Tengah aku blogwalking tadi, tiba2 aku teringat salah satu perkara atau hobi yang aku selalu buat waktu aku kecik2 dulu. Korang semua mesti tahu kan siapa itu THE ROCK, STONE COLD STEVE AUSTIN, THE UNDERTAKER, SHAWN MICHAELS, TRIPLE H, X-PAC dan MACAM2 LAGI LAH. Nak list kan semua benda kat sini pun memang tak kan habis. Itulah dia penggusti2 terulung zaman 90an sampai lah sekarang ni.
************************************************
"weh.. malam tadi setongkol menang lawan ngan the rock!"
"ehh?? yeke?? kuat betul dia...!!"
"memang lah kuat, dia tumbuk tendang pastu bagi stunner!"
Ingat lagi waktu pertama kali aku tengok wrestling kat TV, pukul 11 malam hari isnin kat TV3 kalau tak silap. Semuanya kerana budak2 time aku sekolah agama dulu sibuk bersembang pasal gusti. Aku yang tak tau ape2 waktu tu, pasang telinga je lah. Bila dengar punya dengar punya dengar, macam menarik pulak. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya waktu yang di nanti2 telah tiba.
Ketika itu rancangan gusti WWF RAW IS WAR tengah keudara. Aku yang pertama kali tengok benda tu, agak kagum jugak lah bila tengok dua lelaki yang tak tahu malu dengan hanya berseluar dalam, bergaduh bertumbuk sesama sendiri. Fuhh, serius aku cakap, ni lah pertama kali dalam hidup aku melihat aksi2 ganas di depan mata walaupun hanya dalam TV.
Akhirnya tak lama lepas tu, aku ketagih nak tengok. Maka, setiap hari isnin pukul 11 malam, aku akan tercegat depan TV menunggu rancangan gusti yang paling di gemari ramai. Mak aku pulak dah naik bising,
"AIM!! TIDUR LAHH!! ESOK KAU NAK PERGI SEKOLAH!!"
Waktu tu, jerit la macam mana pun, selagi rancangan tu tak habis, selagi tu lah aku akan terus mengeras depan TV menunggu rancangan gusti tu habis, baru lah aku boleh tidur dengan aman.
RAW IS WAR - antara rancangan gusti terbaik dalam dunia pada zaman 90an.
RAW IS WAR - antara rancangan gusti terbaik dalam dunia pada zaman 90an.
*******************************************
Tak lama lepas tu dalam beberapa bulan, demam gusti WWF dah melanda sekolah agama aku. Waktu pagi datang sekolah macam biasa. Bila dah sampai waktu rehat, ustazah pun keluar pergi mencari rakan sekerjanya untuk mengadakan sesi mengumpat. Ketika itu bermulalah aksi2 gusti dan ganas di dalam kelas. Serius aku cakap, bila adanya aktiviti baru ni, terus hilang event lawan pemadam, lawan tutup botol dan main bola/ragbi. Masing2 sibuk bertumbuk, bertendang, menghantuk kepala ke dinding dan segala macam benda lah yang berkaitan dengan gusti.
Tumbuk2 tendang2 ni semua bukannya betul2. Konon tumbuk kuat2, tapi tak kena pun. Kita yang merasa tumbukan 'padu' ni menjeritlah kesakitan macam dalam TV tu.. Hahaha! Kalau kena tumbuk betul2, mau tak menangis budak2 dalam kelas tu. Antara makhluk2 yang terlibat dalam permainan gusti tu adalah AKU sendiri, dan member2 aku yang terdiri dari SAZLY, RAZAK, RAMZY, dan juga MAHALI. Sekarang Mahali ni dah jadi pemain pertahanan pasukan bola sepak Harimau Muda dan pasukan Kebangsaan.
Bro MAHALI, siyes beb aku rindu gila nak lepak ngn kau. hoho!
