Cita-Cita Agung Seorang Kanak-Kanak Comel

|
Biasa tak waktu korang kecil2 dulu dalam umur 7 atau 8 tahun, cikgu korang atau member2 korang ke, tanya kat korang tentang cita-cita korang bila dah dewasa nanti. Haa~ Ni ada kisah yang aku nak khabarkan kat korang semasa aku umur 7 tahun dulu.

*******************************************

Tahun 1997, tak ingat berapa haribulan. Aku baru je lagi menjejakkan diri dalam dunia pembelajaran kat Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, waktu tu serius aku cakap, AKU SANGAT2 LAH COMEL tambahan pula dengan rambut aku yang AFRO TULEN, membuatkan pakcik2 dan makcik2 yang ternampak kelibat aku, tentu rasa cam nk cubit2 pipi aku.

comel tak aku? Ni waktu aku tadika.. Alahh, tak banyak beza pun. Hehe!


Teringat waktu tu, aku berada dalam kelas 1 NITROGEN, kelas yang dipenuhi budak2 yang tak lulus ujian pilih kelas semasa awal2 masuk sekolah. Ketika cikgu aku yang bernama CIK ANITA MOHD ZAIN dah tak tau nak buat apa, secara tiba-tiba dia bersuara.

"haa.. cikgu nak tanya sorang2. Apa cita-cita kamu..."

Dia pun tanya lah seorang demi seorang budak dalam kelas aku. Ada yang pegang kepala sebab nak fikir balik apa cita-cita dia, ada yang bertanya kat kawan sebelah apa cita-cita kawan tu sebelum dia jawab kat cikgu tu, dan ada jugak yang bertanya APA ITU CITA-CITA? Haa.. Waktu tu, aku dah senyum dah sebab aku memang ada satu cita-cita yang aku memang idam2kan. Bagi aku, cita-cita aku ni adalah yang paling agung dari cita-cita kawan aku.

Terdengarlah jawapan, ada yang nak jadi DOKTOR, ada yang nak jadi POLIS, nak jadi BOMBA, nak jadi SAINTIS, nak jadi PEGUAM (fuyooo... budak2 pon tau ape tu PEGUAM. Ada jugak lah yang mengarut kata nak jadi SPIDERMAN. Biasa lah, Budak2 kan.. Tapi cita-cita korang tu tetap biasa2 tak sehebat dan se-agung cita-cita aku. Sampailah giliran aku untuk di tanya.

"haa.. kawan2 Aim dah bagitau cita-cita diorang. Aim pula nak jadi apa besar nanti?"

Dan dengan bangganya aku berdiri, sambil mendepakan tangan ke hadapan;



SAYA NAK JADI...


*
*
*
*
*
*
*
*

DREBAR BAS CITYLINER!

...
.....
........
............
................

Sorry lah kawan-kawan. Cita-cita aku sangat 'agung'. Memang tak boleh nak buat apa dah. Waktu kecik2 dulu, aku memang OBSES dengan bas. Sebabnya, dulu keluarga aku takde kenderaan, jadi kemana saja aku pergi, mesti naik bas. Pergi jalan2 ke Kuala Lumpur ke, Cheras ke, Kampung Pandan ke, atau balik ke kampung, mesti naik bas. Lagi2 bila ada bas berhawa dingin yang bernama CITYLINER lalu lalang depan kelas aku tiap hari, bertambah2 batak la aku. Hahaha!


Bas CITYLINER. Sekadar hiasan sebab bas CITYLINER dulu corak lain.

Bila hal cita-cita aku ni sampai ke pengetahuan mak dan bapak aku, bukan kemain lagi aku kena bebel.

"Kau ni Aim, tak de cita-cita lain ke kau nak pilih? Orang lain cita-cita semua elok2, ada masa depan.. Engkau????"

