Cinta Dalam Hati

|
Waktu aku tengah nak menaip ni, sumpah ibu jari tangan kiri aku masih lagi sakit. Ditambah pula dengan keluarnya air berwarna kuning jernih dari celah jari tu. Azab pedih dan kesakitan tu memang ternyata tak dapat dibendung. Fuhh! Bila aku taip perkataan 'dibendung', teringat pulak aku kat video 'hanief.blogspot' ataupun video MalaysiaNews yang bertajuk 'UMNO = Roti Canai'. Sumpah kelaka video tu. Waktu kat KKTM Rembau jahanam dulu, roomate aku tiap malam pasang video tu kemudian gelak macam orang gila. (FaeRox! Aku rindu kau la sayang! By the way, AKU BUKAN GAY MACAM KAU.. wakakaka!)

Apa yang aku nak mengarut merapu kat sini, adalah sesuatu yang semua orang pernah rasa dan bagi aku, perasaan ni adalah sesuatu yang sangat indah lagi-lagi bila perasaan ni timbul waktu aku kecik2 dulu.




************************************



Ramai orang tahu dengan sebuah lagu dari kumpulan Ungu yang bertajuk Cinta Dalam Hati kan. Sedap lagu dia. Kalau aku tanya orang apa tu Cinta Dalam Hati, macam2 jawapan yang aku boleh dapat. Tapi kalau orang tanya aku, mungkin aku akan jawab "Cinta Dalam Hati dari segi bahasa ialah suka senyap2, dari segi istilah pula ialah perasaan minat atau suka atau cinta terhadap seseorang yang kita berkenan namun kita tidak memberi tahu atau berterus terang akan perasaan suka terhadap orang yang kita minat ATAUPUN suka senyap2 aje". Betul ke ni? Semua orang ada pendapat sendiri kan.

Aku ni dulu jenis pemalu dengan perempuan. Takut gila nak berbicara dengan kaum2 hawa ni kecuali mak aku, makcik2 aku, makcik kedai kat rumah aku, dan cikgu2 aku. Kadang2 bila nampak perempuan aku rasa macam nak lari je dari diorang. Bukanlah kerana diorang ni umpama harimau yang buatkan aku lari kerana ketakutan, cuma dulu bagi aku perempuan ni umpama bidadari yang indah yang membuatkan aku rasa rendah diri dan tersangat2lah malu untuk aku membuka mulut dan berbicara dengan mereka walaupun aku ni dulu lembut umpama pondan. Kiranya kesimpulan ringkas yang aku boleh buat, aku dulu tak pernah ambil tahu pasal perempuan sebab aku tak berani nak tegur orang perempuan. Hahaha!

Cerita 'Cinta Dalam Hati' ni bermula dengan seorang pelajar perempuan waktu aku sekolah rendah. Nama dia NUR ELEENA. Waktu tu aku darjah empat. Sehinggalah pada suatu hari di sekolah agama, member baik aku waktu kecik2 dulu yang bernama Sazly, gatal2 pergi conteng dinding dengan menulis perkataan;


"AIM (heart shape) ELEENA"

Kemudian bila dia dah tulis perkataan ni, dia kecoh2 kat satu kelas sekolah agama aku dengan mendakwa aku yang menulis word haram jadah tu. What The Fun???!! Aku pun marah la dia. Tapi apa kan daya, aku ni hanya seorang kanak2 comel yang lemah dan tak berdaya nak bergaduh. Kesian aku. Aku pun merayu2 la kat dia supaya jangan bagitau sapa2 tentang hal ni walaupun bukan aku yang tulis benda tu. Dia pun setuju. Kemudian perkara ni menjadi senyap semula. Word tu pon aku dah padam sebab dia conteng gune pensel. Selamat dia tak guna pen. Haha! Tiba-tiba timbul 1 rasa ingin tahu dalam hati aku, SIAPA ITU ELEENA? Aku pun merancang nak mencari siapa itu Eleena nanti.

Esoknya bila aku pergi sekolah, aku mula mencari dalam sekolah, siapa itu Eleena. Sampai2 je kat sekolah, cari budak2 yang pakai nametag yang ada tertulis perkataan 'Eleena' tu. Tapi tak jumpa. Kemudian loceng berbunyi menandakan kelas sudah bermula. Aku pon duduk sambil memikirkan siapa manusia yang bernama Eleena. Sampailah cikgu subjek hapekejadah tah masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, dia ambil kedatangan dulu sebab cikgu subjek hapekejadah tah tu guru kelas aku. Dia panggil seorang demi seorang. Sampai giliran nama aku yang dia sebut, aku pun angkat lah tangan menandakan aku hadir ke sekolah. Kemudian aku mengelamun semula ke tingkap.

