Showing posts with label pasal gua. Show all posts
Showing posts with label pasal gua. Show all posts

Aim Zulhashim 26 Tahun; Impian & Cita-Cita

|


"masihkah bersedih pada hakikat dikurniakan padamu, bukankah cita-citamu memperjudikan kasih sayang....."

1. Pukul 5.58 pagi, tanggal 20 April 2016, aku mulakan karangan yang berbaur bebelan serta isi-isi yang penuh dengan.. Hmm.. Macam mana nak cakap eh? Haaa! Dulu bila orang tanya kat aku apa cita-cita aku. Aku tak tahu nak jawab apa. Waktu sekolah rendah aku jawab nak jadi driver bas CityLiner. Sekarang bila orang ajukan soalan yang sama, aku terdiam.

2. Sebenarnya dari pukul 2 pagi tadi (kalau tak silap aku lah..) aku busy mengerjakan video-video yang masih belum siap. Yelah, nanti kang kalau aku tak siapkan video, aku takde payment. Bila takde payment, aku takde duit, bila aku takde duit, aku miskin. Bila aku miskin, aku stress. Bila aku stress, semua orang aku marah.

3. So, dengan kudrat tenaga yang masih berbaki lebih kurang secubit garam secukup rasa, sambil mengharapkan tenaga tambahan yang aku peroleh hasil dari air milo panas bercampur nestum yang aku bikin dengan penuh rasa kasih sayang, diharap bolehlah membantu aku untuk berjaga sampailah video ni siap. Entah bila nak siap, aku tak tahu lah. Ahhh! Tak kisah! Janji dapat payment.

4. Ohh, by the way, hari ni aku baru daftarkan syarikat aku. Yes, CH MediaGraphy. Alhamdulillah, akhirnya aku punya syarikat sendiri setelah selama beberapa bulan ni, perniagaan aku dijalankan secara 'haram' tak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hehehehehehe!

5. Alang-alang dekat pejabat SSM tu, ada pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. So, aku renew la IC lama aku yang chip nya dah tak boleh dibaca, dengan terkopak sana terkopak sini, dengan gambar IC serupa penyangak Sarip Dol kampung dusun. Fuhhh! Siap jugak. Finally IC aku senonoh sikit berbanding yang sebelumnya. Hahahaha! Aku renew IC aku sebab siang nanti aku nak buka akaun bank syarikat. Senang nak berususan. Nampak profesional sikit. Fuhhh!

6. Tiba-tiba, aku macam ketandusan idea. Tak tahu nak mengolah video ni macam mana. Aku mati akal, muka dah jadi petak, otak dah blank. Badan dah letih sebab lama sangat ride motor tadi. Aku lepaskan genggaman tangan kanan aku dari tetikus. Ikut hati nak main game. Ikut badan rasa macam nak tidur je. Sumpah, aku letih gila ni.

7. Ok, aku decide untuk tidur. Aku bentangkan selimut TOTO Narita di lantai studio yang berpasir. Celaka betul. Tiap hari sapu lantai pun masih berpasir lagi.

8. Aku labuhkan badan kepeng yang perutnya menjadi idaman wanita seluruh dunia (yes! buncit!) ke atas TOTO Narita yang aku bentang tadi. Aku pejamkan mata. Tapi, sebagai manusia yang dah biasa berjaga malam dan tidurnya pada siang hari, masakan aku boleh tidur. Sebab aku letih nak mampus. Kadang-kadang aku nak tidur pun tak boleh bila badan aku dah terlalu letih.

9. Alunan bunyi cengkerik yang membingit, berdendang kat dalam gegendang telinga aku. Aku mula berangan, aku mula terbayang. Terbayang masa depan aku. Aku terfikir dengan usaha aku dalam menjayakan syarikat aku. Boleh jadi kaya tak dengan main video? Paling tak pun, boleh jalan ke ni?

10. Aku teringat lagi pada tahun 2014. Zaman aku menganggur tak bekerja. Entah kenapa aku pemalas gila waktu tu. Tiap hari aku duduk rumah, menghadap komputer, tengok movie, main game, main Facebook, main Twitter. Itu je lah kerja aku seharian di rumah. Tak keluar tengok dunia luar pun. PC kat rumah tulah dunia aku.

11. Sampai satu masa tu, aku punyalah terdesak nak dapatkan duit. Aku keluar rumah, cari tin, cari besi, cari surat khabar, kemudian aku jual. Dapatlah lima ringgit. Cukup-cukup untuk aku isi minyak motor dan segelas teh o ais.

12. Sebenarnya, waktu tu aku dah putus asa. Putus asa dengan segala-galanya. Bermacam-macam janji orang tabur kat aku sambil berkata "ohh! Satu hari nanti kau akan di-transform-kan from nothing into something. Janjikan stesen minyak lah, janjikan untuk jadi artis lah. Tapi janji hanya tinggal janji, tinggal sejarah. Semuanya palsu belaka. Pandai tabur janji tapi tak tunaikan. Tinggalkan aku jadi bangang, bingai, terkontang-kanting macam tu je. Tak rasa bersalah ke woi?

13. Aku tinggalkan segala apa yang aku ada untuk kejar cita-cita yang aku tak tahu bahawa semuanya palsu belaka. Andai aku ahli nujum dan aku tahu kesudahannya jadi begini, aku persetankan saja mereka semua. Mungkin akan aku acukan saja jari tengah kepada mereka agar mereka faham betapa jahanamnya mereka semua.

14. Aku putus harapan, putus asa, malas nak berharap apa-apa. Kira macam berserah je. Kalau ada benda tu, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Aku lebih bahagia duduk rumah, jadi manusia tak berguna dengan menghabiskan masa depan PC buat benda-benda lagho.

15. Cuma, sampai bila aku harus jadi macam ni? Terus diam tak berbuat apa-apa, takkan bawa aku ke mana-mana.

16. Kini, umur sudah meningkat. Makin tua. Aku perlu lakukan sesuatu. Kini aku benar-benar berharap segala usaha yang aku dah rancang membuahkan hasil. Yes, jayakan CH MediaGraphy sebagai sebuah production video yang berdaya saing dengan production yang lain. Videografi adalah satu bidang yang aku sukai, aku minati dan aku cintai. Yes, aku sedang bercinta dengan kerjaya aku. Jadi, tolong jangan ganggu percintaan kami!

17. Aku gembira bila aku dapat pegang kamera, merakam setiap detik indah yang berlaku, kemudian aku abadikan semua kenangan itu di dalam cakera padat digital untuk tatapan mereka semua kelak.

18. Jadi, sekarang ni bila orang tanya apa cita-cita aku, itulah jawapan aku. "Aku nak gembirakan orang lain". Itulah cita-cita aku sekarang, bahagiakan orang lain agar aku bisa temui bahagia yang aku cari selama ini. Aku tak perlu pun sebenarnya menghancurkan kejayaan orang lain untuk puaskan dan gembirakan diri sendiri. Cukup dengan aku gembirakan orang lain, itu sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan aku.

19. Lupakan saja semua benda yang dah berlalu, biarkan segala kenangan pahit pergi dan jangan pernah cuba kembalikan semua kepahitan. Jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Aku mahu berubah, demi diri aku, demi keluarga aku, demi masa depan aku.

20. Semoga impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan. Doakan aku.

"janganlah memburu angin yang berlalu, kelak kau terima jawapan yang kecundang, pulang saja di mana permulaan langkahmu, biar saja angin itu terus berlalu...." -Wings, Biarkan Berlalu.

Kisah Dua Belas Tengah Malam

|
header baru. hewhewhew

Pukul 12:00 tengah malam, dengan suhu bilik 16 darjah celcius (terima kasih kepada penyaman udara York), aku kesejukan.

Aku naikkan suhu penyaman udara. Aku bukan nak suasana bilik yang sejuk membeku. Ingat aku ni daging beku pasar borong Selayang ke? Cukup lah aku dapat nikmati suasana bilik yang.. Hmmm.. Macam mana nak cakap eh. Suam? Boleh la kut.

"setelah kian lama.............. kau memendam dendam....."

Bait-bait dari lagu berjudul Teman nyanyian kumpulan XPDC berdendang dari corong-corong speaker yang ada di hadapan mata aku. Sudah 4 5 6 kali jugak aku ulang-ulang lagu ni. Hmmm. Bosan!