Sabar je la mak.. Sekurang2 nya kalau aim bawak bas, ada juga gaji. Mak pon senang nak jalan2 pergi KL sebab tambang FREE.. Hahaha! Tapi tu cerita lama. Sekarang ni pun aku ada cita-cita sendiri; NAK JADI EDITOR VIDEO yang terulung macam ALARAZBOY. Aku memang kagum dengan editing2 video dia. Gempak, stylo, kemas, menarik. Huarrrgghh!! Macam2 lagi lahh!!

*****************************************

Apa pulak korang punya cita-cita ye?

Kisah Main Wrestling

|

Tengah aku blogwalking tadi, tiba2 aku teringat salah satu perkara atau hobi yang aku selalu buat waktu aku kecik2 dulu. Korang semua mesti tahu kan siapa itu THE ROCK, STONE COLD STEVE AUSTIN, THE UNDERTAKER, SHAWN MICHAELS, TRIPLE H, X-PAC dan MACAM2 LAGI LAH. Nak list kan semua benda kat sini pun memang tak kan habis. Itulah dia penggusti2 terulung zaman 90an sampai lah sekarang ni.

************************************************

"weh.. malam tadi setongkol menang lawan ngan the rock!"

"ehh?? yeke?? kuat betul dia...!!"

"memang lah kuat, dia tumbuk tendang pastu bagi stunner!"

Ingat lagi waktu pertama kali aku tengok wrestling kat TV, pukul 11 malam hari isnin kat TV3 kalau tak silap. Semuanya kerana budak2 time aku sekolah agama dulu sibuk bersembang pasal gusti. Aku yang tak tau ape2 waktu tu, pasang telinga je lah. Bila dengar punya dengar punya dengar, macam menarik pulak. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya waktu yang di nanti2 telah tiba. 

Ketika itu rancangan gusti WWF RAW IS WAR tengah keudara. Aku yang pertama kali tengok benda tu, agak kagum jugak lah bila tengok dua lelaki yang tak tahu malu dengan hanya berseluar dalam, bergaduh bertumbuk sesama sendiri. Fuhh, serius aku cakap, ni lah pertama kali dalam hidup aku melihat aksi2 ganas di depan mata walaupun hanya dalam TV. 

Akhirnya tak lama lepas tu, aku ketagih nak tengok. Maka, setiap hari isnin pukul 11 malam, aku akan tercegat depan TV menunggu rancangan gusti yang paling di gemari ramai. Mak aku pulak dah naik bising, 

"AIM!! TIDUR LAHH!! ESOK KAU NAK PERGI SEKOLAH!!" 

Waktu tu, jerit la macam mana pun, selagi rancangan tu tak habis, selagi tu lah aku akan terus mengeras depan TV menunggu rancangan gusti tu habis, baru lah aku boleh tidur dengan aman.

RAW IS WAR - antara rancangan gusti terbaik dalam dunia pada zaman 90an.

*******************************************

Tak lama lepas tu dalam beberapa bulan, demam gusti WWF dah melanda sekolah agama aku. Waktu pagi datang sekolah macam biasa. Bila dah sampai waktu rehat, ustazah pun keluar pergi mencari rakan sekerjanya untuk mengadakan sesi mengumpat. Ketika itu bermulalah aksi2 gusti dan ganas di dalam kelas. Serius aku cakap, bila adanya aktiviti baru ni, terus hilang event lawan pemadam, lawan tutup botol dan main bola/ragbi. Masing2 sibuk bertumbuk, bertendang, menghantuk kepala ke dinding dan segala macam benda lah yang berkaitan dengan gusti.

Tumbuk2 tendang2 ni semua bukannya betul2. Konon tumbuk kuat2, tapi tak kena pun. Kita yang merasa tumbukan 'padu' ni menjeritlah kesakitan macam dalam TV tu.. Hahaha! Kalau kena tumbuk betul2, mau tak menangis budak2 dalam kelas tu. Antara makhluk2 yang terlibat dalam permainan gusti tu adalah AKU sendiri, dan member2 aku yang terdiri dari SAZLY, RAZAK, RAMZY, dan juga MAHALI. Sekarang Mahali ni dah jadi pemain pertahanan pasukan bola sepak Harimau Muda dan pasukan Kebangsaan.

