Biasa tak waktu korang kecil2 dulu dalam umur 7 atau 8 tahun, cikgu korang atau member2 korang ke, tanya kat korang tentang cita-cita korang bila dah dewasa nanti. Haa~ Ni ada kisah yang aku nak khabarkan kat korang semasa aku umur 7 tahun dulu.
*******************************************
Tahun 1997, tak ingat berapa haribulan. Aku baru je lagi menjejakkan diri dalam dunia pembelajaran kat Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, waktu tu serius aku cakap, AKU SANGAT2 LAH COMEL tambahan pula dengan rambut aku yang AFRO TULEN, membuatkan pakcik2 dan makcik2 yang ternampak kelibat aku, tentu rasa cam nk cubit2 pipi aku.
comel tak aku? Ni waktu aku tadika.. Alahh, tak banyak beza pun. Hehe!
Teringat waktu tu, aku berada dalam kelas 1 NITROGEN, kelas yang dipenuhi budak2 yang tak lulus ujian pilih kelas semasa awal2 masuk sekolah. Ketika cikgu aku yang bernama CIK ANITA MOHD ZAIN dah tak tau nak buat apa, secara tiba-tiba dia bersuara.
"haa.. cikgu nak tanya sorang2. Apa cita-cita kamu..."
Dia pun tanya lah seorang demi seorang budak dalam kelas aku. Ada yang pegang kepala sebab nak fikir balik apa cita-cita dia, ada yang bertanya kat kawan sebelah apa cita-cita kawan tu sebelum dia jawab kat cikgu tu, dan ada jugak yang bertanya APA ITU CITA-CITA? Haa.. Waktu tu, aku dah senyum dah sebab aku memang ada satu cita-cita yang aku memang idam2kan. Bagi aku, cita-cita aku ni adalah yang paling agung dari cita-cita kawan aku.
Terdengarlah jawapan, ada yang nak jadi DOKTOR, ada yang nak jadi POLIS, nak jadi BOMBA, nak jadi SAINTIS, nak jadi PEGUAM (fuyooo... budak2 pon tau ape tu PEGUAM. Ada jugak lah yang mengarut kata nak jadi SPIDERMAN. Biasa lah, Budak2 kan.. Tapi cita-cita korang tu tetap biasa2 tak sehebat dan se-agung cita-cita aku. Sampailah giliran aku untuk di tanya.
"haa.. kawan2 Aim dah bagitau cita-cita diorang. Aim pula nak jadi apa besar nanti?"
Dan dengan bangganya aku berdiri, sambil mendepakan tangan ke hadapan;
SAYA NAK JADI...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
DREBAR BAS CITYLINER!
...
.....
........
............
................
Sorry lah kawan-kawan. Cita-cita aku sangat 'agung'. Memang tak boleh nak buat apa dah. Waktu kecik2 dulu, aku memang OBSES dengan bas. Sebabnya, dulu keluarga aku takde kenderaan, jadi kemana saja aku pergi, mesti naik bas. Pergi jalan2 ke Kuala Lumpur ke, Cheras ke, Kampung Pandan ke, atau balik ke kampung, mesti naik bas. Lagi2 bila ada bas berhawa dingin yang bernama CITYLINER lalu lalang depan kelas aku tiap hari, bertambah2 batak la aku. Hahaha!
Bas CITYLINER. Sekadar hiasan sebab bas CITYLINER dulu corak lain.
Bas CITYLINER. Sekadar hiasan sebab bas CITYLINER dulu corak lain.
Bila hal cita-cita aku ni sampai ke pengetahuan mak dan bapak aku, bukan kemain lagi aku kena bebel.
"Kau ni Aim, tak de cita-cita lain ke kau nak pilih? Orang lain cita-cita semua elok2, ada masa depan.. Engkau????"
Sabar je la mak.. Sekurang2 nya kalau aim bawak bas, ada juga gaji. Mak pon senang nak jalan2 pergi KL sebab tambang FREE.. Hahaha! Tapi tu cerita lama. Sekarang ni pun aku ada cita-cita sendiri; NAK JADI EDITOR VIDEO yang terulung macam ALARAZBOY. Aku memang kagum dengan editing2 video dia. Gempak, stylo, kemas, menarik. Huarrrgghh!! Macam2 lagi lahh!!
*****************************************
Apa pulak korang punya cita-cita ye?
5 comments:
hahahhaha..comey2...tapi gambar tue muke ko nampak cm gelap sket...erm....nak jadi drebar??? pergh...baik punyer cita2.....
bese la budak2... 90% cita xsama ngan apa yg diorang keje skunk...:P
latest entri:
apabila karya photoshop serba tak menjadi!
boooo~~~ haha :p
wahhh ! tabik kauuu ! xD
boooooooooo! haha
pakcikkk ! aku baru tag kau, bukak entry ni, :)
http://najaaterbang.blogspot.com/2010/11/sapa-mau-hadiah-dari-parisss.html
Post a Comment