Aku belek-belek telefon bimbit. Tak ada apa-apa mesej dari aplikasi Whatsapp yang ditujukan khas kepada aku. Padahal dari tadi asyik memekak dengan notification. Whatsapp group yang banyak merapu dari cerita benda yang berfaedah. Bersembang pasal kulup lah, kerandut lah, tuit berbayar lah, makanan lah, fonsek lah, karaoke lah.

Ingat nak join nyanyi satu lagu. Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa. So, lain kali je lah.

Sebenarnya, selama 6 jam aku berada kat Sijangkang ni, aku harapkan tempat ni boleh beri aku ketenangan, seperti ketenangan yang aku raih minggu-minggu sebelumnya. Aman damai. Jiwa tenteram. Hidup sihat. Tenang tanpa sebarang duka lara. Ahhh.. indahnya.

Cuma, hari ni kepala hotak aku masih dipenuhi dengan segala macam negative vibes. Aku cuba rungkai dan kupas satu persatu. Aku tanya diri sendiri. Apa sebenarnya masalah aku? Aku yang aku nak sebenarnya? Tak kisah lah dari segi apa pun. Rohaniah? Lahiriah? Cinta? Harta? Kawan? Lawan? Sayang? Benci? Rindu? Dendam?

Akhirnya, aku hanya gelengkan kepala, mengeluh lesu sambil berkata kepada diri sendiri.

"entah?"

Aku keluar ke studio belakang. Ada satu gazebo kecil. Aku duduk di situ tanpa sebarang cahaya lampu. Berseorangan. Tempat yang gelap tadi menjadi sedikit terang setelah aku menyalakan api dari lighter berjenama Cricket.

Rokok Winston Merah Siam yang aku beli di kedai Acheh petang tadi, aku sedut asapnya. Suasana kembali kelam. Namun dapat juga aku raih sedikit rasa tenang. Aman damai.

Pelik.

Entah bagaimana racun nikotin, tar, err... dan segala apa lancau lagi entah racun-racun yang ada dalam rokok tu boleh menghadirkan rasa damai dalam diri. Eh, tak fahamlah aku dengan rahsia dunia ni. Pelik pelik pelik!

Kemudian aku terfikir kembali segala masalah yang aku hadapi sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan?

Adakah aku perlu cari jalan mudah, dengan membakul sampahkan saja semua masalah yang ada? Persetankan kamu semua. Aku sudah anggap kamu tiada. Bila di tanya, aku buat-buat lupa. Tak tahu. Jahil dan bodohkan diri. Pengecut!

Ataupun perlukah aku cari jalan sukar, dengan hadapi segala masalah untuk perbaiki semula keadaan? Semuanya akan aku habisi, ku bunuh satu persatu. Aku hunus segala senjata yang ada, walaupun hanya menggunakan buku lima. Aku tumbuk, aku sepak, aku tikam, aku tembak. Nah, mampus kau di sana! Tiada hati perut!

Tapi, ada satu masalah tiba-tiba muncul. Masalah ini lebih berat dari segala masalah yang ada. Ini bukan masalah minor. Ini sangat major. Tiada jalan mudah untuk aku selesaikan. Hanya jalan sukar. Aku kena hadapi masalah ini dengan kadar segera!

Rokok yang tinggal separuh, aku campakkan saja. Segera aku berlari masuk ke satu sudut gelap, tanpa sempat aku buka lampu. Aku hempas pintu kuat-kuat. Aku kerahkan sepenuh tenaga. Mataku jadi malap, gelap. Nafasku berombak kencang, dengan segala kudrat yang ada, aku gunakan sehabisnya!

Celaka! Apakah dugaan malam ini? Apa lagi ujian mahu kau berikan pada aku?

*plup!*

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku mampu mengukir satu senyuman manis bercampur kelat. Sambil berkata..

"waduh.. sukses sudah aku ngiseng! ni mesti angkara nasi ambeng wak ni. celaka!"

Okay, bye!





Selepas Setahun Lebih Blog Bersawang

|


Kepada:
Semua pembaca-pembaca blog aku yang mungkin tak pernah wujud pun.

Astaghfirullah hal 'adzim. Ada lagi rupanya blog aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHA.

1. Tanggal 11 Jun 2014 adalah tarikh terakhir aku mengarang dalam blog ni. Dan dalam tempoh aku berhiatus dari dunia blogger ni, aku tak pernah terfikir langsung pasal nak update blog ke, customize blog ke, sampai aku sendiri lupa yang aku pernah ada blog. Kahkahkahkah!

2. Yelah, terlalu busy dengan hidup, dengan kerja. Aku dah ada life lah senang cerita. Gituuu. Jadi, setelah hampir dua tahun aku tak update blog, hari ni secara eksklusifnya aku nak bercerita.

3. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak merepek dan membebel apakebenda dalam blog ni. Masih lagi busy dengan kerja, dengan hidup yang tak tentu arah macam manusia tak ada pedoman hidup.

4. Well, aku masih lagi sihat, masih lagi kacak bergaya, masih tebal sifat riak takabbur ujub dalam diri. Bila nak berubah, aku pun tak tahu lah.

5. Currently, bercinta dengan kerja. Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang videography dan broadcasting, Alhamdulillah, sekarang sudah punya production kecil-kecilan milik aku sendiri. CH MediaGraphy. Kini sedang mengerjakan big project pertama kami, Video Klip dan karaoke untuk album terbaru Mustar; Juara Kilauan Emas 5 dan juga video klip untuk album 'Warisan Ottai Klang' yang akan keluar tidak lama lagi.




6. Masih single dengan jayanya. Kahwin? InshaAllah tahun 2030 nanti aku kahwin lah. Dengan Mira Filzah, inshaAllah. Kalau bukan Mira Filzah? Ermmm.. Kalau ada jodoh, adalah. Tak ada, tak adalah. KAH! BERANGAN KUAT AKU NI!

7. Pernah bekerja di Starbucks selama beberapa bulan. Sebelum tu pernah busking di hadapan SOGO, Ampang Park dan Enjoy's Corner Taman Melati. Masih memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Fuhhh!

8. Sedang gigih berusaha untuk merakamkan single pertama, lagu yang berjudul 'Andainya', berkolaborasi bersama G-mie Screen, Jas Fair, Daus Buskers, dan Warisan Records.

9. Masih enggunakan motorsikal Yamaha LC135. Motor standard, tak convert apa-apa lagi. Dalam perancangan nak modifikasi enjin untuk kelajuan yang lebih padu. Ohh, belum ada kereta lagi. Nanti lah aku beli sebijik. Target nak Hilux. Kahkahkahkah!

10. Tu je lah aku nak cerita. Sebab kerja aku banyak lagi ni. Nanti aku update lagi. Mungkin kena ada orang yang ingatkan aku. Apa-apapun, semoga hidup korang semua sentiasa dirahmati.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK FA SELANGOR, FC BARCELONA, SILVER ARROWS, TWITTER, VSCO CAM, INSTAGRAM, EDIUS, ADOBE AFTER EFFECTS, DAN YAMAHA 135LC.

Aim Zulhashim
Sijangkang Batu 8
Klang
Selangor Darul Ehsan.

Blogger Bosan Nak Mampus

|



By the way sebelum kau mula membebel please Aim, cut the BS like "ohh.. kesian blog gua dah bersarang, nangis-nangis blog ni tunggu tuan dia update.." - My Imaginery Friend

KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH KAH!

'Kah kah kah' tu saje je aku buat. Tiru style blog Hisham Rais dengan Ameno World. Bak kata Mu'min, "baru styleee...!!". Ok, takde benda yang kelakor pon.

Mu'min, budok Kuale Kangsor kerja kat Petronas Pak Nun Solaris Serdang. Dah berenti kerja minggu lepas.

Wow. Dah genap setahun aku tak mengarang dalam blog ni. Sebabnya aku sendiri tak tahu nak cerita apa. Plus, ada lagi ke orang berblogging ni? Kebanyakan yang aku nampak masih berblogging ni cuma makhluk-makhluk yang copy paste artikel orang lain, buat tajuk panas-panas lepas tu publish kat page Kelab Blogger dalam Facebook. Aku klik link, tak sempat nak baca satu baris ayat terus keluar pop-up "kalau nak baca tekan LIKE dulu" lah, "sila tekan button LIKE untuk terus membaca" lah, "sila klik LIKE sebagai tanda penghargaan" lah. Macam sial. Blogger dah tak seri macam dulu. Muram dan suram. Sebab tu ramai yang malas nak layan blog dah. Update blog pon takde siapa yang nak baca. Lagi-lagi post aku yang ni. Ada ke yang nak baca? Hahaha!