Sebenarnya ramai lagi member aku yang terlibat, tapi yang aku kenal cuma yang aku dah senaraikan tu je. Ok lah. Berbalik kepada story aku ni, ketagihan aku nak bergusti bukan sahaja di sekolah, malah di rumah pun aku bergusti juga. Aku ni anak tunggal, mak aku pergi kerja, ayah aku pun bekerja juga. Jadi aku sorang2 je kat rumah. Sudah tentulah BOSAN! Lalu aku mendapat 1 akal, iaitu bergusti. Tapi bukanlah bergusti sorang2, ada lawan nya. Nak tau siapa??
*
*
*
*
*
*
bantal panjang @ bantal peluk @ musuh ketat aku
Itulah lawan aku, bantal panjang yang berada kat katil mak dan abah aku. Bila diorang takde kat rumah, itulah permainan aku; bergusti dengan bantal. Waktu tu tak payah cakap lah, bantal tu memang aku lanyak habis-habisan. Dengan saiz katil yang cukup besar, muat lah perlawanan hebat antara aku dan bantal tu. Siap boleh panjat atas almari kemudian lompat terjun ke atas katil. Konon2nya buat skill terbang yang sering dilakukan oleh orang2 gusti tu la.
Akhirnya tak lama lepas tu, bantal tu pun jahanam sebab kekabu dia terkeluar. Dan hasilnya telinga aku di tarik dengan bangganya oleh mak aku dan sering dilibas dengan penyangkut baju kerana katil yang kemas tersusun telahpun berterabur bantal dan selimutnya disana sini akibat pertembungan dua penggusti yang dahsyat tu. Tapi aku bersyukur katil tu masih utuh lagi. Mana tak nya, aku asyik jatuh terhempas je kat katil tu, nasib tak roboh. Dah la katil kayu. Hahaha!
************************************
Selepas kejadian aku di 'PIAP' oleh mak aku kerana bermain gusti tanpa izin, aku terus tak main dah. Sampailah baru2 ni, aku teringat peristiwa klasik aku bergusti dengan bantal. Rasa macam nak buat lagi lah. Tapi, aku ni dah besar, kena lah jadi seorang yang matang. Kemudian ada member aku ni tunjukkan video 2 orang budak tengah bergusti. Bila aku tengok, terus mengembalikan kenangan aku bergusti dengan member2 sekolah agama dulu. Aku yang tiba2 terlalu rindu dengan kejadian tu, terus ambil telefon bimbit, bagi kat member aku.
"along! kau bila aku suruh kau rakam, kau rakam tau.."
"okeh2.. tapi kau nak buat ape ni??"
Jeng.. Jeng Jengg.....!!
sila klik butang play ye... hehe!
Akhirnya aku tak dapat mengawal emosi, lalu bergusti dengan bantal panjang aku. Hahaha! Sumpah aku rindu zaman budak2 aku. Biasalah, member2 aku kat kolej ni semua dah kenal perangai aku macam mana. Harap badan je panjang, tapi perangai cam budak2. Tapi aku peduli hape. Aku tetap aku. Lantak lah apa orang nak kata, janji enjoy. Korang pun kalau rasa2 nak buat benda2 ni, aku persilakan sangat2. Hehehe!
Itulah kisah main gusti aku dari yang tak pernah hilang dari ingatan dari dulu sampailah sekarang. Memang indah kenangan tu semua; kenangan indah yang tak akan aku lupakan sampai bila2.
4 comments:
menarik la entri ko nie..
hehehehe.. mmg zaman dulu2 mmg zaman demam gusti lebih hebat dr skunk..dulu aku ader la tgok wwf sket2...skunk da xtgok la...
hu3...owh..ko dak skolah agama ek...katne tue?
jom bace entri terbaru nas klik:
program melancong ke bulan oleh angkasawan
negara ke-2 jadi ke tak nie?
dulu aku dok setinggan,
kwasan stinggan mmg bnyk skola agama..
aku dulu skola agama rakyat al-ikhsan..
aku smpai skrg tgok wrestling kot..
best gile.. XD
bestnyer....
sekolah agama tue time sekolah rendah ke sekolah menengah? aku pon skolah rendah agama...
Post a Comment