Aim Zulhashim 26 Tahun; Impian & Cita-Cita

|


"masihkah bersedih pada hakikat dikurniakan padamu, bukankah cita-citamu memperjudikan kasih sayang....."

1. Pukul 5.58 pagi, tanggal 20 April 2016, aku mulakan karangan yang berbaur bebelan serta isi-isi yang penuh dengan.. Hmm.. Macam mana nak cakap eh? Haaa! Dulu bila orang tanya kat aku apa cita-cita aku. Aku tak tahu nak jawab apa. Waktu sekolah rendah aku jawab nak jadi driver bas CityLiner. Sekarang bila orang ajukan soalan yang sama, aku terdiam.

2. Sebenarnya dari pukul 2 pagi tadi (kalau tak silap aku lah..) aku busy mengerjakan video-video yang masih belum siap. Yelah, nanti kang kalau aku tak siapkan video, aku takde payment. Bila takde payment, aku takde duit, bila aku takde duit, aku miskin. Bila aku miskin, aku stress. Bila aku stress, semua orang aku marah.

3. So, dengan kudrat tenaga yang masih berbaki lebih kurang secubit garam secukup rasa, sambil mengharapkan tenaga tambahan yang aku peroleh hasil dari air milo panas bercampur nestum yang aku bikin dengan penuh rasa kasih sayang, diharap bolehlah membantu aku untuk berjaga sampailah video ni siap. Entah bila nak siap, aku tak tahu lah. Ahhh! Tak kisah! Janji dapat payment.

4. Ohh, by the way, hari ni aku baru daftarkan syarikat aku. Yes, CH MediaGraphy. Alhamdulillah, akhirnya aku punya syarikat sendiri setelah selama beberapa bulan ni, perniagaan aku dijalankan secara 'haram' tak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hehehehehehe!

5. Alang-alang dekat pejabat SSM tu, ada pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. So, aku renew la IC lama aku yang chip nya dah tak boleh dibaca, dengan terkopak sana terkopak sini, dengan gambar IC serupa penyangak Sarip Dol kampung dusun. Fuhhh! Siap jugak. Finally IC aku senonoh sikit berbanding yang sebelumnya. Hahahaha! Aku renew IC aku sebab siang nanti aku nak buka akaun bank syarikat. Senang nak berususan. Nampak profesional sikit. Fuhhh!

6. Tiba-tiba, aku macam ketandusan idea. Tak tahu nak mengolah video ni macam mana. Aku mati akal, muka dah jadi petak, otak dah blank. Badan dah letih sebab lama sangat ride motor tadi. Aku lepaskan genggaman tangan kanan aku dari tetikus. Ikut hati nak main game. Ikut badan rasa macam nak tidur je. Sumpah, aku letih gila ni.

7. Ok, aku decide untuk tidur. Aku bentangkan selimut TOTO Narita di lantai studio yang berpasir. Celaka betul. Tiap hari sapu lantai pun masih berpasir lagi.

8. Aku labuhkan badan kepeng yang perutnya menjadi idaman wanita seluruh dunia (yes! buncit!) ke atas TOTO Narita yang aku bentang tadi. Aku pejamkan mata. Tapi, sebagai manusia yang dah biasa berjaga malam dan tidurnya pada siang hari, masakan aku boleh tidur. Sebab aku letih nak mampus. Kadang-kadang aku nak tidur pun tak boleh bila badan aku dah terlalu letih.

9. Alunan bunyi cengkerik yang membingit, berdendang kat dalam gegendang telinga aku. Aku mula berangan, aku mula terbayang. Terbayang masa depan aku. Aku terfikir dengan usaha aku dalam menjayakan syarikat aku. Boleh jadi kaya tak dengan main video? Paling tak pun, boleh jalan ke ni?

