SPAGHETTI ORANG BUJANG Paling Simple Tapi SEDAP

|


Hah! Sape kata jantan laki tak reti masak? Meh aku jentik sikit palehotak kau.

Serius, hari ahad. Hujan, memang tak syiok. Nak keluar pon tak boleh. Nak main game, dah mula rasa boring. Nak makan, takda siapa nak masak. Megi? Dah naik muak. Tapi makan jugak la sebungkus, tetap tak kenyang. So, aku pon rancang nak masak something:

SPAGHETTI ORANG BUJANG paling simple tapi SEDAP.

amacam nama resipi aku, ada beran nak challenge?? wahahaha!

AMARAN: aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang terliur.

******************************************************

bahan-bahan yang aku baru beli tadi

PENYEDIAAN PASTA
Bahan-bahan:
-pasta
-air
-garam
-minyak masak

1. Isikan air dalam periuk, ikut suka kau berapa banyak asalkan jangan penuh dan melimpah
2. Letakkan sedikit garam. Ini adalah optional. Tujuan untuk menambahkan sikit rasa kat pasta tu. Rasa apa tu.. Errr.. Entah. Kan aku dah kata optional. Ikut suka korang.
3. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam air, tujuan dia bila dah siap rebus pasta, takde lah nanti pasta tu melekat antara 1 sama lain.
4. Panaskan air, dan letak lah pasta dalam periuk. Tunggu sampai pasta ni semua lembik kena rebus dan toskan.

molek sangat kalau dapat susun camni. By the way, aku malas nak guna dapur gas, so aku guna periuk masak nasi. Tak salah kan.

 saat pasta dah lembik. hewhewhew.

okeh ! cunnn! sekarang tinggal nak settlekan sos dia pulak !

PENYEDIAAN SOS SPAGHETTI
Bahan-bahan:
-Bawang Besar Sebijik
-Bawang Putih 3-4 ulas
-Daging Berger Ramli 2-3 keping (tak semestinya ramli, boleh try yang lain)
-Cili Kering yang dah dikisar (optional kalau korang suka pedas)
-Pati Tomato Dalam Tin
-Garam dan Ajinomoto

1. Potong bawang besar ngn bawang putih ikut suka hati korang
2. Dua keping daging berger ramli tadi korang hancurkan so that dia akan jadi macam daging kisar.
3. Panaskan minyak
4. Tumis bawang besar dan bawang merah sampai naik bau
5. Masukkan daging berger yang dah dihancurkan tadi
6. Pastu masukkan pulak cili kering yang dah dikisar. Pastu goreng goreng goreng
7. Masukkan pati tomato dan tambahkan sedikit air.
8. Letakkan garam dan ajinomoto, tunggu sampai mendidih.
9. Jangan lupa rasa sos spaghetti korang tu, mana la tau kot-kot kurang garam, boleh repair lagi.
10. Kalau rasa dah ok, boleh la hidangkan.


 



amacam? terliur tak? tak kan. biasa je kan..

So, inilah hasilnya. Selamat menjamu mata. Hahaha !

Letak sedikit lada hitam dengan cheese, memang 'ummphhh!!!'.

Haa... Kak Jah, Kak Limah, dan sesiapa saja lah, boleh la cuba-cuba resipi simple ni kat rumah. Terbukti, memang sedap. Bapak aku pon siap tambah lagi sebab sedap sangat. Wahahahahaha!

*lepas ni nak try buat Durian Crepe la pulak.

Bersusah Dulu Bersusah Kemudian

|
rumah kos rendah serap haba macam ni pun sewa dia RM400. cekik darah betul.

Duduk dalam rumah yang serba kecil dalam keadaan yang panas membahang ala microwave ni sangat menyeksakan. Bersesuaian dengan sewa rumah sebulan RM400 tak termasuk bil air dan elektrik. Rumah sewa yang dibina menggunakan batu bata murah; menyerap haba pada waktu siang dan menjadi bahang sehingga ke tengah malam hingga pepagi buta. Kalau nak mandi pukul 6 pagi, sesejuk mana pun kau, kalau dah mandi kat rumah aku, air dia sentiasa suam-suam panas. Tak payah kau nak bazir duit beli water heater apa semua.

