Showing posts with label bas di malaysia dah bodoh. Show all posts
Showing posts with label bas di malaysia dah bodoh. Show all posts

Bersusah Dulu Bersusah Kemudian

|
rumah kos rendah serap haba macam ni pun sewa dia RM400. cekik darah betul.

Duduk dalam rumah yang serba kecil dalam keadaan yang panas membahang ala microwave ni sangat menyeksakan. Bersesuaian dengan sewa rumah sebulan RM400 tak termasuk bil air dan elektrik. Rumah sewa yang dibina menggunakan batu bata murah; menyerap haba pada waktu siang dan menjadi bahang sehingga ke tengah malam hingga pepagi buta. Kalau nak mandi pukul 6 pagi, sesejuk mana pun kau, kalau dah mandi kat rumah aku, air dia sentiasa suam-suam panas. Tak payah kau nak bazir duit beli water heater apa semua.

Bila diperiksa balik kalendar kat komputer aku, aku cuma ada lagi beberapa belas hari lagi untuk berperang habis-habisan mengharungi hari-hari perit dan getir sebagai pelajar latihan industri. Kenapa perit dan getir? Kau suka ke kerja tak bergaji? Bagi aku, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit yang mencukupi, aku susah. 

Ada orang tanya, kau tak nak kerja terus ke kat syarikat L.I kau sekarang? Bukan tak mahu. Selagi ekonomi tak cukup, dengan keadaan orang tua aku yang tak stabil kesihatannya, kenderaan takde, tempat kerja jauh, aku tak boleh kerja situ. Dalam masa sekarang pun aku masih terkapai-kapai berusaha nak datang awal kerja. Mana tak nya, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, tapi kau sampai pukul 10 pagi. Selayang Baru ke Shah Alam. 3 jam??? Tak logik kan?? TIDAK! Akan menjadi logik kalau ada syarikat perusahaan bas yang macam gampang, dan jalan yang sentiasa sesak.

"naik la komuter.. komuter takde jalan jamm.."

Komuter? Celaka. Lagi celaka dari Metrobus. Aku naik KTM dari Taman Wahyu kemudian dia akan melalui stesen Kampung Batu dan Batu Kentonmen. Seterusnya akan berhenti di stesen Sentul. Ketika inilah tahap kesabaran aku diuji. Dia akan berhenti kat stesen tu paling kejap pun 10 minit. Paling kejam 20 minit. Kemudian dia akan terhegeh-hegeh bergerak menuju ke stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral. Pernah sekali tu tren akan stuck kat KL Sentral untuk memberi laluan kereta api ekspress yang panjang nak mampos yang datang dari Singapura. Tapi itu belum tahap ekstrim bila kau terpaksa tunggu tren selama 1 jam semata-mata nak kasi laluan kereta api simen dari Batu Caves ke mana pun aku tak tau. Nasib aku belum pernah harungi tren yang terputus talian elektrik atau paling bodoh sekali, tayar keretapi pancit.

Kalau ditanya apa kenapa tak naik bas, aku dah ceritakan dalam post yang lepas. Tapi dalam keadaan sekarang, aku takda pilihan lain kecuali naik bas. Lebih tepat, TERPAKSA naik bas sebab murah dan menjimatkan. Pergi mati sama jalan jamm, aku tak peduli, asalkan aku jimat. Tambang hanya RM8 pergi balik setiap hari. Kalau komuter, tambang dari Selayang Baru ke Taman Wahyu ke Batu Tiga RM4.50 plus tambang teksi yang harga dia paling kurang pon RM6. Itu tambang untuk sehala! Kalau pergi balik? Mahu tak kopak duit kau?