10. Aku teringat lagi pada tahun 2014. Zaman aku menganggur tak bekerja. Entah kenapa aku pemalas gila waktu tu. Tiap hari aku duduk rumah, menghadap komputer, tengok movie, main game, main Facebook, main Twitter. Itu je lah kerja aku seharian di rumah. Tak keluar tengok dunia luar pun. PC kat rumah tulah dunia aku.

11. Sampai satu masa tu, aku punyalah terdesak nak dapatkan duit. Aku keluar rumah, cari tin, cari besi, cari surat khabar, kemudian aku jual. Dapatlah lima ringgit. Cukup-cukup untuk aku isi minyak motor dan segelas teh o ais.

12. Sebenarnya, waktu tu aku dah putus asa. Putus asa dengan segala-galanya. Bermacam-macam janji orang tabur kat aku sambil berkata "ohh! Satu hari nanti kau akan di-transform-kan from nothing into something. Janjikan stesen minyak lah, janjikan untuk jadi artis lah. Tapi janji hanya tinggal janji, tinggal sejarah. Semuanya palsu belaka. Pandai tabur janji tapi tak tunaikan. Tinggalkan aku jadi bangang, bingai, terkontang-kanting macam tu je. Tak rasa bersalah ke woi?

13. Aku tinggalkan segala apa yang aku ada untuk kejar cita-cita yang aku tak tahu bahawa semuanya palsu belaka. Andai aku ahli nujum dan aku tahu kesudahannya jadi begini, aku persetankan saja mereka semua. Mungkin akan aku acukan saja jari tengah kepada mereka agar mereka faham betapa jahanamnya mereka semua.

14. Aku putus harapan, putus asa, malas nak berharap apa-apa. Kira macam berserah je. Kalau ada benda tu, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Aku lebih bahagia duduk rumah, jadi manusia tak berguna dengan menghabiskan masa depan PC buat benda-benda lagho.

15. Cuma, sampai bila aku harus jadi macam ni? Terus diam tak berbuat apa-apa, takkan bawa aku ke mana-mana.

16. Kini, umur sudah meningkat. Makin tua. Aku perlu lakukan sesuatu. Kini aku benar-benar berharap segala usaha yang aku dah rancang membuahkan hasil. Yes, jayakan CH MediaGraphy sebagai sebuah production video yang berdaya saing dengan production yang lain. Videografi adalah satu bidang yang aku sukai, aku minati dan aku cintai. Yes, aku sedang bercinta dengan kerjaya aku. Jadi, tolong jangan ganggu percintaan kami!

17. Aku gembira bila aku dapat pegang kamera, merakam setiap detik indah yang berlaku, kemudian aku abadikan semua kenangan itu di dalam cakera padat digital untuk tatapan mereka semua kelak.

18. Jadi, sekarang ni bila orang tanya apa cita-cita aku, itulah jawapan aku. "Aku nak gembirakan orang lain". Itulah cita-cita aku sekarang, bahagiakan orang lain agar aku bisa temui bahagia yang aku cari selama ini. Aku tak perlu pun sebenarnya menghancurkan kejayaan orang lain untuk puaskan dan gembirakan diri sendiri. Cukup dengan aku gembirakan orang lain, itu sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan aku.

19. Lupakan saja semua benda yang dah berlalu, biarkan segala kenangan pahit pergi dan jangan pernah cuba kembalikan semua kepahitan. Jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Aku mahu berubah, demi diri aku, demi keluarga aku, demi masa depan aku.

20. Semoga impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan. Doakan aku.

"janganlah memburu angin yang berlalu, kelak kau terima jawapan yang kecundang, pulang saja di mana permulaan langkahmu, biar saja angin itu terus berlalu...." -Wings, Biarkan Berlalu.

Kisah Dua Belas Tengah Malam

|
header baru. hewhewhew

Pukul 12:00 tengah malam, dengan suhu bilik 16 darjah celcius (terima kasih kepada penyaman udara York), aku kesejukan.

