Ada Apa Dengan Ultras Malaya?

|
Senario bolasepak Malaysia sentiasa berubah-ubah. Kadang kala naik kadang kala turun. Walaupun begitu, sokongan aku terhadap bolasepak Malaysia tak pernah luntur. Namun, tanpa aku sedari, ada sekumpulan manusia yang menyokong Malaysia jauh lebih setia dari aku. Aku ni bukan lah seorang manusia berduit yang sentiasa hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, jadi aku jarang2 nampak suasana di stadium. Tetapi sewaktu final pertandingan Piala AFF Suzuki Cup antara Malaysia menentang Indonesia, kelibat sekumpulan manusia ini benar2 membuka mata aku.




Pada mulanya aku tidak tahu langsung tentang apa yang dinamakan sebagai ULTRAS. Sehinggalah aku menjejakkan kaki aku ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau. Di situ aku berkenalan dengan Syed Mohd Lukmal Hakim Syed Naser. Dia sama jurusan dengan aku iaitu Diploma Perfileman dan Animasi Digital. Pendek cerita, dia lah yang memperkenalkan budaya ULTRAS ni kat aku. Dengan berbekalkan beberapa sumber video dari laptopnya penuh dengan bermacam2 video bola sepak, dia menunjukkan beberapa video ULTRAS2 di Eropah.

Budaya menyokong Ultras dalam video tu mereka memang cukup mengagumkan. Tak pernah aku tengok suasana yang begitu meriah di stadium. Tak seperti EPL, walaupun penonton penuh satu stadium tapi tak semeriah stadium yang dipenuhi dengan ULTRAS. Liga Malaysia tak payah cerita lah. Stadium tak pernahnya penuh. Kalau penuh pun kena tunggu final kejohanan besar seperti final Piala F.A dan Piala Malaysia. Dari situ jugalah aku mula menyelidik apa itu ULTRAS di internet.


**********************************************

APA ITU ULTRAS??

"Ultras are a type of sports fans renowned for their fanatical support and elaborate displays. They are predominantly European followers of football teams. The behavioral tendency of ultras groups includes the use of flares (primarily in tifo choreography), vocal support in large groups and the displaying of banners at football stadiums, all of which are designed to create an atmosphere which encourages their own team and intimidates opposing players and supporters.
The four core points of the ultra mentality are:
  • never stop singing or chanting during a match, no matter what the result
  • never sit down during a match
  • attend as many games as possible (home and away), regardless of cost or distance
  • loyalty to the stand in which the group is located (also known as the Curva or Kop)."

sumber: WIKIPEDIA  (http://en.wikipedia.org/wiki/Ultras)

Ultras di Eropah

**********************************************

Dari situ, aku sebenarnya dah mula jatuh hati dengan ultras. Tapi aku tak tunjukkan perasaan jatuh hati tu depan member aku. Aku diamkan saja. Aku tengok member aku ni betul2 bersemangat dengan fahaman ultras dan bolasepak Malaysia. Dia juga (rasa-rasanya lah) orang kuat dalam ULTRAS MALAYA; salah sebuah kumpulan penyokong bolasepak Malaysia yang mengamalkan budaya ULTRAS. Kumpulan ni ditubuhkan pada tahun 2007 dan diketuai oleh saudara Freddie Marciano. (ni nama Facebook dia. Tak tau nama betul dia siapa..)

Bercerita tentang Freddie Marciano ni, aku rasa dia ni seorang yang cukup berpengalaman dalam dunia bolasepak dan dunia ULTRAS. Aku tak tau la. Cuma dalam facebook dia, aku dapat tahu dia memiliki Muffler pasukan bolasepak dan kelab ULTRAS terulung di dunia. Antaranya pasukan Fenerbahce, Dinamo Zagreb, Girondin Bordeoux, FC Barcelona, Galatasaray dan macam lagi lah. Tak ketinggalan muffler dari kelab bolasepak negara jiran Indonesia seperti Aremania, Persib Bandung, Persija Jakarta, dan juga Viking.

Nak jadi sebahagian daripada Ultras Malaya sebenarnya tak susah, tapi ada syarat2 yang perlu dipatuhi oleh mereka yang nak jadi Ultras Malaya. Berikut adalah syarat2 untuk menjadi seorang Ultras Malaya dari nota yang diperolehi dari note facebook member aku ni.

