dalam pelastik sampah nak ambik balik the broken VCD tu, smpai luka2 tangan aku sebab tertusuk tulang ikan.. 

Memang time tu, aku menangis tak henti2 sebab cerita yang paling aku suka, dah di hancurkan oleh seorang 'raksase' besar yang garang.. hahaha !

************************

Tapi malam tadi, aku bagai nak nanges bila nampak balik VCD tu. Sebelum ni sebab ketagih sangat nak tengok cerita tu, siap search kat internet kot2 aku boleh download cerita ni, tapi tak dapat jugak.. Last2 dapat jugak aku tengok cerita ni setelah beberapa tahun sengsara akibat tragedi yang sangat tragis tu.... Sob Sob Sob !!