Bila diperiksa balik kalendar kat komputer aku, aku cuma ada lagi beberapa belas hari lagi untuk berperang habis-habisan mengharungi hari-hari perit dan getir sebagai pelajar latihan industri. Kenapa perit dan getir? Kau suka ke kerja tak bergaji? Bagi aku, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit yang mencukupi, aku susah. 

Ada orang tanya, kau tak nak kerja terus ke kat syarikat L.I kau sekarang? Bukan tak mahu. Selagi ekonomi tak cukup, dengan keadaan orang tua aku yang tak stabil kesihatannya, kenderaan takde, tempat kerja jauh, aku tak boleh kerja situ. Dalam masa sekarang pun aku masih terkapai-kapai berusaha nak datang awal kerja. Mana tak nya, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, tapi kau sampai pukul 10 pagi. Selayang Baru ke Shah Alam. 3 jam??? Tak logik kan?? TIDAK! Akan menjadi logik kalau ada syarikat perusahaan bas yang macam gampang, dan jalan yang sentiasa sesak.

"naik la komuter.. komuter takde jalan jamm.."

Komuter? Celaka. Lagi celaka dari Metrobus. Aku naik KTM dari Taman Wahyu kemudian dia akan melalui stesen Kampung Batu dan Batu Kentonmen. Seterusnya akan berhenti di stesen Sentul. Ketika inilah tahap kesabaran aku diuji. Dia akan berhenti kat stesen tu paling kejap pun 10 minit. Paling kejam 20 minit. Kemudian dia akan terhegeh-hegeh bergerak menuju ke stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral. Pernah sekali tu tren akan stuck kat KL Sentral untuk memberi laluan kereta api ekspress yang panjang nak mampos yang datang dari Singapura. Tapi itu belum tahap ekstrim bila kau terpaksa tunggu tren selama 1 jam semata-mata nak kasi laluan kereta api simen dari Batu Caves ke mana pun aku tak tau. Nasib aku belum pernah harungi tren yang terputus talian elektrik atau paling bodoh sekali, tayar keretapi pancit.

Kalau ditanya apa kenapa tak naik bas, aku dah ceritakan dalam post yang lepas. Tapi dalam keadaan sekarang, aku takda pilihan lain kecuali naik bas. Lebih tepat, TERPAKSA naik bas sebab murah dan menjimatkan. Pergi mati sama jalan jamm, aku tak peduli, asalkan aku jimat. Tambang hanya RM8 pergi balik setiap hari. Kalau komuter, tambang dari Selayang Baru ke Taman Wahyu ke Batu Tiga RM4.50 plus tambang teksi yang harga dia paling kurang pon RM6. Itu tambang untuk sehala! Kalau pergi balik? Mahu tak kopak duit kau?

Jadi untuk mengelakkan harga teksi yang mahal ala-ala kapitalis Amerika Syarikat, aku akan berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke Jalan Bowling Padang Seksyen 13 yang jarak dia lebih kurang 2 kilometer. Kau kena redah cuaca panas, jalan kaki, berpeluh-peluh. Naik je ofis badan kau dah berkepam bau masam. Awek aku dah rasa perit berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke ofis. Ofismate aku yang nama Din pun dah rasa macam mana syoknya berjalan kaki. Kalau korang sanggup tak buat macam aku? Aku sanggup! Semuanya atas nama BERJIMAT CERMAT. Itu baru cerita pasal tambang. Makan? Minum? Aku ni bukan orang kaya tiap hari kena naik teksi. Bukan kerja dapat gaji. Tiap hari harapkan duit mak bapak aku. Woi! Aku dah 21 tahun la, bulan Ogos nanti naik 22. Sampai bila aku nak kopakkan duit poket mak bapak aku??

Apa-apapun, jangan ditanya apa aku akan buat lepas Latihan Industri nanti. Aku bukan peramal dan aku tak suka meramal. Bukan kerja aku nak predict-predict masa depan. Bukan hak aku nak mendahului Dia. Aku cukup tak suka orang tanya aku soalan macam tu. Kalau aku jadi penjual burger, itulah aku. Kalau aku jadi konduktor atau pemandu bas, itulah aku. Kalau aku jadi peniaga ikan macam bapak aku dulu, itulah aku. Kalau aku jadi macam Aaron Aziz, itulah aku. Kalau bapak aku tahu kerja aku suka-suka hati reka cerita ramal-ramal masa depan ni, mau naik tangan dia kat muka aku.

