Kisah Dua Belas Tengah Malam

|
header baru. hewhewhew

Pukul 12:00 tengah malam, dengan suhu bilik 16 darjah celcius (terima kasih kepada penyaman udara York), aku kesejukan.

Aku naikkan suhu penyaman udara. Aku bukan nak suasana bilik yang sejuk membeku. Ingat aku ni daging beku pasar borong Selayang ke? Cukup lah aku dapat nikmati suasana bilik yang.. Hmmm.. Macam mana nak cakap eh. Suam? Boleh la kut.

"setelah kian lama.............. kau memendam dendam....."

Bait-bait dari lagu berjudul Teman nyanyian kumpulan XPDC berdendang dari corong-corong speaker yang ada di hadapan mata aku. Sudah 4 5 6 kali jugak aku ulang-ulang lagu ni. Hmmm. Bosan!

Aku belek-belek telefon bimbit. Tak ada apa-apa mesej dari aplikasi Whatsapp yang ditujukan khas kepada aku. Padahal dari tadi asyik memekak dengan notification. Whatsapp group yang banyak merapu dari cerita benda yang berfaedah. Bersembang pasal kulup lah, kerandut lah, tuit berbayar lah, makanan lah, fonsek lah, karaoke lah.

Ingat nak join nyanyi satu lagu. Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa. So, lain kali je lah.

Sebenarnya, selama 6 jam aku berada kat Sijangkang ni, aku harapkan tempat ni boleh beri aku ketenangan, seperti ketenangan yang aku raih minggu-minggu sebelumnya. Aman damai. Jiwa tenteram. Hidup sihat. Tenang tanpa sebarang duka lara. Ahhh.. indahnya.

Cuma, hari ni kepala hotak aku masih dipenuhi dengan segala macam negative vibes. Aku cuba rungkai dan kupas satu persatu. Aku tanya diri sendiri. Apa sebenarnya masalah aku? Aku yang aku nak sebenarnya? Tak kisah lah dari segi apa pun. Rohaniah? Lahiriah? Cinta? Harta? Kawan? Lawan? Sayang? Benci? Rindu? Dendam?

Akhirnya, aku hanya gelengkan kepala, mengeluh lesu sambil berkata kepada diri sendiri.

"entah?"

Aku keluar ke studio belakang. Ada satu gazebo kecil. Aku duduk di situ tanpa sebarang cahaya lampu. Berseorangan. Tempat yang gelap tadi menjadi sedikit terang setelah aku menyalakan api dari lighter berjenama Cricket.

Rokok Winston Merah Siam yang aku beli di kedai Acheh petang tadi, aku sedut asapnya. Suasana kembali kelam. Namun dapat juga aku raih sedikit rasa tenang. Aman damai.

Pelik.

Entah bagaimana racun nikotin, tar, err... dan segala apa lancau lagi entah racun-racun yang ada dalam rokok tu boleh menghadirkan rasa damai dalam diri. Eh, tak fahamlah aku dengan rahsia dunia ni. Pelik pelik pelik!

Kemudian aku terfikir kembali segala masalah yang aku hadapi sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan?

Adakah aku perlu cari jalan mudah, dengan membakul sampahkan saja semua masalah yang ada? Persetankan kamu semua. Aku sudah anggap kamu tiada. Bila di tanya, aku buat-buat lupa. Tak tahu. Jahil dan bodohkan diri. Pengecut!

Ataupun perlukah aku cari jalan sukar, dengan hadapi segala masalah untuk perbaiki semula keadaan? Semuanya akan aku habisi, ku bunuh satu persatu. Aku hunus segala senjata yang ada, walaupun hanya menggunakan buku lima. Aku tumbuk, aku sepak, aku tikam, aku tembak. Nah, mampus kau di sana! Tiada hati perut!

Tapi, ada satu masalah tiba-tiba muncul. Masalah ini lebih berat dari segala masalah yang ada. Ini bukan masalah minor. Ini sangat major. Tiada jalan mudah untuk aku selesaikan. Hanya jalan sukar. Aku kena hadapi masalah ini dengan kadar segera!

Rokok yang tinggal separuh, aku campakkan saja. Segera aku berlari masuk ke satu sudut gelap, tanpa sempat aku buka lampu. Aku hempas pintu kuat-kuat. Aku kerahkan sepenuh tenaga. Mataku jadi malap, gelap. Nafasku berombak kencang, dengan segala kudrat yang ada, aku gunakan sehabisnya!

Celaka! Apakah dugaan malam ini? Apa lagi ujian mahu kau berikan pada aku?

*plup!*

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku mampu mengukir satu senyuman manis bercampur kelat. Sambil berkata..

"waduh.. sukses sudah aku ngiseng! ni mesti angkara nasi ambeng wak ni. celaka!"

Okay, bye!