Metrobus 43 and the Damned!

|
Tengah malam ni, aku baru je sampai ke rumah cousin aku kat Bukit Jalil sebab kolej aku cuti bersempena dengan raya cina. Kalau ikutkan hati aku nak stay kat kolej je sebab aku tak ada mood nak balik rumah. Tapi, nak buat macam mana. Karang aku kebulur pulak kat sana tak makan. Nak tak nak terpaksa lah balik rumah. 

So, kebetulan ada sorang junior kolej aku ni tak biasa balik rumah guna perkhidmatan awam lagi2 naik bas. Berbekalkan pengalaman aku tentang pengangkutan awam yang dipelajari sejak aku berumur 6 tahun, akhirnya aku berjaya bimbing dia menaiki bas dari Seremban hinggalah ke Kuala Lumpur kemudian berdikari dengan menaiki KTM Komuter untuk terus ke stesen Batu Caves.

Nak cerita tentang bas, memang tak dinafikan dari dulu aku memang obses dengan Bas. Sehinggakan waktu aku darjah 1, aku mengaku kepada semua dak kelas aku yang aku bercita-cita nak jadi pemandu bas. Sebabnya family aku dulu takde kenderaan yang besar macam kereta atau van ataupun lori. Hanya ada sebuah motorsikal Yamaha RXS lama yang digunakan sepenuhnya oleh Bapak aku. Mak aku ni pulak ketika tu kaki berjalan shopping sakan kat Chow Kit dan Mydin Masjid India. Jadi, nak pergi sana mestilah kena naik Bas. Berjalan tiap minggu naik bas yang sama. Len Seng nombor 71 ataupun Bas Mini nombor 10.
Sampai sekarang Bas still lagi jadi pilihan nombor 1 untuk aku keluar berjalan ke mana2 saja. Cuma sekarang ni aku berhadapan dengan situasi pengangkutan awam yang sangat2 menyakitkan hati. Kalau 10 tahun dulu waktu kecik2 nak pergi KL tambang cuma berharga RM 1.20 sehala, sekarang mahal ya amat! Tambang bas RapidKL sehala RM 3.00 (tambang dari Selayang Baru ke Kuala Lumpur; sebab rumah aku kat Selayang Baru). Mujurlah aku ada alternatif tambang bas yang lebih murah iaitu naik bas Metro dari Rawang ke Kuala Lumpur bernombor 43 yang hanya berharga RM 1.50 sehala. Jimat 50%! Akan tetapi, perkhidmatan bas Metro sumpah macam CILAKA setaraf dengan harga tambang.

Metrobus; kebanggaan rakyat Malaysia dan WARGA ASING kerana tambangnya jauh lebih murah. Namun servis yang diberikan sumpah HARAM JADAH!

Ok lah, pernah satu hari aku nak pergi kerja kat Kuala Lumpur, masuk kerja pukul 11.00 pagi. Aku keluar rumah tepat pukul 10.00 pagi. Tunggu bas pada pukul 10.05 pagi, bas sampai pukul 10.08 pagi. Sepatutnya boleh sampai ke Kuala Lumpur dalam masa 15-30 minit aje. Tapi, there's a bullshiting bullshit things happen with the bus drivers and the bus conductors mind, aku sampai kat Chow Kit pukul 11.20pagi. Aku tertanya-tanya, adakah perjalanan dari Selayang Baru ke Kuala Lumpur sejauh lebih kurang 10km mengambil masa 1jam lebih?? Waddafak???

Mana tak nya. Bila bas ni dah sampai ke satu tempat yang bernama Warta Lama Selayang, di situ lah dia akan menunggu penumpang2 untuk memenuhkan bas. Selagi bas tu tak penuh, selagi itu lah dia akan terus menunggu macam langau. Kadang2 bila bas penuh, masih lagi nak menunggu. Diorang bukan kisah pun penumpang2 yang nak pergi kerja. Salah satu mangsanya adalah aku yang selalu jadi mangsa lambat masuk kerja akibat ke'cibai'an pemandu dan konduktor bas ni. Nampak sangat diorang ni sangat mementingkan duit dan diri sendiri. 

Kadang2 bila dah terlalu lama bas ni berhenti tunggu orang, ada lah beberapa penumpang melenting. Tapi semua tak berani nak luahkan sebab konduktor dan pemandu tu sendiri nampak macam samseng. Kalau ada yang berani tegur, dengan bangganya konduktor akan marah balik penumpang tu. "Kalau nak cepat naik teksi lah!"