Akhir kata, aku tak salahkan syarikat aku apa pasal buat syarikat kat situ. Aku tak salahkan bas sebab diorang pon jadi mangsa keadaan jalan jamm, dan diorang pon ada hak nak bawak lembab nak mampos sebab tu cara diorang cari rezeki. Aku tak salahkan KTM kerana mesti ada sebab kenapa servis KTM teruk maha lembab nak mampos. Aku tak salahkan diri aku sendiri dan aku tak pernah salahkan takdir. Setiap yang buruk, aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah SWT. Itulah rukun iman ke-6. Siapa yang kata yang baik itu dari Allah yang buruk dari diri kita, meh aku cepuk kepala kau sekali.
 Lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
DALAM KALUT ADA PERATURAN
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
Di mana pula kau berdiri?
Di sini. 


*peribahasa kata 'bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. tapi kalau dah bersusah payah sampai rekod dalam sistem kerja aku kotor yang boleh memberi impak pada masa depan aku pon, buat apa?

First Debut With UltraSel

|
p/s: ini adalah entri yang panjang, pada yang berminat nak baca, boleh sediakan jajan dan air mineral atau berkarbonat sambil menikmati cerita separa bosan tapi sangat bermakna buat guwa. TQ.

segalanya bermula di sini.

Guwa masih teringat lagi waktu 1st debut dengan ULTRAS MALAYA waktu final Piala AFF Suzuki Cup Malaysia mentibai Indonesia penghujung tahun lepas. The atmosphere is freakin amazing! Masih lagi merindukan saat-saat kesurupan yang tak dapat diluah melalui kata-kata. Hanya dengan hadir menyertai mereka dan merasai sendiri suasana, barulah kita boleh tahu betapa nikmatnya berada di curva untuk berjuang bersama-sama komrads yang lain. Ini mendorong guwa untuk terus bersama lagi dengan diorang.

Well, serius cakap guwa ketagihan untuk merasai semua ni. Jadi everytime ada game Malaysia guwa akan try pergi. Diteruskan dengan menyertai UM pada friendly Malaysia vs HongKong di Stadium Shah Alam diikuti Malaysia vs Lubnan dan kali terakhir pada Malaysia vs Singapork di Bukit Jalil. Banyak kali juga la aku miss peluang nak join diorang, antaranya ke KB untuk fight Burma, waktu lawan Pakistan di Shah Alam (kott? atau Bukit Jalil), dan rombongan ke Jalan Besaq untuk kamikaze Singapork.

Yes, ingin guwa nyatakan sekali lagi, ini adalah ketagihan. Bersama Ultras adalah satu ketagihan. It's like coke (bukan coca cola, it's some kind of drug); kau dah sedut coke banyak kali, tiba-tiba bekalan coke kau dah habis. Untuk tunggu bekalan coke seterusnya ada masa-masa tertentu sahaja baru bekalan baru sampai dan kau kena ada ekonomi yang cukup baru kau boleh dapat coke baru. Sama macam situasi guwa. Guwa join UM, dan guwa kena tunggu game Malaysia yang seterusnya baru guwa boleh join UM. Tapi pada masa yang sama guwa kena ada duit yang cukup untuk join UM atau guwa akan miss lagi peluang sama macam guwa miss untuk join UM seperti yang lepas-lepas. So, ketagihan ini perlu guwa lepaskan. Then guwa jumpa ini.

this is UltraSel atau Ultras Selangor. bukan jenama sel kering seperti Duracell.

Well, guwa ketika tu macam lebih kepada pemerhati senyap pada group ni. Guwa akan jenguk FB ultrasel dan lihat apa-apa perkembangan baru tentang ultrasel dan take note. Dalam hati guwa memang nak join diorang. Yes, guwa nak join diorang. Tapi guwa ketika tu masih belajar di Negeri Sembilan, guwa orang miskin, tak berduit, makan dan minum harapkan duit elaun. Nak berhutang memang tak dapat la sebab hutang waktu tu memang dah keliling pinggang, dan ada yang masih belum langsai lagi sampai sekarang. Plus, nak guna duit untuk final project lagi.