Some bloggers buat macam tu sebab nak cari duit. How? Camni, diorang iklankan kat Facebook sebuah perkhidmatan, errr.. macam mana aku nak cakap eh? Ok, katakan lah "PAKEJ PAGE KORANG AKAN DAPAT 100,000 LIKE DALAM MASA 3 HARI". Kemudian contohla ada satu page purchase pakej ni. Lets say nama page tu, 'KELAB BETINA GATAL' yang memang tak laku likers. So, korang-korang yang klik pop-up LIKE bila nak baca artikel dalam sesebuah blog tu sebenarnya korang telahpun menge-LIKE page 'KELAB BETINA GATAL' tersebut.

Untuk menarik likers yang banyak, blogger kena la post sesuatu yang boleh buat ramai orang tertarik untuk baca sesuatu artikel tu. Lalu, keluarlah surah-surah yang mostly.. Well, mostly cerita dalam kain ler. 'Anak Dara Comel Kena Kekah Dengan 14 Lelaki' lah, 'Guru Terlampau Berjoget Kat Pasaraya Tesco' lah, 'ZaqOne Raya Haji Mesej Cium-Cium Dalam WhatsApp' lah. Biasalah tu. Orang Malaysia memang suka cerita-cerita macam ni kan. Melayu Boleh? Malaysia the Bolehland? Whatever.

Aku takde plan pon nak shut down blog ni. Woooo Nehi Nehi! Mushtaheeeeel. Impossible. Ini nostalgia gua bhai. Kalau ada benda yang aku nak luah, kat sinilah tempat dia. Dari kisah membebel pasal benda bodoh, mengumpat kolej, mengutuk lecturer, mengkritik gomen, menghentam pembangkang, mengarang puisi, mostly aku akan luah kat sini. So, senang cerita I can never see myself delete this blog lah.

Tengoklah, kalau turun hidayah untuk aku membebel lagi, aku bebel lah. Terasa macam nak mula mengarang puisi atau lagu.

Alahhhhhhh, in the end takde sape pun yang nak baca blog aku ni kan. Betul tak?

Kbai.

First Debut With UltraSel

|
p/s: ini adalah entri yang panjang, pada yang berminat nak baca, boleh sediakan jajan dan air mineral atau berkarbonat sambil menikmati cerita separa bosan tapi sangat bermakna buat guwa. TQ.

segalanya bermula di sini.

Guwa masih teringat lagi waktu 1st debut dengan ULTRAS MALAYA waktu final Piala AFF Suzuki Cup Malaysia mentibai Indonesia penghujung tahun lepas. The atmosphere is freakin amazing! Masih lagi merindukan saat-saat kesurupan yang tak dapat diluah melalui kata-kata. Hanya dengan hadir menyertai mereka dan merasai sendiri suasana, barulah kita boleh tahu betapa nikmatnya berada di curva untuk berjuang bersama-sama komrads yang lain. Ini mendorong guwa untuk terus bersama lagi dengan diorang.

Well, serius cakap guwa ketagihan untuk merasai semua ni. Jadi everytime ada game Malaysia guwa akan try pergi. Diteruskan dengan menyertai UM pada friendly Malaysia vs HongKong di Stadium Shah Alam diikuti Malaysia vs Lubnan dan kali terakhir pada Malaysia vs Singapork di Bukit Jalil. Banyak kali juga la aku miss peluang nak join diorang, antaranya ke KB untuk fight Burma, waktu lawan Pakistan di Shah Alam (kott? atau Bukit Jalil), dan rombongan ke Jalan Besaq untuk kamikaze Singapork.

Yes, ingin guwa nyatakan sekali lagi, ini adalah ketagihan. Bersama Ultras adalah satu ketagihan. It's like coke (bukan coca cola, it's some kind of drug); kau dah sedut coke banyak kali, tiba-tiba bekalan coke kau dah habis. Untuk tunggu bekalan coke seterusnya ada masa-masa tertentu sahaja baru bekalan baru sampai dan kau kena ada ekonomi yang cukup baru kau boleh dapat coke baru. Sama macam situasi guwa. Guwa join UM, dan guwa kena tunggu game Malaysia yang seterusnya baru guwa boleh join UM. Tapi pada masa yang sama guwa kena ada duit yang cukup untuk join UM atau guwa akan miss lagi peluang sama macam guwa miss untuk join UM seperti yang lepas-lepas. So, ketagihan ini perlu guwa lepaskan. Then guwa jumpa ini.

this is UltraSel atau Ultras Selangor. bukan jenama sel kering seperti Duracell.

Well, guwa ketika tu macam lebih kepada pemerhati senyap pada group ni. Guwa akan jenguk FB ultrasel dan lihat apa-apa perkembangan baru tentang ultrasel dan take note. Dalam hati guwa memang nak join diorang. Yes, guwa nak join diorang. Tapi guwa ketika tu masih belajar di Negeri Sembilan, guwa orang miskin, tak berduit, makan dan minum harapkan duit elaun. Nak berhutang memang tak dapat la sebab hutang waktu tu memang dah keliling pinggang, dan ada yang masih belum langsai lagi sampai sekarang. Plus, nak guna duit untuk final project lagi.

Sehinggalah di suatu ketika, gaji guwa baru keluar. Kebetulan Selangor dah layak ke suku akhir Piala Malaysia setelah puas bermain YoYo dengan Abam Devan di peringkat kumpulan. Misi 33 Selangor masih belum mati. Terasa ini adalah masa yang terbaik untuk mencuba sertai diorang buat kali pertama setelah sekian lama memendam rasa. Tapi macam mana nak pergi? Guwa nak pergi naik apa? Stadium Shah Alam tu kat mana? Naik bas apa? Nak balik macam mana sebab dah tengah malam? Ada ke warga ultraSel dari Selayang Baru? Macam-macam guwa persoalkan dalam kepala hotak ni. Tapi orang kata, kalau takde usaha memang tak kan dapat hasilnya. 

Jadi misi untuk ke Shah Alam dimulakan. Setelah tidak memalukan diri bertanya dalam page ultraSel, ada juga beberapa komrads dalam tu yang sudi menolong. Diorang bagi la beberapa cadangan, dan mujur ada bantuan dari group Red Giant Selayang untuk transport guwa ke Shah Alam. Big Thanks to saudara Ame Lee untuk transport ke Shah Alam. By the way, tak susah pon sebenarnya nak join ultras. Hanya bawak muffler (yang bercirikan negara atau team atau kelab) serta berpenampilan kemas dah cukup. Tak perlu nak daftar nama kat Suruhanjaya Ultras2 Malaysia (wujud ke?) atau bayar yuran bla bla bla. Paling penting, ada jiwa menyokong dan berdiri bersama-sama selama 90 minit; chanting and singing mengikut arahan Capo. Simple dan tak susah langsung.


bersama RED GIANTS SELAYANG

Ame Lee; thanks for the ride.

Dalam pukul 8.30 guwa dah sampai ke Shah Alam. Sampai je kat stadium terus beli muffler, kemudian masuk stadium cari territory ultraSel. Kali ni tempat diorang lain sikit dari asal. Selalunya kat gate 15, tapi ada sebab-sebab yang guwa tak tahu sangat kenapa, diorang terpaksa berpindah ke gate nombor berapa entah guwa tak ingat. Masuk dan bersalaman dengan komrad. DONE! Dengan ini penampilan pertama guwa dengan UltraSel di Stadium Shah Alam BERJAYA! Seperti biasa yang guwa katakan kat atas tadi, Ultras akan berdiri bersama-sama singing and chanting selama 90 minit tanpa henti. Yes, sebagai komrads baru dalam ultraSel, memang banyak chants2 diorang yang guwa langsung tak tahu. Tapi itu tak jadi masalah untuk guwa terus follow-up. Apa saja yang capo lead kita sing and chants, kita ikut saja. Kalau tak ikut, memang berterabur dan hancur.

