warnanya serupa
namun ianya tidak sekata,
sememang banyak bezanya
itu yang diperlukan
mengheret ke dasar lautan
api ataupun syurga
ada orang bersurah kat gua dulu lebih kurang macam ni ayat dia; "saya rasa awak ni terlalu baik untuk saya, sampaikan saya rasa saya ni tak layak untuk awak. ye, saya memang tak layak untuk awak, jodoh saya bukan dengan awak. jadi baik saya undur diri"
Duhh! Apa ni? Gua pon tak faham dengan perempuan zaman sekarang ni. Yes, gua pernah alami situasi ni. Ayat2 inilah yang pernah dilafazkan kat gua oleh wanita-wanita yang pernah menjadi cinta hati gua (bluekkk..!!) tetapi tersekat di tengah jalan. Kadang2 gua rasa gua ni memang tak layak nak bercinta dan takkan pernah berjaya nak bercinta. Ok, back to the topic, siang tadi, gua ada bersembang dengan seseorang ni, dan tiba-tiba gua teringatkan balik tentang dialog kat atas tu. Biar gua taip balik ye.
"saya rasa awak ni terlalu baik untuk saya, sampaikan saya rasa saya ni tak layak untuk awak. ye, saya memang tak layak untuk awak, jodoh saya bukan dengan awak dan baik saya undur diri"
Err.. kejap! Gua Tak Layak Untuk Lu Sebab Gua Terlalu Baik? Gua ni baik ke? Gua rasa gua ni scumbag je. Perangai pun kadang2 macam setan jugak? Kadang2 macam budak terencat akal jugak. Orang2 kat kolej gua siap gelar gua PLAYBOY dan KAKI PEREMPUAN lagi tu sebab gua ada ramai KAWAN perempuan. (nak berkawan pon salah ke?), then suka mencarut, itu lu panggil baik??? Lu buta ke apa? kah! kah! kah! Tak kan lah gua baru nyanyi kat lu 2 3 bijik lagu, blanja lu nasi lemak ngn karipap serta teh tarik, atau belanja lu baskins robbins lu dah kata gua baik. By the way, lu kata lu tak layak untuk gua hanya kerana gua terlalu baik. Jadi, adakah lu scumbag?
Selalunya kalau ada manusia yang kata macam ni, dia ni konon nak melambangkan bahawa diri dia ni mempunyai martabat yang rendah la, dia ni hina dan dina, tak layak utk gua yang kononnya dia anggap baik, suci dan bersih macam malaikat (perumpamaan saje bro..jangan pikir lebih...). Sejak bila pulak gua kisah pasal pangkat darjat kedudukan baik buruk ni weh? Semua manusia sama je. Manusia yang dah memang baik, Alhamdulillah. Kalau manusia tu bodoh, buruk, bangang, biol, tolol, huduh, buruk pe semua, kita boleh ubah kerana manusia ni kan bersifat baharu. Bagi gua, orang yang kata macam ni kat gua, gua rasa dia tu sangat bodoh. Kalau gua jadi dia, dan gua jumpa seseorang yang gua rasa dia sangat perfect, surely gua takkan sekali-kali lepaskan dia. Siapa tak nak pasangan yang terbaik? Lagi2 kalau pasangan kita tu mempunyai ciri-ciri pasangan yang kita idam-idamkan. Ciri2 perempuan idaman gua, gua ingin perempuan yang romantis, pandai ambil hati, tahu ambil berat sal gua, tinggi, cun, pandai masak, serta yang paling penting; pandai hias rumah dan pandai mengemas dan seorang yang pembersih.
Ok, lu kata gua baik. Gua tak tau la baik tang mana. Tapi, biar gua bagi lu satu situasi. Kalau lah gua suruh lu pilih antara emas atau gangsa, mana satu lu pilih? Gua yakin yang lu akan ambil emas. Kalau gua suruh lu pilih antara Ferrari dengan Perodua Kancil, gua yakin lu akan ambil Ferrari (mungkin lu akan ambil Kancil sebab roadtax murah dan jimat minyak berbanding Ferrari yang belanja roadtax dan minyak bukan main mahal nak mampos) Kalau gua suruh lu pilih samada Syurga atau Neraka, yang ni semestinya lu akan pilih syurga.
Tapi kenapa dalam hal ni, lu kata lu tak layak untuk gua sebab gua terlalu baik? Kemon lahh.. Sudah menjadi fikrah manusia untuk memilih sesuatu yang terbaik dan bernilai. Tiada manusia yang sanggup menerima sesuatu yang buruk dengan senang dan rela hati. Apa yang gua fikir, lu tak layak untuk gua atau lu nak undur diri dari gua bukan kerana gua ni baik macam yang lu kata, tapi ada agenda lain yang lu sorok kan dan menyebabkan lu nak undur diri dari gua. Lu tak nak bagitau perkara sebenar kerana takut dimarahi atau hanya semata-mata mahu menjaga hati.
Takut kena marah? Nak takut apa? Gua bukan pemarah nak marah lu. Gua lagi suka manusia yang berterus terang dengan gua. Nak jaga hati gua? Bila lu kata macam ni, dah konfem2 lu menyakitkan hati gua.
Jadi, kepada mereka2 yang pernah melafazkan perkataan ni kat gua, adalah lebih baik lu orang berterus terang dari terus berahsia macam ni. Ataupun jika anda tidak berahsia dan memang benar lu tak layak untuk gua hanya kerana sebab gua ni baik, haha! Kamon lah, stop it. Gua baik? Nak muntah gua dengar. Dan gua pun sebenarnya dah naik malas nak hadapi situasi cinta shahdu shandan sendu sendi ni semua, sebab dah bosan asyik kena klepet, dan dah bosan asyik jadi tunggul kayu. Bosan!
1 comments:
ten stars untuk entry kali ni..memang tepat mengenai batang hidung saya sendiri....
tetttttttttt..apa-apa pun..terbaik! two thumbs up..
Post a Comment