Showing posts with label berangan adalah perkara paling senang dibuat di dalam dunia. Show all posts
Showing posts with label berangan adalah perkara paling senang dibuat di dalam dunia. Show all posts

Aim Zulhashim 26 Tahun; Impian & Cita-Cita

|


"masihkah bersedih pada hakikat dikurniakan padamu, bukankah cita-citamu memperjudikan kasih sayang....."

1. Pukul 5.58 pagi, tanggal 20 April 2016, aku mulakan karangan yang berbaur bebelan serta isi-isi yang penuh dengan.. Hmm.. Macam mana nak cakap eh? Haaa! Dulu bila orang tanya kat aku apa cita-cita aku. Aku tak tahu nak jawab apa. Waktu sekolah rendah aku jawab nak jadi driver bas CityLiner. Sekarang bila orang ajukan soalan yang sama, aku terdiam.

2. Sebenarnya dari pukul 2 pagi tadi (kalau tak silap aku lah..) aku busy mengerjakan video-video yang masih belum siap. Yelah, nanti kang kalau aku tak siapkan video, aku takde payment. Bila takde payment, aku takde duit, bila aku takde duit, aku miskin. Bila aku miskin, aku stress. Bila aku stress, semua orang aku marah.

3. So, dengan kudrat tenaga yang masih berbaki lebih kurang secubit garam secukup rasa, sambil mengharapkan tenaga tambahan yang aku peroleh hasil dari air milo panas bercampur nestum yang aku bikin dengan penuh rasa kasih sayang, diharap bolehlah membantu aku untuk berjaga sampailah video ni siap. Entah bila nak siap, aku tak tahu lah. Ahhh! Tak kisah! Janji dapat payment.

4. Ohh, by the way, hari ni aku baru daftarkan syarikat aku. Yes, CH MediaGraphy. Alhamdulillah, akhirnya aku punya syarikat sendiri setelah selama beberapa bulan ni, perniagaan aku dijalankan secara 'haram' tak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hehehehehehe!

5. Alang-alang dekat pejabat SSM tu, ada pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. So, aku renew la IC lama aku yang chip nya dah tak boleh dibaca, dengan terkopak sana terkopak sini, dengan gambar IC serupa penyangak Sarip Dol kampung dusun. Fuhhh! Siap jugak. Finally IC aku senonoh sikit berbanding yang sebelumnya. Hahahaha! Aku renew IC aku sebab siang nanti aku nak buka akaun bank syarikat. Senang nak berususan. Nampak profesional sikit. Fuhhh!

6. Tiba-tiba, aku macam ketandusan idea. Tak tahu nak mengolah video ni macam mana. Aku mati akal, muka dah jadi petak, otak dah blank. Badan dah letih sebab lama sangat ride motor tadi. Aku lepaskan genggaman tangan kanan aku dari tetikus. Ikut hati nak main game. Ikut badan rasa macam nak tidur je. Sumpah, aku letih gila ni.

7. Ok, aku decide untuk tidur. Aku bentangkan selimut TOTO Narita di lantai studio yang berpasir. Celaka betul. Tiap hari sapu lantai pun masih berpasir lagi.

8. Aku labuhkan badan kepeng yang perutnya menjadi idaman wanita seluruh dunia (yes! buncit!) ke atas TOTO Narita yang aku bentang tadi. Aku pejamkan mata. Tapi, sebagai manusia yang dah biasa berjaga malam dan tidurnya pada siang hari, masakan aku boleh tidur. Sebab aku letih nak mampus. Kadang-kadang aku nak tidur pun tak boleh bila badan aku dah terlalu letih.

9. Alunan bunyi cengkerik yang membingit, berdendang kat dalam gegendang telinga aku. Aku mula berangan, aku mula terbayang. Terbayang masa depan aku. Aku terfikir dengan usaha aku dalam menjayakan syarikat aku. Boleh jadi kaya tak dengan main video? Paling tak pun, boleh jalan ke ni?

10. Aku teringat lagi pada tahun 2014. Zaman aku menganggur tak bekerja. Entah kenapa aku pemalas gila waktu tu. Tiap hari aku duduk rumah, menghadap komputer, tengok movie, main game, main Facebook, main Twitter. Itu je lah kerja aku seharian di rumah. Tak keluar tengok dunia luar pun. PC kat rumah tulah dunia aku.