Aku naikkan suhu penyaman udara. Aku bukan nak suasana bilik yang sejuk membeku. Ingat aku ni daging beku pasar borong Selayang ke? Cukup lah aku dapat nikmati suasana bilik yang.. Hmmm.. Macam mana nak cakap eh. Suam? Boleh la kut.

"setelah kian lama.............. kau memendam dendam....."

Bait-bait dari lagu berjudul Teman nyanyian kumpulan XPDC berdendang dari corong-corong speaker yang ada di hadapan mata aku. Sudah 4 5 6 kali jugak aku ulang-ulang lagu ni. Hmmm. Bosan!

Aku belek-belek telefon bimbit. Tak ada apa-apa mesej dari aplikasi Whatsapp yang ditujukan khas kepada aku. Padahal dari tadi asyik memekak dengan notification. Whatsapp group yang banyak merapu dari cerita benda yang berfaedah. Bersembang pasal kulup lah, kerandut lah, tuit berbayar lah, makanan lah, fonsek lah, karaoke lah.

Ingat nak join nyanyi satu lagu. Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa. So, lain kali je lah.

Sebenarnya, selama 6 jam aku berada kat Sijangkang ni, aku harapkan tempat ni boleh beri aku ketenangan, seperti ketenangan yang aku raih minggu-minggu sebelumnya. Aman damai. Jiwa tenteram. Hidup sihat. Tenang tanpa sebarang duka lara. Ahhh.. indahnya.

Cuma, hari ni kepala hotak aku masih dipenuhi dengan segala macam negative vibes. Aku cuba rungkai dan kupas satu persatu. Aku tanya diri sendiri. Apa sebenarnya masalah aku? Aku yang aku nak sebenarnya? Tak kisah lah dari segi apa pun. Rohaniah? Lahiriah? Cinta? Harta? Kawan? Lawan? Sayang? Benci? Rindu? Dendam?

Akhirnya, aku hanya gelengkan kepala, mengeluh lesu sambil berkata kepada diri sendiri.

"entah?"

Aku keluar ke studio belakang. Ada satu gazebo kecil. Aku duduk di situ tanpa sebarang cahaya lampu. Berseorangan. Tempat yang gelap tadi menjadi sedikit terang setelah aku menyalakan api dari lighter berjenama Cricket.

Rokok Winston Merah Siam yang aku beli di kedai Acheh petang tadi, aku sedut asapnya. Suasana kembali kelam. Namun dapat juga aku raih sedikit rasa tenang. Aman damai.

Pelik.

Entah bagaimana racun nikotin, tar, err... dan segala apa lancau lagi entah racun-racun yang ada dalam rokok tu boleh menghadirkan rasa damai dalam diri. Eh, tak fahamlah aku dengan rahsia dunia ni. Pelik pelik pelik!

Kemudian aku terfikir kembali segala masalah yang aku hadapi sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan?

Adakah aku perlu cari jalan mudah, dengan membakul sampahkan saja semua masalah yang ada? Persetankan kamu semua. Aku sudah anggap kamu tiada. Bila di tanya, aku buat-buat lupa. Tak tahu. Jahil dan bodohkan diri. Pengecut!

Ataupun perlukah aku cari jalan sukar, dengan hadapi segala masalah untuk perbaiki semula keadaan? Semuanya akan aku habisi, ku bunuh satu persatu. Aku hunus segala senjata yang ada, walaupun hanya menggunakan buku lima. Aku tumbuk, aku sepak, aku tikam, aku tembak. Nah, mampus kau di sana! Tiada hati perut!

Tapi, ada satu masalah tiba-tiba muncul. Masalah ini lebih berat dari segala masalah yang ada. Ini bukan masalah minor. Ini sangat major. Tiada jalan mudah untuk aku selesaikan. Hanya jalan sukar. Aku kena hadapi masalah ini dengan kadar segera!

