Malaysia vs Hong Kong; Long Live Ultras Malaya

|
"ULTRAS MALAYA; Nadi sukan bolasepak Malaysia" -Nadi Arena

Ini adalah kali kedua aku bersama Ultras Malaya setelah melakukannya kali pertama pada perlawanan akhir piala AFF Suzuki menentang Indonesia. Setelah merancang sekian lama bersama rakan sebilik, akhirnya 'komplot jahat' kami berjaya dilaksanakan. Bertolak dari kolej yang terletak berhampiran pekan Linggi, Negeri Sembilan pada pukul 5.30 petang, bercorakkan gaya pemanduan ala-ala Grand Theft Auto (GTA) dengan menggunakan kereta Perodua Kancil yang disewa, kami berjaya juga sampai di hadapan Stadium Shah Alam lebih kurang jam 8.20 malam. Dari luar stadium dah boleh dengar chants yang memang confirm datang dari Ultras Malaya.

Ini adalah sedikit sedutan dari lensa kamera yang dicetak dari kamera pinjam yang di-snap oleh aku sendiri. (Sorry, gua bukan photographer professional yang reti nak tangkap gambar guna DSLR. Siapa2 yang pandai, sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih.)

I Am The Most Ultimate Infinite Definitely a Loser

|
Aim (aku); Loser bermuka mirip macam bangla yang paling dikehendaki oleh Interpol. Haha!

Nama aku Aim. Berumur 20 tahun dan akan menuju ke angka 21 pada bulan Ogos ni. Aku dikenali sebagai seorang yang tinggi, muka macam bangla, poyo, riak, suka perasan hensem, cakap bukan main power nak buat itu dan ini tapi hasil tak ada, suka mencarut dan segala macam perkara negatif, itu lah yang ada pada aku. Tapi ada juga yang mengenali aku sebagai seorang yang 'hensem', 'comel', baik hati, senang memahami orang, dan macam2 lagi lah. Mungkin apa yang dinilai semua orang tu ada yang benar, mungkin juga tidak sebab manusia kat sekeliling aku penuh dengan sifat yang suka berpura-pura.

Metrobus 43 and the Damned!

|
Tengah malam ni, aku baru je sampai ke rumah cousin aku kat Bukit Jalil sebab kolej aku cuti bersempena dengan raya cina. Kalau ikutkan hati aku nak stay kat kolej je sebab aku tak ada mood nak balik rumah. Tapi, nak buat macam mana. Karang aku kebulur pulak kat sana tak makan. Nak tak nak terpaksa lah balik rumah. 

So, kebetulan ada sorang junior kolej aku ni tak biasa balik rumah guna perkhidmatan awam lagi2 naik bas. Berbekalkan pengalaman aku tentang pengangkutan awam yang dipelajari sejak aku berumur 6 tahun, akhirnya aku berjaya bimbing dia menaiki bas dari Seremban hinggalah ke Kuala Lumpur kemudian berdikari dengan menaiki KTM Komuter untuk terus ke stesen Batu Caves.

Nak cerita tentang bas, memang tak dinafikan dari dulu aku memang obses dengan Bas. Sehinggakan waktu aku darjah 1, aku mengaku kepada semua dak kelas aku yang aku bercita-cita nak jadi pemandu bas. Sebabnya family aku dulu takde kenderaan yang besar macam kereta atau van ataupun lori. Hanya ada sebuah motorsikal Yamaha RXS lama yang digunakan sepenuhnya oleh Bapak aku. Mak aku ni pulak ketika tu kaki berjalan shopping sakan kat Chow Kit dan Mydin Masjid India. Jadi, nak pergi sana mestilah kena naik Bas. Berjalan tiap minggu naik bas yang sama. Len Seng nombor 71 ataupun Bas Mini nombor 10.