11. Sampai satu masa tu, aku punyalah terdesak nak dapatkan duit. Aku keluar rumah, cari tin, cari besi, cari surat khabar, kemudian aku jual. Dapatlah lima ringgit. Cukup-cukup untuk aku isi minyak motor dan segelas teh o ais.

12. Sebenarnya, waktu tu aku dah putus asa. Putus asa dengan segala-galanya. Bermacam-macam janji orang tabur kat aku sambil berkata "ohh! Satu hari nanti kau akan di-transform-kan from nothing into something. Janjikan stesen minyak lah, janjikan untuk jadi artis lah. Tapi janji hanya tinggal janji, tinggal sejarah. Semuanya palsu belaka. Pandai tabur janji tapi tak tunaikan. Tinggalkan aku jadi bangang, bingai, terkontang-kanting macam tu je. Tak rasa bersalah ke woi?

13. Aku tinggalkan segala apa yang aku ada untuk kejar cita-cita yang aku tak tahu bahawa semuanya palsu belaka. Andai aku ahli nujum dan aku tahu kesudahannya jadi begini, aku persetankan saja mereka semua. Mungkin akan aku acukan saja jari tengah kepada mereka agar mereka faham betapa jahanamnya mereka semua.

14. Aku putus harapan, putus asa, malas nak berharap apa-apa. Kira macam berserah je. Kalau ada benda tu, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Aku lebih bahagia duduk rumah, jadi manusia tak berguna dengan menghabiskan masa depan PC buat benda-benda lagho.

15. Cuma, sampai bila aku harus jadi macam ni? Terus diam tak berbuat apa-apa, takkan bawa aku ke mana-mana.

16. Kini, umur sudah meningkat. Makin tua. Aku perlu lakukan sesuatu. Kini aku benar-benar berharap segala usaha yang aku dah rancang membuahkan hasil. Yes, jayakan CH MediaGraphy sebagai sebuah production video yang berdaya saing dengan production yang lain. Videografi adalah satu bidang yang aku sukai, aku minati dan aku cintai. Yes, aku sedang bercinta dengan kerjaya aku. Jadi, tolong jangan ganggu percintaan kami!

17. Aku gembira bila aku dapat pegang kamera, merakam setiap detik indah yang berlaku, kemudian aku abadikan semua kenangan itu di dalam cakera padat digital untuk tatapan mereka semua kelak.

18. Jadi, sekarang ni bila orang tanya apa cita-cita aku, itulah jawapan aku. "Aku nak gembirakan orang lain". Itulah cita-cita aku sekarang, bahagiakan orang lain agar aku bisa temui bahagia yang aku cari selama ini. Aku tak perlu pun sebenarnya menghancurkan kejayaan orang lain untuk puaskan dan gembirakan diri sendiri. Cukup dengan aku gembirakan orang lain, itu sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan aku.

19. Lupakan saja semua benda yang dah berlalu, biarkan segala kenangan pahit pergi dan jangan pernah cuba kembalikan semua kepahitan. Jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Aku mahu berubah, demi diri aku, demi keluarga aku, demi masa depan aku.

20. Semoga impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan. Doakan aku.

"janganlah memburu angin yang berlalu, kelak kau terima jawapan yang kecundang, pulang saja di mana permulaan langkahmu, biar saja angin itu terus berlalu...." -Wings, Biarkan Berlalu.

Kisah Dua Belas Tengah Malam

|
header baru. hewhewhew

Pukul 12:00 tengah malam, dengan suhu bilik 16 darjah celcius (terima kasih kepada penyaman udara York), aku kesejukan.

Aku naikkan suhu penyaman udara. Aku bukan nak suasana bilik yang sejuk membeku. Ingat aku ni daging beku pasar borong Selayang ke? Cukup lah aku dapat nikmati suasana bilik yang.. Hmmm.. Macam mana nak cakap eh. Suam? Boleh la kut.

"setelah kian lama.............. kau memendam dendam....."

Bait-bait dari lagu berjudul Teman nyanyian kumpulan XPDC berdendang dari corong-corong speaker yang ada di hadapan mata aku. Sudah 4 5 6 kali jugak aku ulang-ulang lagu ni. Hmmm. Bosan!