Apa-apapun, ketagihan yang melanda selama ini akhirnya dapat dilegakan bersama ultraSel. A fresh coke from Selangorean is really stopping my self control. Rasa kesurupan lebih memuncak bila Selangor menjaringkan gol pertama menerusi freekick Ronaldinho Malaysia, abam Safiq Rahim. Ketika jaringan pertama Selangor tercipta, dari jauh guwa perhati kelibat Kesatuan Tarian 'Punggung-Punggung Anda' (Ass Ass You) yang tak henti menari-nari domba tiba-tiba terdiam kaku sedang ultraSel berpelukan bersorak meraikan jaringan pertama Selangor. Begitu juga dengan gol freekick Abam Safiq serta pesta meng-ayam2kan penjaga kebun sayur pasukan Perak untuk jaringan ketiga Selangor menerusi Kanchung.

this is where we are. (ehsan shahfreshtilldeath photography)

lead us capo! oh, by the way, ACAB! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

 raise up the muffler. Ooooo.......... Se! La! Ngor! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

the moment when our warriors gave us a diamond to shed our tears (ehsan shahfreshtilldeath photography)

Walaupun Abam Jeeva melepaskan satu jaringan buat Perak, it's not a sweat for us untuk terus chanting and singing for the team. Dan akhirnya setelah 90 minit, Selangor mencapai kemenangan dengan bekalan selesa 3-1 untuk di bawa ke Ipoh. Perjuangan masih belum selesai, Selangor akan berjuang sekali lagi di Ipoh, UltraSel akan turut berjuang di Ipoh, Well, guwa juga akan ke Ipoh pada jumaat ini untuk penampilan kedua berjuang bersama ultraSel. Semoga selamat pergi dan sampai.

well, the best team wins.

Bagi guwa, this is the second most best freakin moment selepas bersama dengan Ultras Malaya dan guwa mahukannya lagi. Untuk Selangorean yang nak join, jangan segan-segan untuk join curva 15. Tak perlu bayar, tak perlu daftar, hanya perlu ada jiwa dan semangat untuk menyokong. Akhirnya kau juga akan merasai apa yang guwa rasa dan menyertai Ultras bukanlah sesuatu yang merugikan.

Jom pergi Ipoh! 14 Oktober 2011.

*terima kasih banyak guwa ucapkan kepada sdr Muhammad Firdaus Abd Rahim yang tak henti2 paksa, ehh! Pujuk guwa untuk sertai ultraSel. (jangan marah ekk...hik3) Tak lupa kepada sdr Eday Villa (tak tahu nama betul.. haha!), yang sudi untuk membantu guwa untuk ke Shah Alam, serta kepada krew2 RED GIANTS SELAYANG especially sdr Ame Lee yang sudi menumpangkan guwa untuk ke Shah Alam tempoh hari. DAUN SELASIH DAUN KAYU, TERIMA KASIH THANK YOU.


Pukul 4 Pagi

|




(ps: ini adalah entri yang sangat bosan. entri ini ditaip untuk mendatangkan rasa mengantuk yang masih degil untuk hadir dalam diri ini.)


***********************************************


AIM ZULHASHIM
Selayang Indah,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

PER: LABONAN PUKUL 4 PAGI OLEH AIM ZULHASHIM

Hai, nama guwa Aim Zulhashim, atau nama samaran guwa Chrono Hunterz. Awek guwa pulak panggil guwa Locus. Ada orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa hensem macam Anuar Zain dan bila guwa menyanyi suara guwa sebijik macam Anuar Zain. Tapi guwa tak suka orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa bukan Anuar Zain. Dan guwa maseh muda. Selamat berkenalan.

2. Pukul 4 pagi, guwa masih segar kat depan PC ni sambil mengorek hidung yang penuh dengan khazanah semulajadi yang sangat bernilai. Terus terfikir untuk melabon sesuatu cerita dalam blog ni. Dengan pantas guwa capai tangan dan jejari ligat guwa kat papan kekunci PC guwa dan mula melabon.

3. Sebelum ni guwa punyai impian untuk memiliki Sony Ericsson Xperia X10, tapi sebab guwa kurang keyakinan nak kumpul duit banyak2, terus guwa kebas Nokia 5800 XpressMusic dari rakan kerja kat tempat kerja baru guwa. Sangat berpuas hati walaupun kadang2 terpaksa menahan geram sebab enfon tu selalu lagg. Ciss!

err... berbaloi ke guwa amek fon ni? macam tak je..

4. Bercerita tentang kerja pulak, guwa dah berenti dari kerja kat kopitiam Oldtown tu. Sekarang guwa meneruskan kerjaya di sebuah kedai game kat pasaraya NSK. Yehh, langkah yang guwa ambil untuk berhenti kerja memang tepat. Gaji pon kurang lebih je jika dibandingkan dengan tempat kerja lama guwa. Tugasan yang diberi cukup mudah! Duduk dalam kedai tunggu customer untuk jual DVD game PC atau XBOX atau PS2 atau NINTENDO WII dan beberapa servis lain. Kalau takde customer, guwa boleh online facebook ataupun main game PC atau PS2. Tambahan pulak customer sangatlah tak ramai. Bahagia kan. Hahaha!

5. UltraSel (Ultras Selangor); err... guwa sebelum ni pernah la pasang impian nak join diorang. Tapi tak berkesempatan. Sebabnya (bukan alasan!) takde duit, jauh, dan masih belajar. Kebetulan pulak gaji guwa baru je keluar hari tu. Jadi guwa plan nak buat 1st debut dengan UltraSel pada 10hb Oktober kat Shah Alam dan 2nd debut pada 14hb Oktober kat Ipoh. Kali ni guwa memang nak pergi, bukan angan kosong lagi. Namun semua perkara tertakluk kepada keadaan. Jika ditakdirkan guwa tak dapat pergi kali ni, mungkin bukan rezeki guwa untuk bersama diorang.


6. Bercerita tentang gaji guwa, nampaknya pengorbanan guwa bekerja waktu hari raya Aidilfitri sangat berbaloi. Sebab tu boleh beli telefon baru. Haha! Khas untuk Abdul Rasyid Salleh, hutang kau guwa bayar dalam bulan ni. Orait. Selebihnya guwa nak simpan untuk belanja guwa waktu LI tahun depan. Semoga guwa tak gatal tangan gunakan duit simpanan tu. Amin..

7. Mata guwa dah mula mengantuk, khazanah semulajadi dalam hidung guwa pon dah habis di gali, esok pagi dah kena kerja mula pukul 11.30 pagi, lepas tu petangnya pulak nak pergi Kuala Lumpur kejap sebab nak ambil jersi Barcelona yang guwa dah tempah untuk letak nombor dan nama kat belakang jersi tu. Kebetulan pulak ketika ini guwa sedang melancarkan program 'FAKK!!' secara besar-besaran terhadap line maxis braoadband yang sangat lembab macam cilaka.

8. Apa-apapun, selamat pagi dunia. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Sekian, Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK GAME, FACEBOOK DAN NEGARA


Sejujurnya,
Aim Zulhashim

Bagaimana Aku Kenal Pasukan Bolasepak Selangor

|
the only Selangor jersey i have. number 10; dedicated to Safee Sali

Malam ni, guwa masih boleh tersenyum kerana harapan pasukan Selangor untuk mara ke suku akhir akan tercapai setelah berjaya membenam pasukan PDRM 4-1. Tak sia-sia hari ni guwa pergi kerja pakai jersi Selangor. Nampaknya kini sentuhan P. Maniam lebih berbisa dari K.Devan. Hehehe! Guwa ni suka mengimbas kembali kenangan lalu; tiba-tiba teringatkan zaman guwa baru kenal apa itu pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.

Waktu tu guwa baru darjah 2, guwa masih lagi seorang budak yang pemalu, comel, kiut, miut, dan punyai rambut keriting macam Mika. Ceritanya bermula dengan seorang budak yang tua setahun dari guwa, dia duduk kat sebelah guwa waktu sekolah agama, namanya Mahali Bin Jasuli. Guwa tak tau la nak describe dia ni macam mana waktu tu. Tapi, dia lah yang memperkenalkan kepada guwa tentang dunia bola sepak dan pasukan Selangor.

Guwa boleh bayangkan betapa fanatiknya dia dulu dengan Selangor dan Liverpool. Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.

Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu. Dari situ la guwa boleh berkawan rapat dengan dia, tiap petang main bola sama2, lepak rumah dia, kenal keluarga dia, mak dia, ayah dia, kawan2 dia.