Sehinggalah di suatu ketika, gaji guwa baru keluar. Kebetulan Selangor dah layak ke suku akhir Piala Malaysia setelah puas bermain YoYo dengan Abam Devan di peringkat kumpulan. Misi 33 Selangor masih belum mati. Terasa ini adalah masa yang terbaik untuk mencuba sertai diorang buat kali pertama setelah sekian lama memendam rasa. Tapi macam mana nak pergi? Guwa nak pergi naik apa? Stadium Shah Alam tu kat mana? Naik bas apa? Nak balik macam mana sebab dah tengah malam? Ada ke warga ultraSel dari Selayang Baru? Macam-macam guwa persoalkan dalam kepala hotak ni. Tapi orang kata, kalau takde usaha memang tak kan dapat hasilnya. 

Jadi misi untuk ke Shah Alam dimulakan. Setelah tidak memalukan diri bertanya dalam page ultraSel, ada juga beberapa komrads dalam tu yang sudi menolong. Diorang bagi la beberapa cadangan, dan mujur ada bantuan dari group Red Giant Selayang untuk transport guwa ke Shah Alam. Big Thanks to saudara Ame Lee untuk transport ke Shah Alam. By the way, tak susah pon sebenarnya nak join ultras. Hanya bawak muffler (yang bercirikan negara atau team atau kelab) serta berpenampilan kemas dah cukup. Tak perlu nak daftar nama kat Suruhanjaya Ultras2 Malaysia (wujud ke?) atau bayar yuran bla bla bla. Paling penting, ada jiwa menyokong dan berdiri bersama-sama selama 90 minit; chanting and singing mengikut arahan Capo. Simple dan tak susah langsung.


bersama RED GIANTS SELAYANG

Ame Lee; thanks for the ride.

Dalam pukul 8.30 guwa dah sampai ke Shah Alam. Sampai je kat stadium terus beli muffler, kemudian masuk stadium cari territory ultraSel. Kali ni tempat diorang lain sikit dari asal. Selalunya kat gate 15, tapi ada sebab-sebab yang guwa tak tahu sangat kenapa, diorang terpaksa berpindah ke gate nombor berapa entah guwa tak ingat. Masuk dan bersalaman dengan komrad. DONE! Dengan ini penampilan pertama guwa dengan UltraSel di Stadium Shah Alam BERJAYA! Seperti biasa yang guwa katakan kat atas tadi, Ultras akan berdiri bersama-sama singing and chanting selama 90 minit tanpa henti. Yes, sebagai komrads baru dalam ultraSel, memang banyak chants2 diorang yang guwa langsung tak tahu. Tapi itu tak jadi masalah untuk guwa terus follow-up. Apa saja yang capo lead kita sing and chants, kita ikut saja. Kalau tak ikut, memang berterabur dan hancur.

Apa-apapun, ketagihan yang melanda selama ini akhirnya dapat dilegakan bersama ultraSel. A fresh coke from Selangorean is really stopping my self control. Rasa kesurupan lebih memuncak bila Selangor menjaringkan gol pertama menerusi freekick Ronaldinho Malaysia, abam Safiq Rahim. Ketika jaringan pertama Selangor tercipta, dari jauh guwa perhati kelibat Kesatuan Tarian 'Punggung-Punggung Anda' (Ass Ass You) yang tak henti menari-nari domba tiba-tiba terdiam kaku sedang ultraSel berpelukan bersorak meraikan jaringan pertama Selangor. Begitu juga dengan gol freekick Abam Safiq serta pesta meng-ayam2kan penjaga kebun sayur pasukan Perak untuk jaringan ketiga Selangor menerusi Kanchung.

this is where we are. (ehsan shahfreshtilldeath photography)

lead us capo! oh, by the way, ACAB! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

 raise up the muffler. Ooooo.......... Se! La! Ngor! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

the moment when our warriors gave us a diamond to shed our tears (ehsan shahfreshtilldeath photography)