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.

3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.

4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.

5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia. 

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak. 

9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain. 

11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA. Sekian~

****************************************** 

BERSAMA ULTRAS MALAYA!

Aku bertekad untuk bersama Ultras Malaya kali ini untuk merasai sendiri pengalaman menonton perlawanan bola sepak bersama Ultras Malaya. Antara langkah2 yang aku ambil ialah meminjam RM30 untuk membeli tiket perlawanan akhir dari seorang kawan yang aku dah anggap dia seperti abang sendiri. Yelahh, aku ni bukan orang kaya. Nak dapatkan RM10 dalam sebulan pun susah. Tetapi kali ni aku dah tekad untuk pergi ke stadium lagi2 apabila Malaysia layak ke perlawanan akhir menentang seteru utama bolasepak Malaysia iaitu INDONESIA.

tiket yang berjaya aku beli 3 hari sebelum pertandingan bermula.

Bila sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil, aku terpaku melihat suasana di luar dan dalam stadium yang begitu meriah! Lebih meriah dari perlawanan akhir piala F.A yang membabitkan Selangor bertemu Kelantan yang pernah aku hadiri sewaktu ketika dahulu. Tak pernah aku lihat suasana sebegini meriah dalam perlawanan yang membabitkan Malaysia! Berasak-asak lah orang ramai yang mahu masuk ke dalam stadium.  Setelah berjaya masuk, sasaran aku ialah mencari tempat Ultras Malaya.

Setelah berjaya mengesan lokasi mereka yang berada di bahagian Curve SNBJ, aku pun mula mengarahkan kaki aku untuk ke sana. Memang susah nak sampai ke situ kerana penonton yang hadir terlalu ramai. Aku mencelah segenap ruang sambil mata ini tidak henti2 mencari member aku tu kerana sebelum aku sampai ke stadium, aku dah call dia bertanyakan lokasi. Ketika itu dia sudah pun berada dalam stadium. Setelah penat berjalan merentasi lautan manusia, akhirnya aku sampai ke salah satu dari dua kubu Ultras Malaya yang berada di bahagian aras 2 dan 3. Aku ambil keputusan untuk berada di aras 3. Suasana di situ masih lagi seperti biasa, kerana perlawanan belum bermula lagi.

Saat panas kumpulan Ultras Malaya ni bermula apabila mereka melaungkan nama Malaysia secara beramai-ramai serta di ikuti oleh ketukan gendang dan rentak gerak tangan yang berjaya menarik minat hampir seluruh penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh Ultras. Memang memukau! Aku sendiri mengikut gerak tangan dan laungan Malaysia walaupun aku tiada muffler dan bendera untuk dipegang bersama. Apabila kedua-dua pasukan masuk ke padang untuk memulakan perlawanan, seluruh stadium penuh dengan sorakan, bunyi hon dan gendang serta tepukan gemuruh untuk pasukan masing2. Ketika inilah babak menarik Ultras Malaya bermula. Suar ataupun Flare di bakar dan dengan asap memenuhi segenap ruang yang berhampiran dengan Ultras yang menceriakan lagi suasana di dalam stadium.

saat suar / flare di bakar

Semenjak dari awal perlawanan berlangsung, bermulalah tugas Ultras yang tidak henti2 menyanyi, bersorak dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk pasukan negara. Mereka tidak hiraukan segala kesilapan yang dilakukan oleh pasukan negara. Mereka tidak merungut sedikit pun akan prestasi pasukan negara. Mereka terus bersorak, bersorak, dan bersorak mengikut ketua mereka yang di gelar 'Capo'. Dipendekkan cerita, aku bersama dengan member aku tu pada separuh masa kedua dan kali ini aku berada dengan kubu utama Ultras yang terletak di aras 2. Suasana di situ lebih kurang sama seperti di atas. Bezanya di kubu utama ni lebih meriah dari yang kubu yang berada di aras 3.