Bro MAHALI, siyes beb aku rindu gila nak lepak ngn kau. hoho!

Sebenarnya ramai lagi member aku yang terlibat, tapi yang aku kenal cuma yang aku dah senaraikan tu je. Ok lah. Berbalik kepada story aku ni, ketagihan aku nak bergusti bukan sahaja di sekolah, malah di rumah pun aku bergusti juga. Aku ni anak tunggal, mak aku pergi kerja, ayah aku pun bekerja juga. Jadi aku sorang2 je kat rumah. Sudah tentulah BOSAN! Lalu aku mendapat 1 akal, iaitu bergusti. Tapi bukanlah bergusti sorang2, ada lawan nya. Nak tau siapa??

*
*
*
*
*
*

bantal panjang @ bantal peluk @ musuh ketat aku

Itulah lawan aku, bantal panjang yang berada kat katil mak dan abah aku. Bila diorang takde kat rumah, itulah permainan aku; bergusti dengan bantal. Waktu tu tak payah cakap lah, bantal tu memang aku lanyak habis-habisan. Dengan saiz katil yang cukup besar, muat lah perlawanan hebat antara aku dan bantal tu. Siap boleh panjat atas almari kemudian lompat terjun ke atas katil. Konon2nya buat skill terbang yang sering dilakukan oleh orang2 gusti tu la. 

Akhirnya tak lama lepas tu, bantal tu pun jahanam sebab kekabu dia terkeluar. Dan hasilnya telinga aku di tarik dengan bangganya oleh mak aku dan sering dilibas dengan penyangkut baju kerana katil yang kemas tersusun telahpun berterabur bantal dan selimutnya disana sini akibat pertembungan dua penggusti yang dahsyat tu. Tapi aku bersyukur katil tu masih utuh lagi. Mana tak nya, aku asyik jatuh terhempas je kat katil tu, nasib tak roboh. Dah la katil kayu. Hahaha!

************************************

Selepas kejadian aku di 'PIAP' oleh mak aku kerana bermain gusti tanpa izin, aku terus tak main dah. Sampailah baru2 ni, aku teringat peristiwa klasik aku bergusti dengan bantal. Rasa macam nak buat lagi lah. Tapi, aku ni dah besar, kena lah jadi seorang yang matang. Kemudian ada member aku ni tunjukkan video 2 orang budak tengah bergusti. Bila aku tengok, terus mengembalikan kenangan aku bergusti dengan member2 sekolah agama dulu. Aku yang tiba2 terlalu rindu dengan kejadian tu, terus ambil telefon bimbit, bagi kat member aku.

"along! kau bila aku suruh kau rakam, kau rakam tau.."

"okeh2.. tapi kau nak buat ape ni??"

Jeng.. Jeng Jengg.....!!

sila klik butang play ye... hehe!











Akhirnya aku tak dapat mengawal emosi, lalu bergusti dengan bantal panjang aku. Hahaha! Sumpah aku rindu zaman budak2 aku. Biasalah, member2 aku kat kolej ni semua dah kenal perangai aku macam mana. Harap badan je panjang, tapi perangai cam budak2. Tapi aku peduli hape. Aku tetap aku. Lantak lah apa orang nak kata, janji enjoy. Korang pun kalau rasa2 nak buat benda2 ni, aku persilakan sangat2. Hehehe!

Itulah kisah main gusti aku dari yang tak pernah hilang dari ingatan dari dulu sampailah sekarang. Memang indah kenangan tu semua; kenangan indah yang tak akan aku lupakan sampai bila2.

I Miss Both Of You

|
Pukul 7.00 pagi tadi, aku bangun tidur 'macam biasa'. Macam biasa tu maksud dia bila alarm clock aku dah berbunyi bagai nak pecah anak telinga, baru lah aku reti nak bangun. Kalau tak, jangan harap la. Sampai tengah hari pun belum tentu lagi aku bangun.

