ada sorang member gua cakap kat gua; dia kata mungkin ramai kawan2 gua suka kat gua sebab gua mempunyai senyuman yang manis. kalau macam tu, gua akan terus senyum, senyum dan senyum. terima kasih kerana bagitau gua tentang perkara ni.
Dalam beberapa hari ni, gua perasan yang Malaysia ni makin panas. Surat khabar ada kata yang panas2 ni semua berpunca dari ribut yang sedang berlaku di Filipina. Pagi tadi gua buka tingkap, tengok environment sumpah macam haram, dengan bau asapnya, sah-sah jerebu. Tak tau la datang dari mana. Mungkin ada si bangang yang suka-suka hati buat pembakaran terbuka. Gua pun tak tahu.
Gua perasan yang sejak dua menjak ni, gua jadi seorang yang malas mandi. Bukan gua tak mau mandi, tapi sekali gua da mengadap PC gua, susah untuk gua bergerak dari kerusi dan PC gua. Apa yang menarik kat PC gua tu pon gua tak tahu. Yelahh, sekarang gua teramatlah maha sibuk dengan final projek gua. Hari-hari gua ngadap 3D. Hari-hari gua ngadap video. Dah naik bosan, dah naik lali. Kalau gua mandi pun, dalam sehari ada lah sekali je. Kadang2 ada jugak la dalam sehari tu gua tak mandi langsung. Kadang2 gua pergi kelas mana ada mandi, basuh muka pon tak, selamber je pergi kelas.
Jadi, bila tak mandi, konfem lah ada bau2 yang kurang menyenangkan yang keluar dari badan gua. Bau yang paling kerap keluar ialah bau masam. Lelaki dan bau masam memang sinonim dalam hidup. Gua ni pun bukanlah seorang yang masam, tak masam pon, bila gua tak mandi je masam. Kalau gua mandi tiap hari, surely kawan2 rapat gua akan kata gua wangi. Wangi tang mana pun gua tak tau la.
Cuma ada certain people ni, gua tak tahu la nak kata apa. Ada lah sorang jejantan gagah kat kolej gua, dia ni dari pemakaian memang segak, bergaya, berdisiplin dan ada etika serta ilmu tentang agama islam. Tapi ada satu benda yang gua tak suka tentang dia. Bila lalu bersebelahan dengan dia konfem ada bau masam. Gua tak tau la samada dia perasan dengan bau dia atau tak. Gua tak boleh bayangkan macam mana bini dia kat rumah nak hadapi bau dia tu. Jadi, kat sini gua nak bagi sedikit tips untuk hilangkan bau masam:
#1 - Guna Tawas
ini adalah cara yang gua paling rekomen kat korang sebab gua pon pernah buat cara ni dulu. mula-mula, ambil seketul tawas kemudian gosok kat bahagian badan yang mudah berpeluh tiap kali pas mandi. ATAUPUN, campurkan tawas yang dah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Pastu sapu kat bahagian yang mudah berpeluh tu dan biarkan semalaman. Lepastu, bilas ataupun mandi. Amalkan selalu.
yang ni khas untuk manusia2 yang badan dia berbau masam tahap ekstrim. gua jamin berkesan. InsyaAllah mujarab.
#2 - Hampas Teh
kalau sapa2 takde teh kat rumah tu, boleh mintak hampas2 teh kat gerai2 makanan. dengan cara ni insyaAllah korang tak kan ada bau masam tapi akan timbul aroma teh dari badan korang. Haha!
gosokkan hampas kelapa yang dah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian yang kuat berpeluh macam ketiak dengan tengkuk. Biar dalam lebih kurang 45 minit kemudian mandi atau bilas. Amalkan 3 kali seminggu.
kalau sapa2 kulit gelap, mungkin dengan cara ni bukan saja dpt hilangkan bau masam, tapi dapat memutihkan kulit. best betul kalau macam tu kan.
#4 - Beras
ambik segenggam beras pastu goreng tanpa minyak sampai dia hangus. Kemudian ramas beras yang dah korang goreng tu kasi hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian yang mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.
goreng beras jangan sampai terbakar kuali. nanti terbakar sekali dengan rumah. silap2 lu pon terbakar sama.
p/s: yang penting, JANGAN LUPA MANDI. kalau tak mandi atau malas mandi, konfem lah bau busuk.
credit to: darikampung.org
credit to: darikampung.org
4 comments:
ahah jangan la semangat sangat renung pc tu sampai tak mandi. tawas tu paling semang nak guna yang lain tu leceh sikit la
ANDA CARI CARA UNTUK HILANGKAN BAU BADAN DAN KETIAK ?? UNTUK LIHAT PRODUK HILANG BAU BADAN DAN KETIAK SEPANTAS 3 SAAT !! BOLEH VISIT LAMAN WEB BERIKUT :
www.lblegacy.weebly.com
www.lblegacy.weebly.com
https://lblegacy.weebly.com/
Post a Comment