Ada satu babak menarik, di mana pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol. Ketika itu seluruh penyokong Malaysia bersorak gembira meraikan gol pertama yang dijaringkan menerusi penyerang berbisa pasukan kebangsaan dan Selangor Darul Ehsan iaitu Mohd Safee Mohd Sali yang merembat kemas bola hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha. Seluruh penyokong Malaysia terutamanya warga Ultras Malaya menyambut dan meraikan kejayaan jaringan gol itu. Aku yang bersama dengan Ultras memerhati mereka yang berpelukan dan menangis kerana terharu akan bocornya gawang Indonesia yang di kawal oleh Markus Rihihina yang selama ini dianggap terlalu kebal sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki Cup ini berlangsung.

Aku sendiri yang melihat seperti mahu mengalirkan air mata kerana melihat betapa semangatnya mereka memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan Malaysia. Semangat patriotik mereka memang tidak dapat dibendung lagi. Semangat patriotik sebeginilah yang sepatutnya dicontohi oleh rakyat Malaysia yang lain. Dengan kain rentang yang tertera perkataan "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" menjadi slogan mereka. Mereka mahukan pembaharuan dalam bolasepak Malaysia. Mereka mahukan perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia yang hanya tahu menjadi lalang dan hanya tahu mengkritik pasukan bolasepak Malaysia. Tidak keterlaluan untuk aku katakan merekalah pemain ke-12 pasukan Malaysia pada malam itu. Ultras Malaya adalah pencetus idea baru dalam sokongan bolasepak tempatan. Semangat yang ditunjukkan oleh mereka amat2 memukau sehinggakan aku sendiri menyertai sorakan, gerak tangan dan nyanyian bersama mereka semua.

Malaysia Malaysia Oh Malaysia!
Majulah Malaysia Negaraku!
Tunjukkan Taringmu!
Hancurkan Lawanmu!
Malaysia Tanah Tumpah Darahku!

Itulah antara sorakan nyanyian yang dilontarkan oleh kumpulan Ultras Malaya. Setelah perlawanan tamat, sorakan mereka masih lagi tidak berhenti. Mereka meraikan kejayaan pasukan Malaysia yang berjaya membenam pasukan Indonesia 3-0. Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan 2 gol manakala 1 lagi gol dijaringkan oleh pemain Terengganu, Ashaari Samsudin.

Kesimpulannya, Ultras Malaya benar2 membawa impak besar dalam bolasepak Malaysia. Dari sebuah kelab penyokong yang kecil hinggalah berjaya menarik begitu ramai penyokong Malaysia untuk bersama-sama dengan mereka. Malah sehinggakan ada yang menubuhkan page Ultras Malaya di facebook walaupun page Ultras Malaya yang sebenar sudah lama wujud. Apa-apapun, tahniah ULTRAS MALAYA dan tahniah buat pasukan Malaysia! Kami mendoakan kejayaan anda di Stadium Gelora Bung Karno.

*************************************





Syed Hakim! Pemukul gendang Ultras pada separuh masa pertama! Thx bro! Kalau kau tak kenalkan kat aku ape tu Ultras, aku tak tau der. Demam2 pun kau still bersemangat kan. Respect!

Hahaha!

Aku ingin menjadi sebahagian dari Ultras Malaya kerana budaya menyokong mereka serta ikhlas dalam menyokong, mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan juga berdisiplin!

12 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

NajaaAbdullah said...

huh ! terharunya akuuu, rasa macam nak join pun ada :')

Anas said...

The best ultra adalah liverpool dan galatasaray... paling otai dlm sejarah leeds!!

cari kt leeds youtube dowang punye chants best!!!

Aim said...

armouris: tahniah untuk malaysia !

Aim said...

najaa - aku dah ajak kau xnk ikot... lain kali ikut aku okeh... ahaha

Aim said...

anas- dun forget with the ultras carsi from Besiktas.. diorg pon p0wer jugak. pernah capai desibel bunyi penyokong paling tinggi di dunia dalam sejarah. thx 4 da leeds information.. :)

papabear said...

syabas bro!!!

Aim said...

terima kasih wahai teman.. ;)

Bert said...

gua salute habis sama Ultras Malaya. Bagi aku kalau takde diorang ni, tak feel tengok bola kat stadium.

Keep it up ultras!

Zaty Anuar said...

ehem, gmba last tu seksi.
HAHA
:D

Aim said...

Bert - Ultras pencetus kebangkitan semangat idea baru dalam menyokong bola sepak malaysia !

Aim said...

zaty ! ghahaha ! jgn perhati lame2.. kang tergoda.. ehe !

Post a Comment