Dari situ juga lah aku mula meminati pasukan Selangor. Everything tentang Selangor guwa gali, guwa ambil tahu. Almost every year, semua nama pemain Selangor guwa tahu. Dari zaman jurulatih Mike Pejic sampai ke K Rajagobal, Abdul Rahman Ibrahim, Ken Worden, Dollah Salleh dan sampailah ke zaman K.Devan. Semua guwa hafal walaupun ada kebanyakan guwa dah lupa. Tapi, bila dia dah tak bersekolah lagi kat Selayang sebab masuk MSSD mana entah, dah takde lagi member yang guwa boleh cerita sembang2 pasal Selangor.

Sampai sekarang, guwa masih setia bersama pasukan Selangor walaupun berkali2 sedih bila Selangor kalah dan tewas, lagi teruk bila terpaksa turun pangkat ke Liga Perdana atau Divisyen Dua. Tapi guwa tetap bersama Selangor. Pelbagai kenangan manis yang guwa dah pernah rasa waktu bersama Selangor. Dapat setandan pisang dari Bambang Pamungkas, dapat bergambar sama2 dengan Safee Sali, Elie Aiboy dengan P. Gunalan, dan dapat meraikan kejayaan melihat Amri Yahyah menjulang Piala FA kat depan mata. Kiranya, inilah pasukan yang guwa jamin guwa akan sokong sampai guwa mati.





Idola pasukan Selangor guwa berbeza-beza. Mula2 guwa masih ingat waktu guwa mula minat Selangor, idola guwa adalah Azman Adnan. Tapi bila dia beralih arah berhijrah ke pasukan Pulau Pinang, terus dia jadi musuh ketat guwa. Kemudian guwa mula jatuh hati dengan Rusdi Suparman, penyerang prolifik pasukan Selangor dan muncul penjaring terbanyak kempen Liga Perdana 2 tahun 1999. Diikuti dengan ketangkasan Azmin Azram Abd Aziz sebagai idola guwa yang seterusnya. Masuk tahun 2005, guwa jatuh cinta dengan penyerang Import yang bernama Brian Diego Fuentes, dan disusuli dengan Amri Yahyah dan Safee Sali. Tak lupa juga seorang lagenda yang sentiasa guwa hormati iaitu Arwah Mokhtar Dahari.

By the way, guwa bukanlah jenis penyokong yang selalu datang ke stadium. Maklumlah, Selayang dengan Shah Alam sangat jauh. Takde transport, duit tak yah cakap la, sentiasa miskin! Lagipun dulu guwa ni selalu kena perintah berkurung duduk rumah, tak boleh keluar. Anak tunggal lah kata kan. Jadi, bila tak dapat tengok live, atau tengok kat TV, guwa pasti akan duduk baring depan radio, buka frekuensi 100.0fm, kemudian dengar Encik Zainal Rahman membebel. Guwa suka bila dia jerit GOOOOOOOOOOLLLLLLLLL......!!!!!!!! Lama gila woit! Haha! Paling yang guwa tunggu2 time diorang nak pasang lagu Viva Selangor. Lagu faveret guwa tu woit!

Berbalik kepada cerita pasal Mahali ni pulak, memang dah bertahun-tahun guwa tak jumpa dia since last time guwa nampak dia waktu guwa darjah 4 kalau tak silap. Kemudian alih2 guwa dapat tahu dia main untuk Malaysia. Guwa masih ingat detik2 guwa bermain bola bersama-sama dia setiap petang selepas balik sekolah dan waktu cuti Sabtu dan Ahad. Dan ada satu perkataan yang dia lafazkan sendiri depan guwa,

"satu hari nanti aku nak main dengan pasukan Selangor, aku nak jadi macam Azman Adnan!"

Serius sampai sekarang guwa harap sangat yang dia akan sarung jersi Selangor lepas dia habis main untuk Harimau Muda. Dari waktu dia kecik, aku dah nampak betapa hebatnya dia bermain bola. Sampai sekarang, dia dah main untuk Malaysia, dah pernah bersaing bersama bintang2 bolasepak dunia yang lain. Guwa pon pernah jugak simpan cita-cita macam dia; nak jadi seorang pemain bolasepak yang hebat. Tapi, inilah realiti guwa yang sebenar, guwa punya skill melabon dalam facebook dan blogger, dan hanya dapat melihat rakan karib guwa waktu kecik2 sedang berusaha untuk menjadi seorang bintang bola sepak.

this is you right now bro, fight for the ball with the Japanese.

Semoga sukses buat kau bro. Tanpa kau, mungkin guwa tak kan kenal apa tu bolasepak dan apa itu pasukan Gergasi Merah. Terima Kasih kawan. Dan semoga berjaya untuk pasukan Selangor dalam misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke 33. Semoga misi kali ini bukan angan-angan tapi sesuatu yang mampu direalisasikan. Aminn.

B3LI3V3!!


Raya Macam Tak Raya

|

Setelah bersabung nyawa menahan lapaq dan dahaga sepanjang 30 hari, akhirnya segala dugaan berakhir. Syawal yang di nanti kini tiba lagi. Kini sudah 21 kali (mungkin 22 atau 23) aku menerima kunjungan bulan yang penuh kegembiraan. Jika dulu sewaktu aku masih terkekeh2 air liur meleleh bersetahun jagung, raya ni macam suatu peristiwa paling penting. Mana tak nya, tiap kali raya konfirm dapat duit raya, boleh kembali membalun makanan dan kuih muih sepuas2nya terutama Almond London.

Kini setelah genap hidup aku mencapai tahun yang ke 21, selang sebelas hari kemudian muncul lah hari yang ditunggu oleh seluruh umat islam untuk menyambut hari kemenangan. Tapi, aku rasa macam takda apa-apa. Hari raya seperti hari-hari yang biasa, macam hari isnin, selasa, rabu, khamis dan seterusnya.

Hari pertama aidilfitri aku dimulakan dengan bunyi jam loceng yang menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Macam biasa, aku bangun, mandi dan bersiap. Bukan bersiap pakai baju melayu tapi pakai kemeja oldtown white coffee. Hari ni aku kena kerja dari pukul 8 pagi sampai 4.30 petang. Keluar je rumah dalam pukul 7.40 pagi. Nak jamah sedikit nasi impit dan rendang ayam yang mak aku buat pon tak sempat. Sambil berjalan nak pergi kerja, tengok jiran-jiran aku semua bergaya dengan baju melayu dan baju kurung diorang. Ada yang berjalan kaki nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Aku lak pagi2 masuk kerja sembah customer. Cehh!

Sampai2 je kat tempat kerja aku, macam biasa lah kerja aku tiap pagi. Mop lantai, kemas meja, susun tray, bentang karpet, lap cermin dan bersedia untuk menerima pelanggan. Dengan hidung aku yang penuh dengan hingos, kepala aku dah naik pusing. Aku ingat semua orang pon pergi beraya dan takde la datang nak mencekik kat situ. Sekali customer yang datang punya la ramai. (cina mana ade sambut raya aidilfitri woiitt!!) Dah la pekerja yang masuk bahagian servis dengan aku tu pekerja asing. Buat kerja lembab, tak faham bahasa inggeris, inikan pulak nak faham bahasa melayu, asyik nak bersembang. Rasa cam nak baling tray je. Last2 aku punya emosi tak stabil, aku bertekak dengan customer. Memang cam nokharoomm.

Pukul 12, aku dah mula pening kepala, kemudian sakit belakang. Last2 kepala aku sakit, hidung aku makin parah. Sah-sah aku demam.

Balik je kerja dalam pukul 4.30 petang. Sampai je rumah, tengok mak bapak aku dah bersiap nak keluar. Makcik2 aku pon ada kat rumah aku. Bapak aku ajak aku ke Bukit Jalil yakni rumah makcik aku. Sekali bila dikira-kira, tak muat kereta. Mak aku, bapak aku, makcik2 aku dengan anak dia sorang. Jumlah ada 5 orang. Kalau nak kena saman, sumbat lah aku. Tapi diorang takde duit nak bayar saman. Jadi aku tak dapat ikut. Dan sekarang aku sorang-sorang kat rumah. Nak berjalan pon tak larat, kalau setakat pergi NSK tu boleh la. Hingus masih lagi meleleh2 keluar dari hidung. Kepala masih sakit.

Kini aku di rumah, bersama dengan 2 ekor kucing yang tak habis2 mengiau mintak makan, dalam keadaan demam dan takde mood. Hari raya aidilfitri yang tiada jauh bezanya macam tahun lepas. Damn!