Lagi satu yang aku paling menyampah dengan bas Metro ni ialah gaya pemanduan yang TERLALU LALU LALU LALU LALU LALU LALU LAH BERHEMAH. Sedang kereta, lori, van, motorsikal meluncur laju, bas ni pulak bergerak dalam kelajuan 50km/j dan ke bawah. Aku tak tahu lah apa masalah yang terdapat kat bas tu. Enjin dah lama tak servis atau wayar dan kabel dalam bas tu dah kena gigit dengan tikus. Lembab nak mampos! 

Mungkin pemandu bas ni fobia dengan kemalangan bas Sani Express beberapa tahun lepas, atau kemalangan bas yang berlaku dekat Tol Pedas-Linggi kat Lebuhraya Utara-Selatan tempoh hari, aku sendiri pon tak tau. Bas ni hanya akan laju apabila pesaing terdekatnya iaitu bas macam RapidKL atau SJ Bus berada di belakang bontot mereka. Kadang2 bas Metro boleh berlumba dengan bas lain semata-mata nak rebutkan penumpang. Siap ada radio walkie talkie untuk memberi laporan tentang pesaing2 bas yang lain. Punya lah tamak nak rebut penumpang.

SJ Bus 43, pantang berjumpa dengan Metro 43, konfirm berlumba sebab rebut penumpang

RapidKL; pernah menjadi pujaan hati kerana tiketnya yang murah dan boleh diguna pakai. Namun itu semua tinggal kenangan.

Sebenarnya kalau ikutkan hati, aku tak minat langsung nak naik bas Metro ni. Tetapi atas kadar kewangan yang rendah kerana aku ni hanyalah golongan kelas bawahan yang kurang duit dalam poket dan tiada kenderaan sendiri, terpaksa lah menaiki bas Metro sebab tambang bas RapidKL yang dah mahal nak mampus. 

Bas-bas Metro ni hanya sudi dinaiki oleh golongan2 pekerja asing yang terdiri dari orang2 Indon, Bangla, Nepal, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka dan etc. Kalau ada orang Melayu or Cina or India pun mungkin sebab terpaksa sebab dah takde pilihan lain. Sampai satu masa tu, aku rasa aku ni dah macam pekerja asing bila bersama-sama dengan diorang dalam satu bas. Dah la bangla2 ni suka pasang lagu kuat2 dalam bas. Bukan reti nak beli headphone or earphone. Kalau lagu yang best, leh jugak aku layan. Balik2 lagu Hindustan yang menyakitkan telinga. Ingat lagu2 yang diorang pasang tu best sangat la. Fak Off !

***************************************

aku harap cepat2lah bas Metro ni dilupuskan. Kadang2 aku terfikir, kalau orang selalu kata Customers always Right, mungkin syarikat Bas Metro punya prinsip ni ikut sebijik dari Mr.Krab punye prinsip; MONEY ALWAYS RIGHT! Cibs!

1 comments:

Anonymous said...

salam dan salam kenal. aku adalah sejenis manusia yang baru berpindah di selayang pada tahun 2015, aku takda kenderaan jadi aku cuma nampak bas je lalu layang dekat one selayang ni. nak dijadikan cerita, aku carilah maklumat as sj dengan metro no.43 dan blog tuan hamba tersenarai dalam pencarian. baca nak cari maklumat route bas, tapi bila baca entry ni terus rasa terpikat lalu hendak di-follow blog ini.
Betul la kata kau, sj dengan metro ni memang berlumba macam mat rempit tapi diorang mat bas. first time aku naik bas pada hari jumaat tanggal 11 september aku dah merasakan seperti aku terlekat di kerusi dek kelajuan bas yang dibawa melangkaui kemampuan dan batas aku sebagai seorang perempuan yang berkain(skirt maksud aku) ketika itu. Nak diri pun rasa takut, apatah lagi hendak ku tekan loceng. Kali kedua aku balik pun naik bas yang sama (pemandu lain) boleh tahan gangster aa driver dia. Sedang aku dalam bas, aku teringat entry kau yang aku baca masa mula-2 aku pindah sini, aku tergelak. memang harlem shake la bas ni, tapi pengalaman la untuk aku sebagai seorang awek yang sentiasa naik tren dan migrasi ke pengangkutan bas. kenapa aku cerita dekat kau pun aku taktau tapi aku rasa macam cerita bas kau ni memberi inspirasi kepada aku untuk terus menjelajah kl menaiki bas kot2 aku dapat jadi driver bas ke apa ke. gitteww. sekian salam kenal daripada aku kepada tuan blog yang dah lama nak mampuuuuuh tak update.. huhuhu.

Post a Comment