Aku belek-belek telefon bimbit. Tak ada apa-apa mesej dari aplikasi Whatsapp yang ditujukan khas kepada aku. Padahal dari tadi asyik memekak dengan notification. Whatsapp group yang banyak merapu dari cerita benda yang berfaedah. Bersembang pasal kulup lah, kerandut lah, tuit berbayar lah, makanan lah, fonsek lah, karaoke lah.

Ingat nak join nyanyi satu lagu. Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa. So, lain kali je lah.

Sebenarnya, selama 6 jam aku berada kat Sijangkang ni, aku harapkan tempat ni boleh beri aku ketenangan, seperti ketenangan yang aku raih minggu-minggu sebelumnya. Aman damai. Jiwa tenteram. Hidup sihat. Tenang tanpa sebarang duka lara. Ahhh.. indahnya.

Cuma, hari ni kepala hotak aku masih dipenuhi dengan segala macam negative vibes. Aku cuba rungkai dan kupas satu persatu. Aku tanya diri sendiri. Apa sebenarnya masalah aku? Aku yang aku nak sebenarnya? Tak kisah lah dari segi apa pun. Rohaniah? Lahiriah? Cinta? Harta? Kawan? Lawan? Sayang? Benci? Rindu? Dendam?

Akhirnya, aku hanya gelengkan kepala, mengeluh lesu sambil berkata kepada diri sendiri.

"entah?"

Aku keluar ke studio belakang. Ada satu gazebo kecil. Aku duduk di situ tanpa sebarang cahaya lampu. Berseorangan. Tempat yang gelap tadi menjadi sedikit terang setelah aku menyalakan api dari lighter berjenama Cricket.

Rokok Winston Merah Siam yang aku beli di kedai Acheh petang tadi, aku sedut asapnya. Suasana kembali kelam. Namun dapat juga aku raih sedikit rasa tenang. Aman damai.

Pelik.

Entah bagaimana racun nikotin, tar, err... dan segala apa lancau lagi entah racun-racun yang ada dalam rokok tu boleh menghadirkan rasa damai dalam diri. Eh, tak fahamlah aku dengan rahsia dunia ni. Pelik pelik pelik!

Kemudian aku terfikir kembali segala masalah yang aku hadapi sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan?

Adakah aku perlu cari jalan mudah, dengan membakul sampahkan saja semua masalah yang ada? Persetankan kamu semua. Aku sudah anggap kamu tiada. Bila di tanya, aku buat-buat lupa. Tak tahu. Jahil dan bodohkan diri. Pengecut!

Ataupun perlukah aku cari jalan sukar, dengan hadapi segala masalah untuk perbaiki semula keadaan? Semuanya akan aku habisi, ku bunuh satu persatu. Aku hunus segala senjata yang ada, walaupun hanya menggunakan buku lima. Aku tumbuk, aku sepak, aku tikam, aku tembak. Nah, mampus kau di sana! Tiada hati perut!

Tapi, ada satu masalah tiba-tiba muncul. Masalah ini lebih berat dari segala masalah yang ada. Ini bukan masalah minor. Ini sangat major. Tiada jalan mudah untuk aku selesaikan. Hanya jalan sukar. Aku kena hadapi masalah ini dengan kadar segera!

Rokok yang tinggal separuh, aku campakkan saja. Segera aku berlari masuk ke satu sudut gelap, tanpa sempat aku buka lampu. Aku hempas pintu kuat-kuat. Aku kerahkan sepenuh tenaga. Mataku jadi malap, gelap. Nafasku berombak kencang, dengan segala kudrat yang ada, aku gunakan sehabisnya!

Celaka! Apakah dugaan malam ini? Apa lagi ujian mahu kau berikan pada aku?

*plup!*

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku mampu mengukir satu senyuman manis bercampur kelat. Sambil berkata..

"waduh.. sukses sudah aku ngiseng! ni mesti angkara nasi ambeng wak ni. celaka!"

Okay, bye!





Selepas Setahun Lebih Blog Bersawang

|


Kepada:
Semua pembaca-pembaca blog aku yang mungkin tak pernah wujud pun.

Astaghfirullah hal 'adzim. Ada lagi rupanya blog aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHA.