Tips Hilangkan Bau Masam di Badan

|
ada sorang member gua cakap kat gua; dia kata mungkin ramai kawan2 gua suka kat gua sebab gua mempunyai senyuman yang manis. kalau macam tu, gua akan terus senyum, senyum dan senyum. terima kasih kerana bagitau gua tentang perkara ni.

Dalam beberapa hari ni, gua perasan yang Malaysia ni makin panas. Surat khabar ada kata yang panas2 ni semua berpunca dari ribut yang sedang berlaku di Filipina. Pagi tadi gua buka tingkap, tengok environment sumpah macam haram, dengan bau asapnya, sah-sah jerebu. Tak tau la datang dari mana. Mungkin ada si bangang yang suka-suka hati buat pembakaran terbuka. Gua pun tak tahu.

Gua Tak Layak Untuk Lu Sebab Gua Terlalu Baik?

|
 warnanya serupa 
namun ianya tidak sekata, 
sememang banyak bezanya
itu yang diperlukan
mengheret ke dasar lautan
api ataupun syurga

ada orang bersurah kat gua dulu lebih kurang macam ni ayat dia; "saya rasa awak ni terlalu baik untuk saya, sampaikan saya rasa saya ni tak layak untuk awak. ye, saya memang tak layak untuk awak, jodoh saya bukan dengan awak. jadi baik saya undur diri"

Malaysia vs Hong Kong; Long Live Ultras Malaya

|
"ULTRAS MALAYA; Nadi sukan bolasepak Malaysia" -Nadi Arena

Ini adalah kali kedua aku bersama Ultras Malaya setelah melakukannya kali pertama pada perlawanan akhir piala AFF Suzuki menentang Indonesia. Setelah merancang sekian lama bersama rakan sebilik, akhirnya 'komplot jahat' kami berjaya dilaksanakan. Bertolak dari kolej yang terletak berhampiran pekan Linggi, Negeri Sembilan pada pukul 5.30 petang, bercorakkan gaya pemanduan ala-ala Grand Theft Auto (GTA) dengan menggunakan kereta Perodua Kancil yang disewa, kami berjaya juga sampai di hadapan Stadium Shah Alam lebih kurang jam 8.20 malam. Dari luar stadium dah boleh dengar chants yang memang confirm datang dari Ultras Malaya.

Ini adalah sedikit sedutan dari lensa kamera yang dicetak dari kamera pinjam yang di-snap oleh aku sendiri. (Sorry, gua bukan photographer professional yang reti nak tangkap gambar guna DSLR. Siapa2 yang pandai, sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih.)

I Am The Most Ultimate Infinite Definitely a Loser

|
Aim (aku); Loser bermuka mirip macam bangla yang paling dikehendaki oleh Interpol. Haha!

Nama aku Aim. Berumur 20 tahun dan akan menuju ke angka 21 pada bulan Ogos ni. Aku dikenali sebagai seorang yang tinggi, muka macam bangla, poyo, riak, suka perasan hensem, cakap bukan main power nak buat itu dan ini tapi hasil tak ada, suka mencarut dan segala macam perkara negatif, itu lah yang ada pada aku. Tapi ada juga yang mengenali aku sebagai seorang yang 'hensem', 'comel', baik hati, senang memahami orang, dan macam2 lagi lah. Mungkin apa yang dinilai semua orang tu ada yang benar, mungkin juga tidak sebab manusia kat sekeliling aku penuh dengan sifat yang suka berpura-pura.

Metrobus 43 and the Damned!

|
Tengah malam ni, aku baru je sampai ke rumah cousin aku kat Bukit Jalil sebab kolej aku cuti bersempena dengan raya cina. Kalau ikutkan hati aku nak stay kat kolej je sebab aku tak ada mood nak balik rumah. Tapi, nak buat macam mana. Karang aku kebulur pulak kat sana tak makan. Nak tak nak terpaksa lah balik rumah. 

So, kebetulan ada sorang junior kolej aku ni tak biasa balik rumah guna perkhidmatan awam lagi2 naik bas. Berbekalkan pengalaman aku tentang pengangkutan awam yang dipelajari sejak aku berumur 6 tahun, akhirnya aku berjaya bimbing dia menaiki bas dari Seremban hinggalah ke Kuala Lumpur kemudian berdikari dengan menaiki KTM Komuter untuk terus ke stesen Batu Caves.

Nak cerita tentang bas, memang tak dinafikan dari dulu aku memang obses dengan Bas. Sehinggakan waktu aku darjah 1, aku mengaku kepada semua dak kelas aku yang aku bercita-cita nak jadi pemandu bas. Sebabnya family aku dulu takde kenderaan yang besar macam kereta atau van ataupun lori. Hanya ada sebuah motorsikal Yamaha RXS lama yang digunakan sepenuhnya oleh Bapak aku. Mak aku ni pulak ketika tu kaki berjalan shopping sakan kat Chow Kit dan Mydin Masjid India. Jadi, nak pergi sana mestilah kena naik Bas. Berjalan tiap minggu naik bas yang sama. Len Seng nombor 71 ataupun Bas Mini nombor 10.

My Blog 100th Follower

|
Dah 2 tahun aku berblogging. Macam2 benda aku dah mengarut kat sini. Bila aku bosan, aku akan mula mencari idea dan akan aku luahkan segalanya kat dalam ni. Bila ada sesuatu yang menarik, aku akan share untuk tatapan korang semua yang sudi singgah ke blog yang memang tak ramai dikunjungi orang ni. Terima kasih banyak2 kepada semua manusia yang pernah datang, komen entry aku, caci maki hamun entry aku dan kepada mereka2 yang sudi jadi follower aku samada follower setia ataupun sekadar follower lalang, TERIMA KASIH BANYAK2 SAYANG.






antara header2 yang dah menghiasi header blog aku dari zaman http://chronohunterz.blogspot.com sehinggalah ke url yang paling latest.

Ada Apa Dengan Ultras Malaya?

|
Senario bolasepak Malaysia sentiasa berubah-ubah. Kadang kala naik kadang kala turun. Walaupun begitu, sokongan aku terhadap bolasepak Malaysia tak pernah luntur. Namun, tanpa aku sedari, ada sekumpulan manusia yang menyokong Malaysia jauh lebih setia dari aku. Aku ni bukan lah seorang manusia berduit yang sentiasa hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, jadi aku jarang2 nampak suasana di stadium. Tetapi sewaktu final pertandingan Piala AFF Suzuki Cup antara Malaysia menentang Indonesia, kelibat sekumpulan manusia ini benar2 membuka mata aku.


Nama Lagenda; AYAM

|
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, beli nasi lemak, bancuh air milo, duduk depan meja, makan nasi lemak dan minum air milo, dan akhirnya duduk depan komputer untuk update blog setelah aku terdengar bunyi kokokan ayam yang mengingatkan aku tentang nama yang pernah menjadi 'legend' kat Selayang ni. Haha!

kepada mereka2 yang tak tahu apa itu AYAM, haa.. ni lah dia..

Aku pun sebenarnya ingat tak ingat akan cerita ni. Kisahnya berlaku lebih kurang 4-5 tahun lepas di mana aku sedang bersiar2 naik basikal dekat sekitar Selayang Baru. Kemudian sedang aku melintasi di kawasan padang sekolah, terlihat kelibat beberapa entiti manusia yang sedang bermain bola sepak. Di situ terlihat seorang kawan yang baru je aku kenal yang bernama Khairul Anuar Azman atau lebih selesa aku panggil dengan nama KHAI. Aku pun masuk lah ke dalam kawasan padang permainan tu. Mana tau kot2 boleh join diorang main bola sepak. Dengan segala hormatnya aku telah dijemput untuk menyertai diorang main, aku pun main lah bola dengan diorang.

Khairul Anuar Azman bersama BMW kesayangannya

Cuaca ketika tu kalau tak silap, sedang mendung + hujan renyai. Budak2 kalau dah jumpa hujan memang tak ingat dunia lah. Di tambah pula rumput padang tu yang lembut umpama sutera. Bila kita baring di atas rumput tu, rasa sejuk, segar dan selesa. Lepas tu garu2 tangan akibat gatal miang rumput tu. Setelah aku asyik bermain bola, tiba-tiba aku terasa sejuk semacam je punggung aku. Tengok2 seluar aku dah dilucutkan oleh mamat Khai tuh. Ngamuk la aku kat situ. Kemudian tak semena2 dia panggil aku

AYAM! Kau ni macam ayam lah!