"NUR ELEENA ABD AZIZ!"

Tersentap aku bila cikgu aku menyahut nama tu. Kemudian aku terlihat seorang perempuan memakai baju kurung sekolah berwarna biru mengangkat tangan sambil menyebut perkataan "saya!". Adakah dia tu 'Eleena' yang dimaksudkan? Selama ni aku tak pernah menyedari kewujudan dia dalam kelas. Baru hari tu aku dapat tau yang sebenarnya Eleena tu rakan sekelas aku. Tapi aku tak jelas sangat bentuk muka dia sebab aku duduk dekat bahagian belakang dan berhampiran dengan tingkap luar sementara dia pula duduk dekat bahagian depan sekali sebelah pintu masuk ke kelas. Aku teringin sangat nak tengok muka dia.

Lantas aku bangun dari kerusi, dan pergi meminta izin cikgu aku untuk ke tandas. Cikgu aku pun izinkan. Bila nak keluar kelas, aku menjelingkan mata aku ke arah dia. Akhirnya ternampaklah wajah dia yang bagi aku biasa2 aje, tak cantik sangat tetapi langsung tak huduh. Orang kata sedang2 aje. Hahaha! Tiba-tiba dia pandang muka aku, aku pun cepat2 alihkan pandangan aku kat jalan. Muka dia susah aku nak terangkan macam mana cuma warna kulit dia ni agak hitam manis. Akhirnya terungkai lah misteri siapa itu Eleena.

Asalnya aku tak ada fikir apa2 pun selepas aku dapat tahu siapa tu Eleena. Tapi entah kenapa, tiba-tiba datang 1 perasaan yang bagi aku waktu tu agak macam pelik. (<<-- ayat ape ni??) Bila cikgu mengajar kat depan, mata aku bukan tertumpu dekat papan hitam, tapi tertumpu dekat si Eleena tu. Bila dia mengalihkan muka dia ke belakang, cepat2 aku alihkan pandangan aku ke tempat lain supaya tak kantoi. Makin lama aku rasa macam minat kat dia lak. Tapi bila rasa minat tu wujud, rasa segan dan malu dengan dia makin menebal. Sehinggakan aku rasa macam nak lari je dari kelas tu kerana segan dengan dia. Budak2 kan, biasalah tu. Kalau tanya kat budak2 soalan cepumas; "adik besar nanti nak kahwin tak???", konfem dia sebut 'TAK NAK!' sebab malu.

Sebelum ni aku mempunyai sifat MALAS NAK DATANG SEKOLAH sebab bagi aku duduk rumah ataupun ponteng sekolah adalah sesuatu yang indah. Tapi semenjak aku terminat si Eleena ni, tiap hari aku nak pergi sekolah. Demam2 pun aku nak pergi sekolah walaupun mak bapak aku larang. Mungkin diorang terharu dengan semangat anaknya yang comel ini yang mahu belajar walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. PADAHAL datang sekolah sebab si Eleena je. Kiranya, sehari kalau aku tak nampak Eleena, hidup aku macam tak lengkap. Lagi2 bila tiba hari sabtu dan ahad. Seksa gila.

Perasaan suka dekat si Eleena tu makin menjadi2. Bila tiba waktu rehat, aku selalu perhati dia makan. Tapi hanya mampu perhati dari jauh. Bila tiba waktu balik, ayah dia akan jemput dia pulang dari sekolah. Aku pun hanya mampu perhati dari jauh je, kadang2 pinjam basikal member dan kejar motor ayah dia sampailah kat 1 persimpangan naik bukit. Yelah, tak mampu lah aku nak kejar sampai naik bukit, nanti semput lak aku. Kejar dia pun boleh jauh2 je, tak boleh lah dekat2. Nanti kantoi, hehe! Ternampak lah tudung dia yang berkibar lembut dek di hempas angin. Waktu tu, sumpah aku angau gila2 kat dia. Haha!