1. Tanggal 11 Jun 2014 adalah tarikh terakhir aku mengarang dalam blog ni. Dan dalam tempoh aku berhiatus dari dunia blogger ni, aku tak pernah terfikir langsung pasal nak update blog ke, customize blog ke, sampai aku sendiri lupa yang aku pernah ada blog. Kahkahkahkah!

2. Yelah, terlalu busy dengan hidup, dengan kerja. Aku dah ada life lah senang cerita. Gituuu. Jadi, setelah hampir dua tahun aku tak update blog, hari ni secara eksklusifnya aku nak bercerita.

3. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak merepek dan membebel apakebenda dalam blog ni. Masih lagi busy dengan kerja, dengan hidup yang tak tentu arah macam manusia tak ada pedoman hidup.

4. Well, aku masih lagi sihat, masih lagi kacak bergaya, masih tebal sifat riak takabbur ujub dalam diri. Bila nak berubah, aku pun tak tahu lah.

5. Currently, bercinta dengan kerja. Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang videography dan broadcasting, Alhamdulillah, sekarang sudah punya production kecil-kecilan milik aku sendiri. CH MediaGraphy. Kini sedang mengerjakan big project pertama kami, Video Klip dan karaoke untuk album terbaru Mustar; Juara Kilauan Emas 5 dan juga video klip untuk album 'Warisan Ottai Klang' yang akan keluar tidak lama lagi.




6. Masih single dengan jayanya. Kahwin? InshaAllah tahun 2030 nanti aku kahwin lah. Dengan Mira Filzah, inshaAllah. Kalau bukan Mira Filzah? Ermmm.. Kalau ada jodoh, adalah. Tak ada, tak adalah. KAH! BERANGAN KUAT AKU NI!

7. Pernah bekerja di Starbucks selama beberapa bulan. Sebelum tu pernah busking di hadapan SOGO, Ampang Park dan Enjoy's Corner Taman Melati. Masih memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Fuhhh!

8. Sedang gigih berusaha untuk merakamkan single pertama, lagu yang berjudul 'Andainya', berkolaborasi bersama G-mie Screen, Jas Fair, Daus Buskers, dan Warisan Records.

9. Masih enggunakan motorsikal Yamaha LC135. Motor standard, tak convert apa-apa lagi. Dalam perancangan nak modifikasi enjin untuk kelajuan yang lebih padu. Ohh, belum ada kereta lagi. Nanti lah aku beli sebijik. Target nak Hilux. Kahkahkahkah!

10. Tu je lah aku nak cerita. Sebab kerja aku banyak lagi ni. Nanti aku update lagi. Mungkin kena ada orang yang ingatkan aku. Apa-apapun, semoga hidup korang semua sentiasa dirahmati.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK FA SELANGOR, FC BARCELONA, SILVER ARROWS, TWITTER, VSCO CAM, INSTAGRAM, EDIUS, ADOBE AFTER EFFECTS, DAN YAMAHA 135LC.

Aim Zulhashim
Sijangkang Batu 8
Klang
Selangor Darul Ehsan.

Blogger Bosan Nak Mampus

|



By the way sebelum kau mula membebel please Aim, cut the BS like "ohh.. kesian blog gua dah bersarang, nangis-nangis blog ni tunggu tuan dia update.." - My Imaginery Friend

KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH KAH!

'Kah kah kah' tu saje je aku buat. Tiru style blog Hisham Rais dengan Ameno World. Bak kata Mu'min, "baru styleee...!!". Ok, takde benda yang kelakor pon.

Mu'min, budok Kuale Kangsor kerja kat Petronas Pak Nun Solaris Serdang. Dah berenti kerja minggu lepas.

Wow. Dah genap setahun aku tak mengarang dalam blog ni. Sebabnya aku sendiri tak tahu nak cerita apa. Plus, ada lagi ke orang berblogging ni? Kebanyakan yang aku nampak masih berblogging ni cuma makhluk-makhluk yang copy paste artikel orang lain, buat tajuk panas-panas lepas tu publish kat page Kelab Blogger dalam Facebook. Aku klik link, tak sempat nak baca satu baris ayat terus keluar pop-up "kalau nak baca tekan LIKE dulu" lah, "sila tekan button LIKE untuk terus membaca" lah, "sila klik LIKE sebagai tanda penghargaan" lah. Macam sial. Blogger dah tak seri macam dulu. Muram dan suram. Sebab tu ramai yang malas nak layan blog dah. Update blog pon takde siapa yang nak baca. Lagi-lagi post aku yang ni. Ada ke yang nak baca? Hahaha!