Walaupun Abam Jeeva melepaskan satu jaringan buat Perak, it's not a sweat for us untuk terus chanting and singing for the team. Dan akhirnya setelah 90 minit, Selangor mencapai kemenangan dengan bekalan selesa 3-1 untuk di bawa ke Ipoh. Perjuangan masih belum selesai, Selangor akan berjuang sekali lagi di Ipoh, UltraSel akan turut berjuang di Ipoh, Well, guwa juga akan ke Ipoh pada jumaat ini untuk penampilan kedua berjuang bersama ultraSel. Semoga selamat pergi dan sampai.

well, the best team wins.

Bagi guwa, this is the second most best freakin moment selepas bersama dengan Ultras Malaya dan guwa mahukannya lagi. Untuk Selangorean yang nak join, jangan segan-segan untuk join curva 15. Tak perlu bayar, tak perlu daftar, hanya perlu ada jiwa dan semangat untuk menyokong. Akhirnya kau juga akan merasai apa yang guwa rasa dan menyertai Ultras bukanlah sesuatu yang merugikan.

Jom pergi Ipoh! 14 Oktober 2011.

*terima kasih banyak guwa ucapkan kepada sdr Muhammad Firdaus Abd Rahim yang tak henti2 paksa, ehh! Pujuk guwa untuk sertai ultraSel. (jangan marah ekk...hik3) Tak lupa kepada sdr Eday Villa (tak tahu nama betul.. haha!), yang sudi untuk membantu guwa untuk ke Shah Alam, serta kepada krew2 RED GIANTS SELAYANG especially sdr Ame Lee yang sudi menumpangkan guwa untuk ke Shah Alam tempoh hari. DAUN SELASIH DAUN KAYU, TERIMA KASIH THANK YOU.


Pukul 4 Pagi

|




(ps: ini adalah entri yang sangat bosan. entri ini ditaip untuk mendatangkan rasa mengantuk yang masih degil untuk hadir dalam diri ini.)


***********************************************


AIM ZULHASHIM
Selayang Indah,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

PER: LABONAN PUKUL 4 PAGI OLEH AIM ZULHASHIM

Hai, nama guwa Aim Zulhashim, atau nama samaran guwa Chrono Hunterz. Awek guwa pulak panggil guwa Locus. Ada orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa hensem macam Anuar Zain dan bila guwa menyanyi suara guwa sebijik macam Anuar Zain. Tapi guwa tak suka orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa bukan Anuar Zain. Dan guwa maseh muda. Selamat berkenalan.

2. Pukul 4 pagi, guwa masih segar kat depan PC ni sambil mengorek hidung yang penuh dengan khazanah semulajadi yang sangat bernilai. Terus terfikir untuk melabon sesuatu cerita dalam blog ni. Dengan pantas guwa capai tangan dan jejari ligat guwa kat papan kekunci PC guwa dan mula melabon.

3. Sebelum ni guwa punyai impian untuk memiliki Sony Ericsson Xperia X10, tapi sebab guwa kurang keyakinan nak kumpul duit banyak2, terus guwa kebas Nokia 5800 XpressMusic dari rakan kerja kat tempat kerja baru guwa. Sangat berpuas hati walaupun kadang2 terpaksa menahan geram sebab enfon tu selalu lagg. Ciss!

err... berbaloi ke guwa amek fon ni? macam tak je..

4. Bercerita tentang kerja pulak, guwa dah berenti dari kerja kat kopitiam Oldtown tu. Sekarang guwa meneruskan kerjaya di sebuah kedai game kat pasaraya NSK. Yehh, langkah yang guwa ambil untuk berhenti kerja memang tepat. Gaji pon kurang lebih je jika dibandingkan dengan tempat kerja lama guwa. Tugasan yang diberi cukup mudah! Duduk dalam kedai tunggu customer untuk jual DVD game PC atau XBOX atau PS2 atau NINTENDO WII dan beberapa servis lain. Kalau takde customer, guwa boleh online facebook ataupun main game PC atau PS2. Tambahan pulak customer sangatlah tak ramai. Bahagia kan. Hahaha!