Jadi untuk mengelakkan harga teksi yang mahal ala-ala kapitalis Amerika Syarikat, aku akan berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke Jalan Bowling Padang Seksyen 13 yang jarak dia lebih kurang 2 kilometer. Kau kena redah cuaca panas, jalan kaki, berpeluh-peluh. Naik je ofis badan kau dah berkepam bau masam. Awek aku dah rasa perit berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke ofis. Ofismate aku yang nama Din pun dah rasa macam mana syoknya berjalan kaki. Kalau korang sanggup tak buat macam aku? Aku sanggup! Semuanya atas nama BERJIMAT CERMAT. Itu baru cerita pasal tambang. Makan? Minum? Aku ni bukan orang kaya tiap hari kena naik teksi. Bukan kerja dapat gaji. Tiap hari harapkan duit mak bapak aku. Woi! Aku dah 21 tahun la, bulan Ogos nanti naik 22. Sampai bila aku nak kopakkan duit poket mak bapak aku??

Apa-apapun, jangan ditanya apa aku akan buat lepas Latihan Industri nanti. Aku bukan peramal dan aku tak suka meramal. Bukan kerja aku nak predict-predict masa depan. Bukan hak aku nak mendahului Dia. Aku cukup tak suka orang tanya aku soalan macam tu. Kalau aku jadi penjual burger, itulah aku. Kalau aku jadi konduktor atau pemandu bas, itulah aku. Kalau aku jadi peniaga ikan macam bapak aku dulu, itulah aku. Kalau aku jadi macam Aaron Aziz, itulah aku. Kalau bapak aku tahu kerja aku suka-suka hati reka cerita ramal-ramal masa depan ni, mau naik tangan dia kat muka aku.

Akhir kata, aku tak salahkan syarikat aku apa pasal buat syarikat kat situ. Aku tak salahkan bas sebab diorang pon jadi mangsa keadaan jalan jamm, dan diorang pon ada hak nak bawak lembab nak mampos sebab tu cara diorang cari rezeki. Aku tak salahkan KTM kerana mesti ada sebab kenapa servis KTM teruk maha lembab nak mampos. Aku tak salahkan diri aku sendiri dan aku tak pernah salahkan takdir. Setiap yang buruk, aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah SWT. Itulah rukun iman ke-6. Siapa yang kata yang baik itu dari Allah yang buruk dari diri kita, meh aku cepuk kepala kau sekali.
 Lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
DALAM KALUT ADA PERATURAN
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
Di mana pula kau berdiri?
Di sini. 


*peribahasa kata 'bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. tapi kalau dah bersusah payah sampai rekod dalam sistem kerja aku kotor yang boleh memberi impak pada masa depan aku pon, buat apa?

Metrobus 43 and the Damned!

|
Tengah malam ni, aku baru je sampai ke rumah cousin aku kat Bukit Jalil sebab kolej aku cuti bersempena dengan raya cina. Kalau ikutkan hati aku nak stay kat kolej je sebab aku tak ada mood nak balik rumah. Tapi, nak buat macam mana. Karang aku kebulur pulak kat sana tak makan. Nak tak nak terpaksa lah balik rumah. 

So, kebetulan ada sorang junior kolej aku ni tak biasa balik rumah guna perkhidmatan awam lagi2 naik bas. Berbekalkan pengalaman aku tentang pengangkutan awam yang dipelajari sejak aku berumur 6 tahun, akhirnya aku berjaya bimbing dia menaiki bas dari Seremban hinggalah ke Kuala Lumpur kemudian berdikari dengan menaiki KTM Komuter untuk terus ke stesen Batu Caves.

Nak cerita tentang bas, memang tak dinafikan dari dulu aku memang obses dengan Bas. Sehinggakan waktu aku darjah 1, aku mengaku kepada semua dak kelas aku yang aku bercita-cita nak jadi pemandu bas. Sebabnya family aku dulu takde kenderaan yang besar macam kereta atau van ataupun lori. Hanya ada sebuah motorsikal Yamaha RXS lama yang digunakan sepenuhnya oleh Bapak aku. Mak aku ni pulak ketika tu kaki berjalan shopping sakan kat Chow Kit dan Mydin Masjid India. Jadi, nak pergi sana mestilah kena naik Bas. Berjalan tiap minggu naik bas yang sama. Len Seng nombor 71 ataupun Bas Mini nombor 10.

Cita-Cita Agung Seorang Kanak-Kanak Comel

|
Biasa tak waktu korang kecil2 dulu dalam umur 7 atau 8 tahun, cikgu korang atau member2 korang ke, tanya kat korang tentang cita-cita korang bila dah dewasa nanti. Haa~ Ni ada kisah yang aku nak khabarkan kat korang semasa aku umur 7 tahun dulu.