Some bloggers buat macam tu sebab nak cari duit. How? Camni, diorang iklankan kat Facebook sebuah perkhidmatan, errr.. macam mana aku nak cakap eh? Ok, katakan lah "PAKEJ PAGE KORANG AKAN DAPAT 100,000 LIKE DALAM MASA 3 HARI". Kemudian contohla ada satu page purchase pakej ni. Lets say nama page tu, 'KELAB BETINA GATAL' yang memang tak laku likers. So, korang-korang yang klik pop-up LIKE bila nak baca artikel dalam sesebuah blog tu sebenarnya korang telahpun menge-LIKE page 'KELAB BETINA GATAL' tersebut.

Untuk menarik likers yang banyak, blogger kena la post sesuatu yang boleh buat ramai orang tertarik untuk baca sesuatu artikel tu. Lalu, keluarlah surah-surah yang mostly.. Well, mostly cerita dalam kain ler. 'Anak Dara Comel Kena Kekah Dengan 14 Lelaki' lah, 'Guru Terlampau Berjoget Kat Pasaraya Tesco' lah, 'ZaqOne Raya Haji Mesej Cium-Cium Dalam WhatsApp' lah. Biasalah tu. Orang Malaysia memang suka cerita-cerita macam ni kan. Melayu Boleh? Malaysia the Bolehland? Whatever.

Aku takde plan pon nak shut down blog ni. Woooo Nehi Nehi! Mushtaheeeeel. Impossible. Ini nostalgia gua bhai. Kalau ada benda yang aku nak luah, kat sinilah tempat dia. Dari kisah membebel pasal benda bodoh, mengumpat kolej, mengutuk lecturer, mengkritik gomen, menghentam pembangkang, mengarang puisi, mostly aku akan luah kat sini. So, senang cerita I can never see myself delete this blog lah.

Tengoklah, kalau turun hidayah untuk aku membebel lagi, aku bebel lah. Terasa macam nak mula mengarang puisi atau lagu.

Alahhhhhhh, in the end takde sape pun yang nak baca blog aku ni kan. Betul tak?

Kbai.

Bersusah Dulu Bersusah Kemudian

|
rumah kos rendah serap haba macam ni pun sewa dia RM400. cekik darah betul.

Duduk dalam rumah yang serba kecil dalam keadaan yang panas membahang ala microwave ni sangat menyeksakan. Bersesuaian dengan sewa rumah sebulan RM400 tak termasuk bil air dan elektrik. Rumah sewa yang dibina menggunakan batu bata murah; menyerap haba pada waktu siang dan menjadi bahang sehingga ke tengah malam hingga pepagi buta. Kalau nak mandi pukul 6 pagi, sesejuk mana pun kau, kalau dah mandi kat rumah aku, air dia sentiasa suam-suam panas. Tak payah kau nak bazir duit beli water heater apa semua.

Bila diperiksa balik kalendar kat komputer aku, aku cuma ada lagi beberapa belas hari lagi untuk berperang habis-habisan mengharungi hari-hari perit dan getir sebagai pelajar latihan industri. Kenapa perit dan getir? Kau suka ke kerja tak bergaji? Bagi aku, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit yang mencukupi, aku susah. 

Ada orang tanya, kau tak nak kerja terus ke kat syarikat L.I kau sekarang? Bukan tak mahu. Selagi ekonomi tak cukup, dengan keadaan orang tua aku yang tak stabil kesihatannya, kenderaan takde, tempat kerja jauh, aku tak boleh kerja situ. Dalam masa sekarang pun aku masih terkapai-kapai berusaha nak datang awal kerja. Mana tak nya, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, tapi kau sampai pukul 10 pagi. Selayang Baru ke Shah Alam. 3 jam??? Tak logik kan?? TIDAK! Akan menjadi logik kalau ada syarikat perusahaan bas yang macam gampang, dan jalan yang sentiasa sesak.

"naik la komuter.. komuter takde jalan jamm.."