5. UltraSel (Ultras Selangor); err... guwa sebelum ni pernah la pasang impian nak join diorang. Tapi tak berkesempatan. Sebabnya (bukan alasan!) takde duit, jauh, dan masih belajar. Kebetulan pulak gaji guwa baru je keluar hari tu. Jadi guwa plan nak buat 1st debut dengan UltraSel pada 10hb Oktober kat Shah Alam dan 2nd debut pada 14hb Oktober kat Ipoh. Kali ni guwa memang nak pergi, bukan angan kosong lagi. Namun semua perkara tertakluk kepada keadaan. Jika ditakdirkan guwa tak dapat pergi kali ni, mungkin bukan rezeki guwa untuk bersama diorang.


6. Bercerita tentang gaji guwa, nampaknya pengorbanan guwa bekerja waktu hari raya Aidilfitri sangat berbaloi. Sebab tu boleh beli telefon baru. Haha! Khas untuk Abdul Rasyid Salleh, hutang kau guwa bayar dalam bulan ni. Orait. Selebihnya guwa nak simpan untuk belanja guwa waktu LI tahun depan. Semoga guwa tak gatal tangan gunakan duit simpanan tu. Amin..

7. Mata guwa dah mula mengantuk, khazanah semulajadi dalam hidung guwa pon dah habis di gali, esok pagi dah kena kerja mula pukul 11.30 pagi, lepas tu petangnya pulak nak pergi Kuala Lumpur kejap sebab nak ambil jersi Barcelona yang guwa dah tempah untuk letak nombor dan nama kat belakang jersi tu. Kebetulan pulak ketika ini guwa sedang melancarkan program 'FAKK!!' secara besar-besaran terhadap line maxis braoadband yang sangat lembab macam cilaka.

8. Apa-apapun, selamat pagi dunia. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Sekian, Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK GAME, FACEBOOK DAN NEGARA


Sejujurnya,
Aim Zulhashim

Bagaimana Aku Kenal Pasukan Bolasepak Selangor

|
the only Selangor jersey i have. number 10; dedicated to Safee Sali

Malam ni, guwa masih boleh tersenyum kerana harapan pasukan Selangor untuk mara ke suku akhir akan tercapai setelah berjaya membenam pasukan PDRM 4-1. Tak sia-sia hari ni guwa pergi kerja pakai jersi Selangor. Nampaknya kini sentuhan P. Maniam lebih berbisa dari K.Devan. Hehehe! Guwa ni suka mengimbas kembali kenangan lalu; tiba-tiba teringatkan zaman guwa baru kenal apa itu pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.

Waktu tu guwa baru darjah 2, guwa masih lagi seorang budak yang pemalu, comel, kiut, miut, dan punyai rambut keriting macam Mika. Ceritanya bermula dengan seorang budak yang tua setahun dari guwa, dia duduk kat sebelah guwa waktu sekolah agama, namanya Mahali Bin Jasuli. Guwa tak tau la nak describe dia ni macam mana waktu tu. Tapi, dia lah yang memperkenalkan kepada guwa tentang dunia bola sepak dan pasukan Selangor.

Guwa boleh bayangkan betapa fanatiknya dia dulu dengan Selangor dan Liverpool. Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.

Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu. Dari situ la guwa boleh berkawan rapat dengan dia, tiap petang main bola sama2, lepak rumah dia, kenal keluarga dia, mak dia, ayah dia, kawan2 dia.


Dari situ juga lah aku mula meminati pasukan Selangor. Everything tentang Selangor guwa gali, guwa ambil tahu. Almost every year, semua nama pemain Selangor guwa tahu. Dari zaman jurulatih Mike Pejic sampai ke K Rajagobal, Abdul Rahman Ibrahim, Ken Worden, Dollah Salleh dan sampailah ke zaman K.Devan. Semua guwa hafal walaupun ada kebanyakan guwa dah lupa. Tapi, bila dia dah tak bersekolah lagi kat Selayang sebab masuk MSSD mana entah, dah takde lagi member yang guwa boleh cerita sembang2 pasal Selangor.

