Bersusah Dulu Bersusah Kemudian

|
rumah kos rendah serap haba macam ni pun sewa dia RM400. cekik darah betul.

Duduk dalam rumah yang serba kecil dalam keadaan yang panas membahang ala microwave ni sangat menyeksakan. Bersesuaian dengan sewa rumah sebulan RM400 tak termasuk bil air dan elektrik. Rumah sewa yang dibina menggunakan batu bata murah; menyerap haba pada waktu siang dan menjadi bahang sehingga ke tengah malam hingga pepagi buta. Kalau nak mandi pukul 6 pagi, sesejuk mana pun kau, kalau dah mandi kat rumah aku, air dia sentiasa suam-suam panas. Tak payah kau nak bazir duit beli water heater apa semua.

Bila diperiksa balik kalendar kat komputer aku, aku cuma ada lagi beberapa belas hari lagi untuk berperang habis-habisan mengharungi hari-hari perit dan getir sebagai pelajar latihan industri. Kenapa perit dan getir? Kau suka ke kerja tak bergaji? Bagi aku, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit yang mencukupi, aku susah. 

Ada orang tanya, kau tak nak kerja terus ke kat syarikat L.I kau sekarang? Bukan tak mahu. Selagi ekonomi tak cukup, dengan keadaan orang tua aku yang tak stabil kesihatannya, kenderaan takde, tempat kerja jauh, aku tak boleh kerja situ. Dalam masa sekarang pun aku masih terkapai-kapai berusaha nak datang awal kerja. Mana tak nya, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, tapi kau sampai pukul 10 pagi. Selayang Baru ke Shah Alam. 3 jam??? Tak logik kan?? TIDAK! Akan menjadi logik kalau ada syarikat perusahaan bas yang macam gampang, dan jalan yang sentiasa sesak.

"naik la komuter.. komuter takde jalan jamm.."

Komuter? Celaka. Lagi celaka dari Metrobus. Aku naik KTM dari Taman Wahyu kemudian dia akan melalui stesen Kampung Batu dan Batu Kentonmen. Seterusnya akan berhenti di stesen Sentul. Ketika inilah tahap kesabaran aku diuji. Dia akan berhenti kat stesen tu paling kejap pun 10 minit. Paling kejam 20 minit. Kemudian dia akan terhegeh-hegeh bergerak menuju ke stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral. Pernah sekali tu tren akan stuck kat KL Sentral untuk memberi laluan kereta api ekspress yang panjang nak mampos yang datang dari Singapura. Tapi itu belum tahap ekstrim bila kau terpaksa tunggu tren selama 1 jam semata-mata nak kasi laluan kereta api simen dari Batu Caves ke mana pun aku tak tau. Nasib aku belum pernah harungi tren yang terputus talian elektrik atau paling bodoh sekali, tayar keretapi pancit.

Kalau ditanya apa kenapa tak naik bas, aku dah ceritakan dalam post yang lepas. Tapi dalam keadaan sekarang, aku takda pilihan lain kecuali naik bas. Lebih tepat, TERPAKSA naik bas sebab murah dan menjimatkan. Pergi mati sama jalan jamm, aku tak peduli, asalkan aku jimat. Tambang hanya RM8 pergi balik setiap hari. Kalau komuter, tambang dari Selayang Baru ke Taman Wahyu ke Batu Tiga RM4.50 plus tambang teksi yang harga dia paling kurang pon RM6. Itu tambang untuk sehala! Kalau pergi balik? Mahu tak kopak duit kau?

Jadi untuk mengelakkan harga teksi yang mahal ala-ala kapitalis Amerika Syarikat, aku akan berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke Jalan Bowling Padang Seksyen 13 yang jarak dia lebih kurang 2 kilometer. Kau kena redah cuaca panas, jalan kaki, berpeluh-peluh. Naik je ofis badan kau dah berkepam bau masam. Awek aku dah rasa perit berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke ofis. Ofismate aku yang nama Din pun dah rasa macam mana syoknya berjalan kaki. Kalau korang sanggup tak buat macam aku? Aku sanggup! Semuanya atas nama BERJIMAT CERMAT. Itu baru cerita pasal tambang. Makan? Minum? Aku ni bukan orang kaya tiap hari kena naik teksi. Bukan kerja dapat gaji. Tiap hari harapkan duit mak bapak aku. Woi! Aku dah 21 tahun la, bulan Ogos nanti naik 22. Sampai bila aku nak kopakkan duit poket mak bapak aku??

Apa-apapun, jangan ditanya apa aku akan buat lepas Latihan Industri nanti. Aku bukan peramal dan aku tak suka meramal. Bukan kerja aku nak predict-predict masa depan. Bukan hak aku nak mendahului Dia. Aku cukup tak suka orang tanya aku soalan macam tu. Kalau aku jadi penjual burger, itulah aku. Kalau aku jadi konduktor atau pemandu bas, itulah aku. Kalau aku jadi peniaga ikan macam bapak aku dulu, itulah aku. Kalau aku jadi macam Aaron Aziz, itulah aku. Kalau bapak aku tahu kerja aku suka-suka hati reka cerita ramal-ramal masa depan ni, mau naik tangan dia kat muka aku.

Akhir kata, aku tak salahkan syarikat aku apa pasal buat syarikat kat situ. Aku tak salahkan bas sebab diorang pon jadi mangsa keadaan jalan jamm, dan diorang pon ada hak nak bawak lembab nak mampos sebab tu cara diorang cari rezeki. Aku tak salahkan KTM kerana mesti ada sebab kenapa servis KTM teruk maha lembab nak mampos. Aku tak salahkan diri aku sendiri dan aku tak pernah salahkan takdir. Setiap yang buruk, aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah SWT. Itulah rukun iman ke-6. Siapa yang kata yang baik itu dari Allah yang buruk dari diri kita, meh aku cepuk kepala kau sekali.
 Lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
DALAM KALUT ADA PERATURAN
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
Di mana pula kau berdiri?
Di sini. 


*peribahasa kata 'bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. tapi kalau dah bersusah payah sampai rekod dalam sistem kerja aku kotor yang boleh memberi impak pada masa depan aku pon, buat apa?