Komuter? Celaka. Lagi celaka dari Metrobus. Aku naik KTM dari Taman Wahyu kemudian dia akan melalui stesen Kampung Batu dan Batu Kentonmen. Seterusnya akan berhenti di stesen Sentul. Ketika inilah tahap kesabaran aku diuji. Dia akan berhenti kat stesen tu paling kejap pun 10 minit. Paling kejam 20 minit. Kemudian dia akan terhegeh-hegeh bergerak menuju ke stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral. Pernah sekali tu tren akan stuck kat KL Sentral untuk memberi laluan kereta api ekspress yang panjang nak mampos yang datang dari Singapura. Tapi itu belum tahap ekstrim bila kau terpaksa tunggu tren selama 1 jam semata-mata nak kasi laluan kereta api simen dari Batu Caves ke mana pun aku tak tau. Nasib aku belum pernah harungi tren yang terputus talian elektrik atau paling bodoh sekali, tayar keretapi pancit.

Kalau ditanya apa kenapa tak naik bas, aku dah ceritakan dalam post yang lepas. Tapi dalam keadaan sekarang, aku takda pilihan lain kecuali naik bas. Lebih tepat, TERPAKSA naik bas sebab murah dan menjimatkan. Pergi mati sama jalan jamm, aku tak peduli, asalkan aku jimat. Tambang hanya RM8 pergi balik setiap hari. Kalau komuter, tambang dari Selayang Baru ke Taman Wahyu ke Batu Tiga RM4.50 plus tambang teksi yang harga dia paling kurang pon RM6. Itu tambang untuk sehala! Kalau pergi balik? Mahu tak kopak duit kau?

Jadi untuk mengelakkan harga teksi yang mahal ala-ala kapitalis Amerika Syarikat, aku akan berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke Jalan Bowling Padang Seksyen 13 yang jarak dia lebih kurang 2 kilometer. Kau kena redah cuaca panas, jalan kaki, berpeluh-peluh. Naik je ofis badan kau dah berkepam bau masam. Awek aku dah rasa perit berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke ofis. Ofismate aku yang nama Din pun dah rasa macam mana syoknya berjalan kaki. Kalau korang sanggup tak buat macam aku? Aku sanggup! Semuanya atas nama BERJIMAT CERMAT. Itu baru cerita pasal tambang. Makan? Minum? Aku ni bukan orang kaya tiap hari kena naik teksi. Bukan kerja dapat gaji. Tiap hari harapkan duit mak bapak aku. Woi! Aku dah 21 tahun la, bulan Ogos nanti naik 22. Sampai bila aku nak kopakkan duit poket mak bapak aku??

Apa-apapun, jangan ditanya apa aku akan buat lepas Latihan Industri nanti. Aku bukan peramal dan aku tak suka meramal. Bukan kerja aku nak predict-predict masa depan. Bukan hak aku nak mendahului Dia. Aku cukup tak suka orang tanya aku soalan macam tu. Kalau aku jadi penjual burger, itulah aku. Kalau aku jadi konduktor atau pemandu bas, itulah aku. Kalau aku jadi peniaga ikan macam bapak aku dulu, itulah aku. Kalau aku jadi macam Aaron Aziz, itulah aku. Kalau bapak aku tahu kerja aku suka-suka hati reka cerita ramal-ramal masa depan ni, mau naik tangan dia kat muka aku.

Akhir kata, aku tak salahkan syarikat aku apa pasal buat syarikat kat situ. Aku tak salahkan bas sebab diorang pon jadi mangsa keadaan jalan jamm, dan diorang pon ada hak nak bawak lembab nak mampos sebab tu cara diorang cari rezeki. Aku tak salahkan KTM kerana mesti ada sebab kenapa servis KTM teruk maha lembab nak mampos. Aku tak salahkan diri aku sendiri dan aku tak pernah salahkan takdir. Setiap yang buruk, aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah SWT. Itulah rukun iman ke-6. Siapa yang kata yang baik itu dari Allah yang buruk dari diri kita, meh aku cepuk kepala kau sekali.
 Lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
DALAM KALUT ADA PERATURAN
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
Di mana pula kau berdiri?
Di sini. 


*peribahasa kata 'bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. tapi kalau dah bersusah payah sampai rekod dalam sistem kerja aku kotor yang boleh memberi impak pada masa depan aku pon, buat apa?

