Bagaimana Aku Kenal Pasukan Bolasepak Selangor

|
the only Selangor jersey i have. number 10; dedicated to Safee Sali

Malam ni, guwa masih boleh tersenyum kerana harapan pasukan Selangor untuk mara ke suku akhir akan tercapai setelah berjaya membenam pasukan PDRM 4-1. Tak sia-sia hari ni guwa pergi kerja pakai jersi Selangor. Nampaknya kini sentuhan P. Maniam lebih berbisa dari K.Devan. Hehehe! Guwa ni suka mengimbas kembali kenangan lalu; tiba-tiba teringatkan zaman guwa baru kenal apa itu pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.

Waktu tu guwa baru darjah 2, guwa masih lagi seorang budak yang pemalu, comel, kiut, miut, dan punyai rambut keriting macam Mika. Ceritanya bermula dengan seorang budak yang tua setahun dari guwa, dia duduk kat sebelah guwa waktu sekolah agama, namanya Mahali Bin Jasuli. Guwa tak tau la nak describe dia ni macam mana waktu tu. Tapi, dia lah yang memperkenalkan kepada guwa tentang dunia bola sepak dan pasukan Selangor.

Guwa boleh bayangkan betapa fanatiknya dia dulu dengan Selangor dan Liverpool. Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.

Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu. Dari situ la guwa boleh berkawan rapat dengan dia, tiap petang main bola sama2, lepak rumah dia, kenal keluarga dia, mak dia, ayah dia, kawan2 dia.


Dari situ juga lah aku mula meminati pasukan Selangor. Everything tentang Selangor guwa gali, guwa ambil tahu. Almost every year, semua nama pemain Selangor guwa tahu. Dari zaman jurulatih Mike Pejic sampai ke K Rajagobal, Abdul Rahman Ibrahim, Ken Worden, Dollah Salleh dan sampailah ke zaman K.Devan. Semua guwa hafal walaupun ada kebanyakan guwa dah lupa. Tapi, bila dia dah tak bersekolah lagi kat Selayang sebab masuk MSSD mana entah, dah takde lagi member yang guwa boleh cerita sembang2 pasal Selangor.

Sampai sekarang, guwa masih setia bersama pasukan Selangor walaupun berkali2 sedih bila Selangor kalah dan tewas, lagi teruk bila terpaksa turun pangkat ke Liga Perdana atau Divisyen Dua. Tapi guwa tetap bersama Selangor. Pelbagai kenangan manis yang guwa dah pernah rasa waktu bersama Selangor. Dapat setandan pisang dari Bambang Pamungkas, dapat bergambar sama2 dengan Safee Sali, Elie Aiboy dengan P. Gunalan, dan dapat meraikan kejayaan melihat Amri Yahyah menjulang Piala FA kat depan mata. Kiranya, inilah pasukan yang guwa jamin guwa akan sokong sampai guwa mati.





Idola pasukan Selangor guwa berbeza-beza. Mula2 guwa masih ingat waktu guwa mula minat Selangor, idola guwa adalah Azman Adnan. Tapi bila dia beralih arah berhijrah ke pasukan Pulau Pinang, terus dia jadi musuh ketat guwa. Kemudian guwa mula jatuh hati dengan Rusdi Suparman, penyerang prolifik pasukan Selangor dan muncul penjaring terbanyak kempen Liga Perdana 2 tahun 1999. Diikuti dengan ketangkasan Azmin Azram Abd Aziz sebagai idola guwa yang seterusnya. Masuk tahun 2005, guwa jatuh cinta dengan penyerang Import yang bernama Brian Diego Fuentes, dan disusuli dengan Amri Yahyah dan Safee Sali. Tak lupa juga seorang lagenda yang sentiasa guwa hormati iaitu Arwah Mokhtar Dahari.

By the way, guwa bukanlah jenis penyokong yang selalu datang ke stadium. Maklumlah, Selayang dengan Shah Alam sangat jauh. Takde transport, duit tak yah cakap la, sentiasa miskin! Lagipun dulu guwa ni selalu kena perintah berkurung duduk rumah, tak boleh keluar. Anak tunggal lah kata kan. Jadi, bila tak dapat tengok live, atau tengok kat TV, guwa pasti akan duduk baring depan radio, buka frekuensi 100.0fm, kemudian dengar Encik Zainal Rahman membebel. Guwa suka bila dia jerit GOOOOOOOOOOLLLLLLLLL......!!!!!!!! Lama gila woit! Haha! Paling yang guwa tunggu2 time diorang nak pasang lagu Viva Selangor. Lagu faveret guwa tu woit!

Berbalik kepada cerita pasal Mahali ni pulak, memang dah bertahun-tahun guwa tak jumpa dia since last time guwa nampak dia waktu guwa darjah 4 kalau tak silap. Kemudian alih2 guwa dapat tahu dia main untuk Malaysia. Guwa masih ingat detik2 guwa bermain bola bersama-sama dia setiap petang selepas balik sekolah dan waktu cuti Sabtu dan Ahad. Dan ada satu perkataan yang dia lafazkan sendiri depan guwa,

"satu hari nanti aku nak main dengan pasukan Selangor, aku nak jadi macam Azman Adnan!"

Serius sampai sekarang guwa harap sangat yang dia akan sarung jersi Selangor lepas dia habis main untuk Harimau Muda. Dari waktu dia kecik, aku dah nampak betapa hebatnya dia bermain bola. Sampai sekarang, dia dah main untuk Malaysia, dah pernah bersaing bersama bintang2 bolasepak dunia yang lain. Guwa pon pernah jugak simpan cita-cita macam dia; nak jadi seorang pemain bolasepak yang hebat. Tapi, inilah realiti guwa yang sebenar, guwa punya skill melabon dalam facebook dan blogger, dan hanya dapat melihat rakan karib guwa waktu kecik2 sedang berusaha untuk menjadi seorang bintang bola sepak.

this is you right now bro, fight for the ball with the Japanese.

Semoga sukses buat kau bro. Tanpa kau, mungkin guwa tak kan kenal apa tu bolasepak dan apa itu pasukan Gergasi Merah. Terima Kasih kawan. Dan semoga berjaya untuk pasukan Selangor dalam misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke 33. Semoga misi kali ini bukan angan-angan tapi sesuatu yang mampu direalisasikan. Aminn.

B3LI3V3!!