Apa yang aku boleh katakan kat sini, waktu ni lah kali pertama orang panggil aku AYAM. Entah kenapa dia panggil aku AYAM. Mungkin sebab nama aku AIM yang hampir serupa dengan AYAM. Berkali2 dia repeat panggil aku AYAM, AYAM, AYAM, AYAM, AYAM. Aku cuba membalas balik dengan memanggil dia ITIK. Tapi........... ENTAH! Ketika itu aku ni hanya seorang budak comel yang suci dan kudus ataupun dalam erti kata lain, aku tak reti nak menganjing orang lain. Hahaha!

Semenjak hari tu, bermula lah wabak ayam yang merebak ke seluruh Selayang Baru. Puncanya: ke mana saja aku pergi kemudian terserempak dengan mamat Khai ni, dia akan panggil aku AYAM. Bila terserempak dengan dia kat sekolah, dia akan panggil aku AYAM.  Main bola dengan dia tiap petang, dia akan panggil aku AYAM. Sehinggakan budak2 lain yang turut bermain bola kat situ, panggil aku AYAM. Kemudian bila terserempak pulak dengan rakan2 seangkatan yang selalu main bola tiap petang, diorang akan panggil aku AYAM. 

Hasilnya bila aku jalan2 tiap petang, bila aku pergi pasar borong, bila aku ke pasaraya, pasar malam, sekolah, cyber cafe, dalam bas, tengah padang bola, atau di mana2 sahaja kat Selayang Baru, akan kedengaranlah orang yang menyahut aku dengan panggilan:

AYAM!

(terasalah diri aku ni sedikit popular @ feymes macam artis atau wakil rakyat. Haha!)


Pada mulanya aku agak marah lah bila setiap kali diorang panggil aku Ayam. Antara ayat2 yang aku selalu keluarkan bila diorang panggil aku AYAM:

"bodoh! jangan panggil aku AYAM lah!"

"P**dek la kau! Kau la AYAM"

"sial! aku bukan AYAM la bodoh!"

atau yang lebih ringkas;

"BABI!"

Tapi bila dah selalu di panggil dengan nama AYAM tu, lama kelamaan aku dah terbiasa dengan panggilan tu. Aku dah kurang marah bila orang panggil aku AYAM. Lagi2 bila main bola, hampir 99% budak2 yang main bola kat tengah padang tu, panggil aku ayam. Bila sampai masa aku gelecek bola, adalah yang menyahut nama AYAM sambil meminta aku menghantar bola kat orang lain. Aku pon bagi lah bola tu kat diorang. Bila aku tengah jalan2 naik basikal dan ada orang yang panggil aku AYAM, aku akan senyum kat diorang. Mungkin sebab dah penat sangat kot nak marah. Ada kalanya aku buat tak tahu dan tak layan je. Aku relakan aje diorang panggil aku AYAM. Mana tahu, nanti diorang pulak yang penat nak panggil aku AYAM, berhentilah diorang.

Setelah 2 tahun tersiksa akibat dipanggil AYAM, akhirnya tiada lagi suara2 entiti yang suka memanggil aku AYAM setelah aku hanya mendiamkan diri bila diorang panggil aku AYAM. Si Khai tu pulak sudah mula merajinkan diri untuk memanggil nama komersial aku iaitu AIM. Namun, ada suatu impak besar dari nama AYAM tu. Habis je SPM, aku dengan si Khai pergi bekerja di sebuah restoran ayam goreng yang paling feymes di Malaysia. Sapa tak kenal dengan KFC; kedai ayam goreng milik atuk kentucky yang memiliki rambut dan  face fungus (misai dan janggut) berwarna putih. Entah kenapa, mungkin nama AYAM tu sudah sebati dengan hidupnya. Hahaha!

bukti nyata aku pernah kerja KFC dengan Khai budak 'hensem' tuh. Hahaha!

Kini setelah 5 tahun, nama AYAM yang pernah terkenal di Selayang Baru hanya tinggal sejarah dan mungkin juga menjadi LAGENDA bagi mereka yang pernah mengenali aku.

KEPALA HOTAK LA LAGENDA. hahaha!

***************************************

terima kasih kepada kau Khai sebab mem-feymes kan aku dengan nama AYAM. Lagipun, tanpa kau yang ajar aku ILMU HISAB (matematik) sebelum PMR ari tu, konfem aku FAIL. hahaha!

Cinta Dalam Hati

|
Waktu aku tengah nak menaip ni, sumpah ibu jari tangan kiri aku masih lagi sakit. Ditambah pula dengan keluarnya air berwarna kuning jernih dari celah jari tu. Azab pedih dan kesakitan tu memang ternyata tak dapat dibendung. Fuhh! Bila aku taip perkataan 'dibendung', teringat pulak aku kat video 'hanief.blogspot' ataupun video MalaysiaNews yang bertajuk 'UMNO = Roti Canai'. Sumpah kelaka video tu. Waktu kat KKTM Rembau jahanam dulu, roomate aku tiap malam pasang video tu kemudian gelak macam orang gila. (FaeRox! Aku rindu kau la sayang! By the way, AKU BUKAN GAY MACAM KAU.. wakakaka!)

Apa yang aku nak mengarut merapu kat sini, adalah sesuatu yang semua orang pernah rasa dan bagi aku, perasaan ni adalah sesuatu yang sangat indah lagi-lagi bila perasaan ni timbul waktu aku kecik2 dulu.


Cita-Cita Agung Seorang Kanak-Kanak Comel

|
Biasa tak waktu korang kecil2 dulu dalam umur 7 atau 8 tahun, cikgu korang atau member2 korang ke, tanya kat korang tentang cita-cita korang bila dah dewasa nanti. Haa~ Ni ada kisah yang aku nak khabarkan kat korang semasa aku umur 7 tahun dulu.

*******************************************

Tahun 1997, tak ingat berapa haribulan. Aku baru je lagi menjejakkan diri dalam dunia pembelajaran kat Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, waktu tu serius aku cakap, AKU SANGAT2 LAH COMEL tambahan pula dengan rambut aku yang AFRO TULEN, membuatkan pakcik2 dan makcik2 yang ternampak kelibat aku, tentu rasa cam nk cubit2 pipi aku.

comel tak aku? Ni waktu aku tadika.. Alahh, tak banyak beza pun. Hehe!


Teringat waktu tu, aku berada dalam kelas 1 NITROGEN, kelas yang dipenuhi budak2 yang tak lulus ujian pilih kelas semasa awal2 masuk sekolah. Ketika cikgu aku yang bernama CIK ANITA MOHD ZAIN dah tak tau nak buat apa, secara tiba-tiba dia bersuara.

"haa.. cikgu nak tanya sorang2. Apa cita-cita kamu..."

Dia pun tanya lah seorang demi seorang budak dalam kelas aku. Ada yang pegang kepala sebab nak fikir balik apa cita-cita dia, ada yang bertanya kat kawan sebelah apa cita-cita kawan tu sebelum dia jawab kat cikgu tu, dan ada jugak yang bertanya APA ITU CITA-CITA? Haa.. Waktu tu, aku dah senyum dah sebab aku memang ada satu cita-cita yang aku memang idam2kan. Bagi aku, cita-cita aku ni adalah yang paling agung dari cita-cita kawan aku.

Terdengarlah jawapan, ada yang nak jadi DOKTOR, ada yang nak jadi POLIS, nak jadi BOMBA, nak jadi SAINTIS, nak jadi PEGUAM (fuyooo... budak2 pon tau ape tu PEGUAM. Ada jugak lah yang mengarut kata nak jadi SPIDERMAN. Biasa lah, Budak2 kan.. Tapi cita-cita korang tu tetap biasa2 tak sehebat dan se-agung cita-cita aku. Sampailah giliran aku untuk di tanya.

"haa.. kawan2 Aim dah bagitau cita-cita diorang. Aim pula nak jadi apa besar nanti?"

Dan dengan bangganya aku berdiri, sambil mendepakan tangan ke hadapan;



SAYA NAK JADI...


*
*
*
*
*
*
*
*

DREBAR BAS CITYLINER!

...
.....
........
............
................

