Dah 2 tahun aku berblogging. Macam2 benda aku dah mengarut kat sini. Bila aku bosan, aku akan mula mencari idea dan akan aku luahkan segalanya kat dalam ni. Bila ada sesuatu yang menarik, aku akan share untuk tatapan korang semua yang sudi singgah ke blog yang memang tak ramai dikunjungi orang ni. Terima kasih banyak2 kepada semua manusia yang pernah datang, komen entry aku, caci maki hamun entry aku dan kepada mereka2 yang sudi jadi follower aku samada follower setia ataupun sekadar follower lalang, TERIMA KASIH BANYAK2 SAYANG.
antara header2 yang dah menghiasi header blog aku dari zaman http://chronohunterz.blogspot.com sehinggalah ke url yang paling latest.
Masuk tahun baru ni, aku baru perasan yang follower aku setakat ni, dah 98 orang. Last time aku check ade lah dalam 30-40-50 orang je yang follow. Terkejut jugak bila tengok statistik pelawat yang datang ke blog aku baru2 ni bukan main ramai. Selama ni boleh kata tak pernah aku alami situasi dalam sehari beratus2 orang datang visit blog aku. Kiranya dulu, dalam sehari ada lah 7 - 8 orang yang datang. Kadang2 takde langsung. Mungkin ramai sangat orang visit hanya sekadar singgah untuk promot blog dalam shoutbox aku. Mungkin entry aku menarik yang menyebabkan orang lain minat untuk membacanya, wallahualam~ Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Seriusly, aku tak sabar2 nak tengok siapa yang akan jadi follower aku yang ke SERATUS. Heheh! Biasalah, tak pernah rasa pengalaman macam ni kan. So, tak hairan lah kalau aku akan melompat2 gembira macam monyet dapat pisang kalau follower aku dah cecah 100. Tak macam blog member aku, baru bape bulan buat blog, follower ramai nak mampus sampai cecah 300+. Aku ada tanya dia,
"macam mana kau buat follower kau jadi sampai banyak2 camtu".
Dia jawab; "entah.... mana lah aku tau. lagipun yang visit tu budak2 kampus aku jugak."
Tak promot blog secara komersial pon boleh feymes kan. Ini ada yang sampai blogwalking beratus2 blog orang lain untuk tinggalkan link. Heheh! Ada seorang blogger yang dah feymes bagai ni pulak kata lebih kurang macam ni kalau tak silap:
".....sama ada kita berblogging ni ikhlas kerana Allah taala ataupun hanya untuk populariti or kumpul follower banyak2..."
Mungkin lepas ni aku kena bace niat;
"sahaja aku berblogging kerana allah taala..." Dengan cara ini, mungkin leh dapat rahmat atau ganjaran yang banyak sehingga jatuh mencurah ke ladang gandum lepas tu puhhh ! Jadi lah Koko Krunch! =____="
Jadi, untuk sesiapa yang jadi follower aku yang ke 100, sorry lah. Aku takde hadiah spesel untuk kau sebab aku ni manusia yang tak berduit. Aku bukan nya orang kaya yang sentiasa boleh buat kontest2 yang menawarkan hadiah2 menarik. Aku pon tak kretif nak buat kontest2 kejadah ni semua. Aku hanya berblogging kerana minat, hobi, perkara untuk menghilangkan bosan dan tempat untuk aku meluahkan segala benda perkara yang tersimpan dalam kepala otak aku untuk dikongsi bersama.
*************************************
Blogging biar ikhlas. Bukan kerana populariti dan harapkan orang klik nuffnang. Hahahahaha!
psst... aku bubuh nuffnang sebab buat hiasan je.. Siyes !
1 comments:
The History of the Casino - One of the Most Popular Casinos
A relative newcomer to the world of online gambling, communitykhabar Wynn Las Vegas opened its doors to a new audience of casinosites.one over 600,000 in 2017. This was งานออนไลน์ the poormansguidetocasinogambling.com first casino https://jancasino.com/review/merit-casino/
Post a Comment