Pukul 4 Pagi

|




(ps: ini adalah entri yang sangat bosan. entri ini ditaip untuk mendatangkan rasa mengantuk yang masih degil untuk hadir dalam diri ini.)


***********************************************


AIM ZULHASHIM
Selayang Indah,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

PER: LABONAN PUKUL 4 PAGI OLEH AIM ZULHASHIM

Hai, nama guwa Aim Zulhashim, atau nama samaran guwa Chrono Hunterz. Awek guwa pulak panggil guwa Locus. Ada orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa hensem macam Anuar Zain dan bila guwa menyanyi suara guwa sebijik macam Anuar Zain. Tapi guwa tak suka orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa bukan Anuar Zain. Dan guwa maseh muda. Selamat berkenalan.

2. Pukul 4 pagi, guwa masih segar kat depan PC ni sambil mengorek hidung yang penuh dengan khazanah semulajadi yang sangat bernilai. Terus terfikir untuk melabon sesuatu cerita dalam blog ni. Dengan pantas guwa capai tangan dan jejari ligat guwa kat papan kekunci PC guwa dan mula melabon.

3. Sebelum ni guwa punyai impian untuk memiliki Sony Ericsson Xperia X10, tapi sebab guwa kurang keyakinan nak kumpul duit banyak2, terus guwa kebas Nokia 5800 XpressMusic dari rakan kerja kat tempat kerja baru guwa. Sangat berpuas hati walaupun kadang2 terpaksa menahan geram sebab enfon tu selalu lagg. Ciss!

err... berbaloi ke guwa amek fon ni? macam tak je..

4. Bercerita tentang kerja pulak, guwa dah berenti dari kerja kat kopitiam Oldtown tu. Sekarang guwa meneruskan kerjaya di sebuah kedai game kat pasaraya NSK. Yehh, langkah yang guwa ambil untuk berhenti kerja memang tepat. Gaji pon kurang lebih je jika dibandingkan dengan tempat kerja lama guwa. Tugasan yang diberi cukup mudah! Duduk dalam kedai tunggu customer untuk jual DVD game PC atau XBOX atau PS2 atau NINTENDO WII dan beberapa servis lain. Kalau takde customer, guwa boleh online facebook ataupun main game PC atau PS2. Tambahan pulak customer sangatlah tak ramai. Bahagia kan. Hahaha!

5. UltraSel (Ultras Selangor); err... guwa sebelum ni pernah la pasang impian nak join diorang. Tapi tak berkesempatan. Sebabnya (bukan alasan!) takde duit, jauh, dan masih belajar. Kebetulan pulak gaji guwa baru je keluar hari tu. Jadi guwa plan nak buat 1st debut dengan UltraSel pada 10hb Oktober kat Shah Alam dan 2nd debut pada 14hb Oktober kat Ipoh. Kali ni guwa memang nak pergi, bukan angan kosong lagi. Namun semua perkara tertakluk kepada keadaan. Jika ditakdirkan guwa tak dapat pergi kali ni, mungkin bukan rezeki guwa untuk bersama diorang.


6. Bercerita tentang gaji guwa, nampaknya pengorbanan guwa bekerja waktu hari raya Aidilfitri sangat berbaloi. Sebab tu boleh beli telefon baru. Haha! Khas untuk Abdul Rasyid Salleh, hutang kau guwa bayar dalam bulan ni. Orait. Selebihnya guwa nak simpan untuk belanja guwa waktu LI tahun depan. Semoga guwa tak gatal tangan gunakan duit simpanan tu. Amin..

7. Mata guwa dah mula mengantuk, khazanah semulajadi dalam hidung guwa pon dah habis di gali, esok pagi dah kena kerja mula pukul 11.30 pagi, lepas tu petangnya pulak nak pergi Kuala Lumpur kejap sebab nak ambil jersi Barcelona yang guwa dah tempah untuk letak nombor dan nama kat belakang jersi tu. Kebetulan pulak ketika ini guwa sedang melancarkan program 'FAKK!!' secara besar-besaran terhadap line maxis braoadband yang sangat lembab macam cilaka.

8. Apa-apapun, selamat pagi dunia. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Sekian, Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK GAME, FACEBOOK DAN NEGARA


Sejujurnya,
Aim Zulhashim