Rokok yang tinggal separuh, aku campakkan saja. Segera aku berlari masuk ke satu sudut gelap, tanpa sempat aku buka lampu. Aku hempas pintu kuat-kuat. Aku kerahkan sepenuh tenaga. Mataku jadi malap, gelap. Nafasku berombak kencang, dengan segala kudrat yang ada, aku gunakan sehabisnya!

Celaka! Apakah dugaan malam ini? Apa lagi ujian mahu kau berikan pada aku?

*plup!*

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku mampu mengukir satu senyuman manis bercampur kelat. Sambil berkata..

"waduh.. sukses sudah aku ngiseng! ni mesti angkara nasi ambeng wak ni. celaka!"

Okay, bye!





Selepas Setahun Lebih Blog Bersawang

|


Kepada:
Semua pembaca-pembaca blog aku yang mungkin tak pernah wujud pun.

Astaghfirullah hal 'adzim. Ada lagi rupanya blog aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHA.

1. Tanggal 11 Jun 2014 adalah tarikh terakhir aku mengarang dalam blog ni. Dan dalam tempoh aku berhiatus dari dunia blogger ni, aku tak pernah terfikir langsung pasal nak update blog ke, customize blog ke, sampai aku sendiri lupa yang aku pernah ada blog. Kahkahkahkah!

2. Yelah, terlalu busy dengan hidup, dengan kerja. Aku dah ada life lah senang cerita. Gituuu. Jadi, setelah hampir dua tahun aku tak update blog, hari ni secara eksklusifnya aku nak bercerita.

3. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak merepek dan membebel apakebenda dalam blog ni. Masih lagi busy dengan kerja, dengan hidup yang tak tentu arah macam manusia tak ada pedoman hidup.

4. Well, aku masih lagi sihat, masih lagi kacak bergaya, masih tebal sifat riak takabbur ujub dalam diri. Bila nak berubah, aku pun tak tahu lah.

5. Currently, bercinta dengan kerja. Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang videography dan broadcasting, Alhamdulillah, sekarang sudah punya production kecil-kecilan milik aku sendiri. CH MediaGraphy. Kini sedang mengerjakan big project pertama kami, Video Klip dan karaoke untuk album terbaru Mustar; Juara Kilauan Emas 5 dan juga video klip untuk album 'Warisan Ottai Klang' yang akan keluar tidak lama lagi.




6. Masih single dengan jayanya. Kahwin? InshaAllah tahun 2030 nanti aku kahwin lah. Dengan Mira Filzah, inshaAllah. Kalau bukan Mira Filzah? Ermmm.. Kalau ada jodoh, adalah. Tak ada, tak adalah. KAH! BERANGAN KUAT AKU NI!

7. Pernah bekerja di Starbucks selama beberapa bulan. Sebelum tu pernah busking di hadapan SOGO, Ampang Park dan Enjoy's Corner Taman Melati. Masih memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Fuhhh!

8. Sedang gigih berusaha untuk merakamkan single pertama, lagu yang berjudul 'Andainya', berkolaborasi bersama G-mie Screen, Jas Fair, Daus Buskers, dan Warisan Records.

9. Masih enggunakan motorsikal Yamaha LC135. Motor standard, tak convert apa-apa lagi. Dalam perancangan nak modifikasi enjin untuk kelajuan yang lebih padu. Ohh, belum ada kereta lagi. Nanti lah aku beli sebijik. Target nak Hilux. Kahkahkahkah!

10. Tu je lah aku nak cerita. Sebab kerja aku banyak lagi ni. Nanti aku update lagi. Mungkin kena ada orang yang ingatkan aku. Apa-apapun, semoga hidup korang semua sentiasa dirahmati.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK FA SELANGOR, FC BARCELONA, SILVER ARROWS, TWITTER, VSCO CAM, INSTAGRAM, EDIUS, ADOBE AFTER EFFECTS, DAN YAMAHA 135LC.

Aim Zulhashim
Sijangkang Batu 8
Klang
Selangor Darul Ehsan.