Sampai sekarang, guwa masih setia bersama pasukan Selangor walaupun berkali2 sedih bila Selangor kalah dan tewas, lagi teruk bila terpaksa turun pangkat ke Liga Perdana atau Divisyen Dua. Tapi guwa tetap bersama Selangor. Pelbagai kenangan manis yang guwa dah pernah rasa waktu bersama Selangor. Dapat setandan pisang dari Bambang Pamungkas, dapat bergambar sama2 dengan Safee Sali, Elie Aiboy dengan P. Gunalan, dan dapat meraikan kejayaan melihat Amri Yahyah menjulang Piala FA kat depan mata. Kiranya, inilah pasukan yang guwa jamin guwa akan sokong sampai guwa mati.





Idola pasukan Selangor guwa berbeza-beza. Mula2 guwa masih ingat waktu guwa mula minat Selangor, idola guwa adalah Azman Adnan. Tapi bila dia beralih arah berhijrah ke pasukan Pulau Pinang, terus dia jadi musuh ketat guwa. Kemudian guwa mula jatuh hati dengan Rusdi Suparman, penyerang prolifik pasukan Selangor dan muncul penjaring terbanyak kempen Liga Perdana 2 tahun 1999. Diikuti dengan ketangkasan Azmin Azram Abd Aziz sebagai idola guwa yang seterusnya. Masuk tahun 2005, guwa jatuh cinta dengan penyerang Import yang bernama Brian Diego Fuentes, dan disusuli dengan Amri Yahyah dan Safee Sali. Tak lupa juga seorang lagenda yang sentiasa guwa hormati iaitu Arwah Mokhtar Dahari.

By the way, guwa bukanlah jenis penyokong yang selalu datang ke stadium. Maklumlah, Selayang dengan Shah Alam sangat jauh. Takde transport, duit tak yah cakap la, sentiasa miskin! Lagipun dulu guwa ni selalu kena perintah berkurung duduk rumah, tak boleh keluar. Anak tunggal lah kata kan. Jadi, bila tak dapat tengok live, atau tengok kat TV, guwa pasti akan duduk baring depan radio, buka frekuensi 100.0fm, kemudian dengar Encik Zainal Rahman membebel. Guwa suka bila dia jerit GOOOOOOOOOOLLLLLLLLL......!!!!!!!! Lama gila woit! Haha! Paling yang guwa tunggu2 time diorang nak pasang lagu Viva Selangor. Lagu faveret guwa tu woit!

Berbalik kepada cerita pasal Mahali ni pulak, memang dah bertahun-tahun guwa tak jumpa dia since last time guwa nampak dia waktu guwa darjah 4 kalau tak silap. Kemudian alih2 guwa dapat tahu dia main untuk Malaysia. Guwa masih ingat detik2 guwa bermain bola bersama-sama dia setiap petang selepas balik sekolah dan waktu cuti Sabtu dan Ahad. Dan ada satu perkataan yang dia lafazkan sendiri depan guwa,

"satu hari nanti aku nak main dengan pasukan Selangor, aku nak jadi macam Azman Adnan!"

Serius sampai sekarang guwa harap sangat yang dia akan sarung jersi Selangor lepas dia habis main untuk Harimau Muda. Dari waktu dia kecik, aku dah nampak betapa hebatnya dia bermain bola. Sampai sekarang, dia dah main untuk Malaysia, dah pernah bersaing bersama bintang2 bolasepak dunia yang lain. Guwa pon pernah jugak simpan cita-cita macam dia; nak jadi seorang pemain bolasepak yang hebat. Tapi, inilah realiti guwa yang sebenar, guwa punya skill melabon dalam facebook dan blogger, dan hanya dapat melihat rakan karib guwa waktu kecik2 sedang berusaha untuk menjadi seorang bintang bola sepak.

this is you right now bro, fight for the ball with the Japanese.

Semoga sukses buat kau bro. Tanpa kau, mungkin guwa tak kan kenal apa tu bolasepak dan apa itu pasukan Gergasi Merah. Terima Kasih kawan. Dan semoga berjaya untuk pasukan Selangor dalam misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke 33. Semoga misi kali ini bukan angan-angan tapi sesuatu yang mampu direalisasikan. Aminn.

B3LI3V3!!