Aim (aku); Loser bermuka mirip macam bangla yang paling dikehendaki oleh Interpol. Haha!
Nama aku Aim. Berumur 20 tahun dan akan menuju ke angka 21 pada bulan Ogos ni. Aku dikenali sebagai seorang yang tinggi, muka macam bangla, poyo, riak, suka perasan hensem, cakap bukan main power nak buat itu dan ini tapi hasil tak ada, suka mencarut dan segala macam perkara negatif, itu lah yang ada pada aku. Tapi ada juga yang mengenali aku sebagai seorang yang 'hensem', 'comel', baik hati, senang memahami orang, dan macam2 lagi lah. Mungkin apa yang dinilai semua orang tu ada yang benar, mungkin juga tidak sebab manusia kat sekeliling aku penuh dengan sifat yang suka berpura-pura.
Jujur aku katakan, aku ni seorang manusia yang senang kena klepet, senang diperbodohkan oleh orang lain, senang ditipu, dan cepat percaya kepada sesuatu benda yang masih tak pasti kebenaran dia. Kadang2 aku juga seorang yang clumsy walaupun aku try jadi seorang yang tenang dan cool bila berhadapan dengan sesuatu situasi. Kadang2 aku juga seorang yang gemar memperbodohkan diri sendiri dan gemar membuat perkara2 yang tak sepatutnya aku buat. Aku akui yang aku ni jenis manusia yang suka cakap besar tentang sesuatu perkara yang mungkin mustahil untuk aku capai, suka meng'kondem' orang lain hanya kerana benda2 yang remeh temeh, dan seorang yang tidak ada pendirian yang tetap. Bukan aku tak pernah sedar sifat2 dan perkara2 yang dah tersemat dan tertanam dalam diri aku tu semua. Aku sedar akan semua perkara2 tu. Aku bukanlah manusia sempurna yang diciptakan oleh tuhan. Aku juga bukanlah manusia yang masih tak matang walaupun aku sedar kadang kala aku bertindak macam budak2 bawah umur yang kena down syndrome.
Mak aku sendiri pernah marah aku sebab aku berkelakuan seperti budak2 atau manusia yang tak matang sehingga mendatangkan rasa malu kat mak aku. Tapi, kadang2 mak aku sendiri menjadikan aku sebagai bahan gurauan dengan memperbodohkan aku dihadapan saudara mara aku dengan menceritakan semua perkara bodoh yang pernah aku buat dan secara langsung membuatkan aku nampak bodoh lantas ditertawakan oleh orang lain. Sekarang ni siapa yang memalukan diri siapa?
Bila aku cuba mengubah diri aku untuk menjadi seorang yang matang, akan ada saudara mara aku yang akan cepat butthurt kemudian mengatakan aku ni cuma cover macho aje. Sebab tu bila aku datang rumah makcik2 aku, aku hanya akan mendiamkan diri tanpa mengeluarkan walaupun sepatah kata kecuali bila perlu. Kadang2, bila aku diam pon, aku akan dituduh tengah cover macho. Bayangkan, aku bawak kereta dengan kelajuan 60km/j dekat lebuhraya pun dia kata aku bawak laju nak mampos dan suruh bertenang serta jangan kelam kabut. F! 60km/j tu laju macam kapal terbang berlepas ke? Bila aku marah, nanti kata aku ni budak kurang ajar. Kemudian mulut tak henti2 mengata dan menghanjing aku seorang yang kelam kabut. Yelah, makcik2 aku ni lah yang paling perfect dalam dunia ni kan. Korang lah antara manusia2 dikalangan Bani Melayu yang paling agung dan sempurna sekali. CIBS !
Kadang2 aku rasa, aku lah loser paling hebat di alam semesta, lagi teruk dari Mr.Bean, lagi jahanam dari Nobita. Tambahan lagi dengan keadaan aku sekarang yang kena hadapi lagi 1 semester untuk mengambil final projek kerana kesilapan bodoh yang dicipta oleh aku sendiri. Padahal rakan2 sekelas lain sekarang ni tengah seronok menjalani latihan industri. Rakan2 sekelas lain mungkin faham dan tahu kenapa aku masih berada di KKTM. Tapi bagi junior2 yang belum pernah mengenali aku dan tak tahu kenapa aku masih berada di sini, pasti dalam kepala hotak diorang akan perkatakan bahawa aku adalah the most ultimate infinite definitely a LOSER ataupun mamat bodoh yang dapat GPA rendah dan malas nak belajar. Mungkin juga diselitkan dengan ucapan "ehh?? Kau ada kat sini lagi? Kena repeat ea?" ataupun "padan muka kau. Sapa suruh malas."
Aku memang akui, aku seorang yang clumsy, kelam kabut tahap gaban, kuat berangan, manusia yang berperangai macam budak2 dan senang diklepet, tambah lagi dengan pemalas dan suka buat kerja pada saat2 akhir. Aku tahu kalau aku tak ubah semua perangai buruk aku tu, mungkin aku akan gagal dalam hidup. Aku juga mungkin akan menjadi seorang yang tak ada masa depan. Aku juga mungkin tak mampu untuk memiliki sebuah rumah sendiri atau kereta sendiri. Aku juga mungkin akan terus menjadi seorang yang sengkek dan tak berduit, malah mungkin akan menjadi seorang manusia yang miskin tahap 'Bersamamu' atau menjadi pengemis jalanan disekitar bandar Selayang Baru atau pengemis paling berjaya di kotaraya Kuala Lumpur.
Siapa yang nak jadi macam tu? Aku sentiasa menasihati diri sendiri supaya ubah perangai supaya jadi yang terbaik dari sebelumnya. Aku juga cuba mematangkan fikiran aku walaupun aku masih tak dapat mematangkan perangai aku. Aku juga masih lagi berusaha untuk menghasilkan sesuatu produk kejayaan yang boleh membanggakan seluruh keluarga aku yang menganggap aku ni adalah seorang manusia paling LOSER di alam semesta dikalangan diorang. Aku ada baca blog mamat yang bernama Nami ni, dia ambil pemain bola sepak yang bernama Maradona sebagai inspirasi dia.
Diego Armando Maradona
Dia bukan mengagumi Maradona sebab dia pandai gelecek bola kemudian jadi lagenda. Dia mengagumi Maradona kerana dia melalui zaman gelap dengan segala macam masalah kemudian dia bangkit semula dari zaman gelap dengan menjadi jurulatih pasukan antarabangsa Argentina. Aku juga perlu ubah sikap aku. Jadikan cerita Maradona sebagai pengajaran buat diri aku. Lantak la apa orang kata pasal aku. Be myself. Jangan kuat berangan dan berharap untuk dapat sesuatu benda tanpa usaha or people around you will call you a spoil brat and fucking jerk boy bak kata status Hasbul Nahri.
***************************************
Aku buat post ni sebab tiba-tiba aku ter-emo sedikit dengan diri aku, terfikirkan ahli2 keluarga aku yang suka kondem aku dan bajet diorang lah yang paling perfect dalam dunia ni. Lagipun blog ni lah tempat aku nak meluahkan semua rasa ketidakpuashatian dan sebagai motivasi untuk diri aku yang masih tak matang. Maaf jika segala kata2 dalam blog ni pernah mengguris hati sesiapa.
HOPE IS FOR A LOSER!
1 comments:
bila bace post ni, terasa macam kena batang hidung sendiri la pulak..heheh
Post a Comment