*******************************************

Tahun 1997, tak ingat berapa haribulan. Aku baru je lagi menjejakkan diri dalam dunia pembelajaran kat Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, waktu tu serius aku cakap, AKU SANGAT2 LAH COMEL tambahan pula dengan rambut aku yang AFRO TULEN, membuatkan pakcik2 dan makcik2 yang ternampak kelibat aku, tentu rasa cam nk cubit2 pipi aku.

comel tak aku? Ni waktu aku tadika.. Alahh, tak banyak beza pun. Hehe!


Teringat waktu tu, aku berada dalam kelas 1 NITROGEN, kelas yang dipenuhi budak2 yang tak lulus ujian pilih kelas semasa awal2 masuk sekolah. Ketika cikgu aku yang bernama CIK ANITA MOHD ZAIN dah tak tau nak buat apa, secara tiba-tiba dia bersuara.

"haa.. cikgu nak tanya sorang2. Apa cita-cita kamu..."

Dia pun tanya lah seorang demi seorang budak dalam kelas aku. Ada yang pegang kepala sebab nak fikir balik apa cita-cita dia, ada yang bertanya kat kawan sebelah apa cita-cita kawan tu sebelum dia jawab kat cikgu tu, dan ada jugak yang bertanya APA ITU CITA-CITA? Haa.. Waktu tu, aku dah senyum dah sebab aku memang ada satu cita-cita yang aku memang idam2kan. Bagi aku, cita-cita aku ni adalah yang paling agung dari cita-cita kawan aku.

Terdengarlah jawapan, ada yang nak jadi DOKTOR, ada yang nak jadi POLIS, nak jadi BOMBA, nak jadi SAINTIS, nak jadi PEGUAM (fuyooo... budak2 pon tau ape tu PEGUAM. Ada jugak lah yang mengarut kata nak jadi SPIDERMAN. Biasa lah, Budak2 kan.. Tapi cita-cita korang tu tetap biasa2 tak sehebat dan se-agung cita-cita aku. Sampailah giliran aku untuk di tanya.

"haa.. kawan2 Aim dah bagitau cita-cita diorang. Aim pula nak jadi apa besar nanti?"

Dan dengan bangganya aku berdiri, sambil mendepakan tangan ke hadapan;



SAYA NAK JADI...


*
*
*
*
*
*
*
*

DREBAR BAS CITYLINER!

...
.....
........
............
................

Sorry lah kawan-kawan. Cita-cita aku sangat 'agung'. Memang tak boleh nak buat apa dah. Waktu kecik2 dulu, aku memang OBSES dengan bas. Sebabnya, dulu keluarga aku takde kenderaan, jadi kemana saja aku pergi, mesti naik bas. Pergi jalan2 ke Kuala Lumpur ke, Cheras ke, Kampung Pandan ke, atau balik ke kampung, mesti naik bas. Lagi2 bila ada bas berhawa dingin yang bernama CITYLINER lalu lalang depan kelas aku tiap hari, bertambah2 batak la aku. Hahaha!


Bas CITYLINER. Sekadar hiasan sebab bas CITYLINER dulu corak lain.

Bila hal cita-cita aku ni sampai ke pengetahuan mak dan bapak aku, bukan kemain lagi aku kena bebel.

"Kau ni Aim, tak de cita-cita lain ke kau nak pilih? Orang lain cita-cita semua elok2, ada masa depan.. Engkau????"

Sabar je la mak.. Sekurang2 nya kalau aim bawak bas, ada juga gaji. Mak pon senang nak jalan2 pergi KL sebab tambang FREE.. Hahaha! Tapi tu cerita lama. Sekarang ni pun aku ada cita-cita sendiri; NAK JADI EDITOR VIDEO yang terulung macam ALARAZBOY. Aku memang kagum dengan editing2 video dia. Gempak, stylo, kemas, menarik. Huarrrgghh!! Macam2 lagi lahh!!

*****************************************

Apa pulak korang punya cita-cita ye?