Malaysia vs Hong Kong; Long Live Ultras Malaya

|
"ULTRAS MALAYA; Nadi sukan bolasepak Malaysia" -Nadi Arena

Ini adalah kali kedua aku bersama Ultras Malaya setelah melakukannya kali pertama pada perlawanan akhir piala AFF Suzuki menentang Indonesia. Setelah merancang sekian lama bersama rakan sebilik, akhirnya 'komplot jahat' kami berjaya dilaksanakan. Bertolak dari kolej yang terletak berhampiran pekan Linggi, Negeri Sembilan pada pukul 5.30 petang, bercorakkan gaya pemanduan ala-ala Grand Theft Auto (GTA) dengan menggunakan kereta Perodua Kancil yang disewa, kami berjaya juga sampai di hadapan Stadium Shah Alam lebih kurang jam 8.20 malam. Dari luar stadium dah boleh dengar chants yang memang confirm datang dari Ultras Malaya.

Ini adalah sedikit sedutan dari lensa kamera yang dicetak dari kamera pinjam yang di-snap oleh aku sendiri. (Sorry, gua bukan photographer professional yang reti nak tangkap gambar guna DSLR. Siapa2 yang pandai, sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih.)






















Segala bentuk tenaga, suara, wang ringgit dan nyawa yang dipertaruhkan akhirnya dibalas dengan kemenangan pasukan Malaysia pada malam tu. Memang berbaloi KAMDAR! Tambahan lagi pengalaman bersama dengan Ultras Malaya yang sememangnya menjadi NADI SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA, menjadi suatu kenangan berharga. Sekali lagi aku berazam untuk bersama-sama dengan mereka jika keadaan mengizinkan.

Tidak lupa juga kepada pasukan bolasepak negara, sekalung tahniah diucapkan kepada Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal kerana berjaya menjaringkan gol. Tidak lupa kepada semua pemain terutamanya kepada rakan sepermainan guli aku waktu kecik2 dahulu; Mahali Bin Jasuli (weh! bila mau jumpa? kata nak belanja aku minum kat kedai...)

***********************************************

Ku coba coba melempar manggis,
Manggis ku lempar, mangga ku dapat,
Ku coba coba melamar gadis,
Gadis ku lamar, janda ku dapat.

Malaysia Malaysia oh Malaysia,
Majulah Malaysia negaraku,
Tunjukkan taringmu, hancurkan lawanmu,
Malaysia TANAH TUMPAH DARAHKU!

Dalam banyak2 chant Ultras Malaya, ni lah chant yang paling aku gemari. Majoriti pun suka lagu 'Manggis' ni. Hehehe! SALUTE !

0 comments:

Post a Comment