'Cinta Dalam Hati' ni berlanjutan sehinggalah ke sekolah menengah. Waktu tu tingkatan 1, sekali lagi aku sekelas dengan dia. Tapi waktu tu, aku dah menjadi sedikit matang. SIKIT JE, TAK BANYAK! Aku mula memberanikan diri untuk berbicara dengan dia. Tapi bersembang perkara kecik2 aje. Kalau tak memang aku tak kan pernah bersembang dengan dia. Perasaan suka aku terhadap dia pun dah berkurangan dah, tak seperti dulu. Bila nampak dia je, macam kucing jantan jumpa kucing betina. Tapi kadang2 tu nervous jugak. Lama kelamaan, aku dengan dia sering bersembang dalam kelas. Kitorang mula bersembang pasal homework, pasal cikgu, pasal classmate. Kemudian bila dah lama2 tu, bersembang pasal diri sendiri. Rasa suka kat dia tu dah datang balik. Sehinggalah pada suatu hari tu, aku dapat tahu yang dia ada couple dengan sorang lagi rakan sekelas aku. Nama budak tu Talhah. Aku time tu agak kecewa lah jugak. Sedih2 !!

Pada suatu hari, waktu tu tengah waktu rehat, aku ternampak dia dalam kelas sorang2, tengah melukis sesuatu. Aku pun tanya lah kat dia kenapa tak pergi rehat. Dia pun terus menunjukkan hasil lukisan dia. Seorang lelaki rambut pacak dan seorang perempuan bertudung. Agak cantik la jugak. Haha! Aku tanya lah, ni sapa. Dia pun kata; "yang lelaki ni pakwe aku, yang perempuan ni aku.." Aku pun; "ooo..." aje. Rasa geram lak bila dia kata camtu. Tiba2 dia menangis kat depan aku. Aku pun hairan la, tetiba je dia nangis. Dia pun menceritakan segala masalahnya kat aku. Aku pun dengar je lah apa yang dia cerita. Rupa2nya masalah dia dengan si pakwe dia yang bernama Talhah tu. Nak tolong pun aku tak tau nak tolong ape sebab aku mane penah bercinta. Haha! Kemudian dia ada 1 permintaan, dia kata dia nak pinjam baju melayu aku untuk pertandingan ape tah, aku tak ingat. Dia tak de baju melayu. Aku pun setuju nak pinjamkan dia baju melayu.

Esoknya aku datang ke sekolah dengan membawa baju melayu berwarna biru dalam beg aku. Bila masuk je dalam kelas, aku tengok dia masih tiada di tempat duduk dia. Pelik jugak, selalunya dia lah yang paling awal masuk kelas. Kemudian aku tanya rakan sekelas aku yang lain, "mana Eleena??" Alangkah terkejutnya aku bila aku dapat tahu yang Eleena dah berhenti sekolah. Sebabnya, ayah dia tak mahu Eleena berkawan dengan si Talhah dan memindahkan Eleena ke rumah makcik nya di Melaka. Aku waktu tu macam dah tak tau nak buat ape, rasa macam tak dapat terima hakikat yang dia dah takde lagi dalam kelas aku. Tak ade lagi perempuan yang aku boleh tenung, perhati, dan bersembang. Mujur lah aku tak nangis dalam kelas tu. Kalau tak, hilang lah ke-macho-an aku. Hehehe!



**************************************

Selepas itu, tiada lagi Eleena yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup aku. Dia tak pernah tahu yang aku pernah suka gila kat dia. Ini ke yang di katakan 'Cinta Dalam Hati'?? Hahaha! Macam bangang je. Selalu juga aku dengar orang kata; "kita tak akan pernah berjaya dengan cinta pertama kita". Aku sangat2 lah setuju dengan pendapat tu. Tapi apa yang aku tahu, ini lah yang di katakan 'Cinta Monyet'. Hahaha!



sebenarnya aku suka perasaan Cinta Dalam Hati ni, aku rindu sangat2 perasaan indah ni. Bila lagi aku dapat rasa perasaan ni lagi ye?

4 comments:

N said...

cinta dan manusioaia berkait rapat.. moment indah hanya datang sekali bersma dia tersyg,kalau xde jodoh.. moment indah ini akan di rasai lagi. yg pasti dalam indah ada duka kan. haha. jiwang pulak dah

NajaaAbdullah said...

masa aku baca post kau ni, aku macam tengah tengok drama. sampai part yang dia dah pindah sekolah tu, aku gela2 terkejut ! kira cam aku boleh bawak watak kau time tu, HAHA. takpe bro, dunia ni kecik je, mana tau masa kau kerja terjumpa dia balik. kuasa tuhan, mana kita nak tau kan ? hehe, tapi sumpah best citer kau, boleh buat short movie :D

Nas said...

tau xper najaa..mcm drama plak..hahahaha...nice kot...
aku xde pengalaman pon bercinta dr sekola sampai skunk...hu3
bkn aper....maybe aku pemalu kot....dulu aku mmg pemalu..hehe

Anonymous said...

I love you, from your admire

Post a Comment