Selamat Tinggal KeKeTeM Rembau

|
KeKeTeM Rembau the Kota Keriangan: Selamat Tinggal

Ini bukan post tentang cerita sedih atau cerita putus cinta. Terima Kasih.

Setelah 3 tahun guwa bermastautin kat rembau untuk menuntut ilmu, kini semua penantian dan penyeksaan itu telah berakhir. Selepas ni harap takde lagi lah perkara yang memerlukan guwa untuk menetap di sana dalam tempoh yang lama setelah perkara seperti itu terjadi pada semester lepas. Semester ni takde apa yang guwa harapkan. Guwa tak target untuk menjadi pelajar dekan; hanya mensasarkan untuk lulus dan meneruskan perjuangan guwa di latihan industri yang masih dalam teka-teki.

Selama guwa berada kat Madrasah Agama Daerah SeRembau atau MADS (credit to @Syahirah Wahab), semua post blog guwa pasal kolej guwa ni rata-ratanya penuh dengan kutukan dan cacian. Tak kisah lah terhadap pensyarah ke, pentadbiran ke, atau pelajar-pelajar tu sendiri.

Namun disebalik kutukan, kritikan, cacian dan makian semua perkara tu, guwa tetap sayang kolej guwa. Jika ditenung jauh di dasar lubuk hati guwa, berat hati guwa sebenarnya nak tinggalkan kolej yang telah meninggalkan banyak kenangan buruk dan manis yang memang pasti guwa tak pernah akan lupakan. Dari zaman guwa tak tau apa itu 3D sampailah guwa sendiri jadi 'pakar' 3D, dari zaman guwa tak tau melukis, sampailah tangan guwa ni gemar melukis tak kira kat kertas atau dinding, dari zaman guwa bodoh dan tak tau apa2 pasal komputer, sampailah guwa dah master macam2 benda pasal komputer.

Teringat lagi peristiwa waktu guwa buat status facebook; "KAU TAK LAYAK JADI PENSYARAH". Hampir semua lecturer course guwa butthurt dengan guwa sehingga perkara ni terbawak ke pihak kaunseling. Kemudian semua lecturer UNFRIEND guwa dari facebook diorang. Kah! Kah! Kah! Tapi tu semua cerita lama. Salah sebuah peristiwa besar yang memang guwa akan ingat sampai bila-bila. Peristiwa LECTURER BUTTHURT. Kah! Kah! Kah!


Kolej tu la tempat guwa makan, minum, tidur, main game, online facebook, main bola tampar, main tennis, main futsal, main bola sepak, buat kerja assignment final projek bagai semua, jumpa kawan2, jumpa manggis yang ranum2 dan lazat2, jumpa mangga yang busuk dan berkedut, tengok budak kena histeria, jumpa hantu hanti ni semua, dan macam-macam lagi lah. Walaupun kolej tu terperosok di antara ladang getah dan ladang kelapa sawit, bagi guwa, itulah tempat yang paling best pernah guwa lepak. Guwa boleh gelarkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau adalah sebuah Kota Keriangan. Amacam? Haha!

Mungkin ini adalah post terakhir guwa tentang kolej ni. Tak dapat dipastikan lagi. Apa-apapun, Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua lecturer2 yang telah mengajar guwa walaupun ada certain of them yang guwa menyampah nak tengok muka diorang. Tapi, tanpa diorang yang mengajar, mana guwa nak korek cebok semua ilmu2 ni kan. Jika umur masih panjang, berjumpa lagi lah kita semua. InsyaAllah.

1 comments:

Mie Hishamuddin said...

keketem? hahaha...nama baru ea? ngenge....

Post a Comment