Sorry lah kawan-kawan. Cita-cita aku sangat 'agung'. Memang tak boleh nak buat apa dah. Waktu kecik2 dulu, aku memang OBSES dengan bas. Sebabnya, dulu keluarga aku takde kenderaan, jadi kemana saja aku pergi, mesti naik bas. Pergi jalan2 ke Kuala Lumpur ke, Cheras ke, Kampung Pandan ke, atau balik ke kampung, mesti naik bas. Lagi2 bila ada bas berhawa dingin yang bernama CITYLINER lalu lalang depan kelas aku tiap hari, bertambah2 batak la aku. Hahaha!


Bas CITYLINER. Sekadar hiasan sebab bas CITYLINER dulu corak lain.

Bila hal cita-cita aku ni sampai ke pengetahuan mak dan bapak aku, bukan kemain lagi aku kena bebel.

"Kau ni Aim, tak de cita-cita lain ke kau nak pilih? Orang lain cita-cita semua elok2, ada masa depan.. Engkau????"

Sabar je la mak.. Sekurang2 nya kalau aim bawak bas, ada juga gaji. Mak pon senang nak jalan2 pergi KL sebab tambang FREE.. Hahaha! Tapi tu cerita lama. Sekarang ni pun aku ada cita-cita sendiri; NAK JADI EDITOR VIDEO yang terulung macam ALARAZBOY. Aku memang kagum dengan editing2 video dia. Gempak, stylo, kemas, menarik. Huarrrgghh!! Macam2 lagi lahh!!

*****************************************

Apa pulak korang punya cita-cita ye?

Kisah Main Wrestling

|

Tengah aku blogwalking tadi, tiba2 aku teringat salah satu perkara atau hobi yang aku selalu buat waktu aku kecik2 dulu. Korang semua mesti tahu kan siapa itu THE ROCK, STONE COLD STEVE AUSTIN, THE UNDERTAKER, SHAWN MICHAELS, TRIPLE H, X-PAC dan MACAM2 LAGI LAH. Nak list kan semua benda kat sini pun memang tak kan habis. Itulah dia penggusti2 terulung zaman 90an sampai lah sekarang ni.

************************************************

"weh.. malam tadi setongkol menang lawan ngan the rock!"

"ehh?? yeke?? kuat betul dia...!!"

"memang lah kuat, dia tumbuk tendang pastu bagi stunner!"

Ingat lagi waktu pertama kali aku tengok wrestling kat TV, pukul 11 malam hari isnin kat TV3 kalau tak silap. Semuanya kerana budak2 time aku sekolah agama dulu sibuk bersembang pasal gusti. Aku yang tak tau ape2 waktu tu, pasang telinga je lah. Bila dengar punya dengar punya dengar, macam menarik pulak. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya waktu yang di nanti2 telah tiba. 

Ketika itu rancangan gusti WWF RAW IS WAR tengah keudara. Aku yang pertama kali tengok benda tu, agak kagum jugak lah bila tengok dua lelaki yang tak tahu malu dengan hanya berseluar dalam, bergaduh bertumbuk sesama sendiri. Fuhh, serius aku cakap, ni lah pertama kali dalam hidup aku melihat aksi2 ganas di depan mata walaupun hanya dalam TV. 

Akhirnya tak lama lepas tu, aku ketagih nak tengok. Maka, setiap hari isnin pukul 11 malam, aku akan tercegat depan TV menunggu rancangan gusti yang paling di gemari ramai. Mak aku pulak dah naik bising, 

"AIM!! TIDUR LAHH!! ESOK KAU NAK PERGI SEKOLAH!!" 

Waktu tu, jerit la macam mana pun, selagi rancangan tu tak habis, selagi tu lah aku akan terus mengeras depan TV menunggu rancangan gusti tu habis, baru lah aku boleh tidur dengan aman.

RAW IS WAR - antara rancangan gusti terbaik dalam dunia pada zaman 90an.

*******************************************

Tak lama lepas tu dalam beberapa bulan, demam gusti WWF dah melanda sekolah agama aku. Waktu pagi datang sekolah macam biasa. Bila dah sampai waktu rehat, ustazah pun keluar pergi mencari rakan sekerjanya untuk mengadakan sesi mengumpat. Ketika itu bermulalah aksi2 gusti dan ganas di dalam kelas. Serius aku cakap, bila adanya aktiviti baru ni, terus hilang event lawan pemadam, lawan tutup botol dan main bola/ragbi. Masing2 sibuk bertumbuk, bertendang, menghantuk kepala ke dinding dan segala macam benda lah yang berkaitan dengan gusti.

Tumbuk2 tendang2 ni semua bukannya betul2. Konon tumbuk kuat2, tapi tak kena pun. Kita yang merasa tumbukan 'padu' ni menjeritlah kesakitan macam dalam TV tu.. Hahaha! Kalau kena tumbuk betul2, mau tak menangis budak2 dalam kelas tu. Antara makhluk2 yang terlibat dalam permainan gusti tu adalah AKU sendiri, dan member2 aku yang terdiri dari SAZLY, RAZAK, RAMZY, dan juga MAHALI. Sekarang Mahali ni dah jadi pemain pertahanan pasukan bola sepak Harimau Muda dan pasukan Kebangsaan.

Bro MAHALI, siyes beb aku rindu gila nak lepak ngn kau. hoho!

Sebenarnya ramai lagi member aku yang terlibat, tapi yang aku kenal cuma yang aku dah senaraikan tu je. Ok lah. Berbalik kepada story aku ni, ketagihan aku nak bergusti bukan sahaja di sekolah, malah di rumah pun aku bergusti juga. Aku ni anak tunggal, mak aku pergi kerja, ayah aku pun bekerja juga. Jadi aku sorang2 je kat rumah. Sudah tentulah BOSAN! Lalu aku mendapat 1 akal, iaitu bergusti. Tapi bukanlah bergusti sorang2, ada lawan nya. Nak tau siapa??

*
*
*
*
*
*

bantal panjang @ bantal peluk @ musuh ketat aku

Itulah lawan aku, bantal panjang yang berada kat katil mak dan abah aku. Bila diorang takde kat rumah, itulah permainan aku; bergusti dengan bantal. Waktu tu tak payah cakap lah, bantal tu memang aku lanyak habis-habisan. Dengan saiz katil yang cukup besar, muat lah perlawanan hebat antara aku dan bantal tu. Siap boleh panjat atas almari kemudian lompat terjun ke atas katil. Konon2nya buat skill terbang yang sering dilakukan oleh orang2 gusti tu la. 

Akhirnya tak lama lepas tu, bantal tu pun jahanam sebab kekabu dia terkeluar. Dan hasilnya telinga aku di tarik dengan bangganya oleh mak aku dan sering dilibas dengan penyangkut baju kerana katil yang kemas tersusun telahpun berterabur bantal dan selimutnya disana sini akibat pertembungan dua penggusti yang dahsyat tu. Tapi aku bersyukur katil tu masih utuh lagi. Mana tak nya, aku asyik jatuh terhempas je kat katil tu, nasib tak roboh. Dah la katil kayu. Hahaha!

************************************

Selepas kejadian aku di 'PIAP' oleh mak aku kerana bermain gusti tanpa izin, aku terus tak main dah. Sampailah baru2 ni, aku teringat peristiwa klasik aku bergusti dengan bantal. Rasa macam nak buat lagi lah. Tapi, aku ni dah besar, kena lah jadi seorang yang matang. Kemudian ada member aku ni tunjukkan video 2 orang budak tengah bergusti. Bila aku tengok, terus mengembalikan kenangan aku bergusti dengan member2 sekolah agama dulu. Aku yang tiba2 terlalu rindu dengan kejadian tu, terus ambil telefon bimbit, bagi kat member aku.

"along! kau bila aku suruh kau rakam, kau rakam tau.."

"okeh2.. tapi kau nak buat ape ni??"

Jeng.. Jeng Jengg.....!!

sila klik butang play ye... hehe!











Akhirnya aku tak dapat mengawal emosi, lalu bergusti dengan bantal panjang aku. Hahaha! Sumpah aku rindu zaman budak2 aku. Biasalah, member2 aku kat kolej ni semua dah kenal perangai aku macam mana. Harap badan je panjang, tapi perangai cam budak2. Tapi aku peduli hape. Aku tetap aku. Lantak lah apa orang nak kata, janji enjoy. Korang pun kalau rasa2 nak buat benda2 ni, aku persilakan sangat2. Hehehe!

Itulah kisah main gusti aku dari yang tak pernah hilang dari ingatan dari dulu sampailah sekarang. Memang indah kenangan tu semua; kenangan indah yang tak akan aku lupakan sampai bila2.