Kemudian, aku pun perhati lah kat dalam handphone aku, ada 1 SMS yang belum di baca. Bila dah buka, mesej tu datang dari mak aku. Kemudian aku tersentap gila bila mak aku kata;

"mak rasa aim dah lama tak balik rumah. dah tak nak balik lagi ke?"

Lepas je aku baca mesej tu, rasa macam seribu pedang menusuk ke dalam hati aku. Sumpah aku cakap, memang makan dalam mesej dia. Bila di fikirkan, dah lama aku tak balik rumah. Nak dekat SEBULAN rasanya. (Alahhh... Sebulan je, belum dua atau tiga bulan.) Tapi sebenarnya ni lah tempoh paling lama aku tak balik rumah. Kalau dulu, paling lama aku leh bertahan tinggal kat dalam kolej aku dalam masa dua minggu je. Kali ni, dekat sebulan kot tak balik.. Kali terakhir aku tengok muka mak aku waktu diorang hantar aku balik kolej selepas cuti raya aidilfitri.

Tak lama kemudian, entah kenapa air mata aku tiba-tiba mengalir kat pipi aku. Aku rindu mak aku. Aku rindu abah aku. Rindu diorang sangat2. Tapi entah kenapa tiba2 aku malas nak balik rumah. Mungkin aku dah biasa berdikari kat kolej ni kot.. Ermm.. Entah lah.. Anis ada cakap; "ur mum miss u la tu.. balik la dis week, k..". Ermm, mungkin betul jugak cakap dia. Mungkin mak aku rindu aku. Tapi mak aku pernah suruh aku jangan balik dalam masa 1 bulan. Bila aku tak balik, dia hantar mesej camtu lak. Haizz..

Tapi, apa2 pun, aku tetap nak balik minggu ni. Sebab aku nak jumpa mak dan abah aku. Aku balik ni pon sebab aku nak amek VCD buat rujukan untuk kerja aku. Lagipun, mungkin kali ini kali terakhir aku akan dapat melihat wajah gembira mereka berdua melihat anak kesayangan diorang yang comel, hensem lagi bergaya berada di depan pintu rumah. Atau mungkin jugak kali ini kali terakhir mereka berdua dapat melihat anak kesayangan diorang yang comel, hensem lagi bergaya berada di rumah yang kecil dan serba kekurangan tapi mampu membahagiakan kami sekeluarga.

Siapa tahu apa yang akan berlaku kan. Hanya Allah SWT yang tahu. Tiada lain. Semoga selamat pergi dan selamat sampai.


~mak yang comel, abah yang gagah~
AIM SAYANG SANGAT2 KAT MAK N ABAH!!

Obses Budak Gila Game

|
Rasanya dah nak dekat sebulan aku tak bebel ape2 kat sini. Ada lah jugak orang bertanya nak update blog aku, tapi aku macam malas nak update sebab kepala otak aku dah tertumpu kat benda lain yang membuatkan aku takde idea dan malas nak update. Kepada peminat2 blog aku (KALAU ADE LAAAA.....), minta maaf kerana buat korang semua tertunggu2. Hehehehe!

Aku tak tau nak cerita apa kat sini. Mungkin apa yang aku nak cerita ni adalah sesuatu yang MEMBOSANKAN untuk korang. Tapi bagi aku, benda ni dah bermain dalam kepala otak aku sejak 2-3 bulan lepas. Nak tau ape dia???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

PRO EVOLUTION SOCCER 2011! hahaha!

Bagi orang yang gila game macam aku terutamanya game bola, ni lah game yang aku dah tunggu2. Aku dah tengok dah gameplay dia kat youtube, sumpah best!! Aku dah visit website dia, macam2 benda baru yang dah ada dalam game ni. Website dia pon boleh tahan jugak, tapi agak crowded sikit la, buat mata aku sakit nak tengok. Sian mata aku tak dapat nak berehat langsung.. Haizz!

Selepas aku tak berpeluang nak beli game GTA LIBERTY CITY STORIES, kali ni aku target nak beli game ni pulak. Harap2 takde lagi lah perkataan "Sorry der, dah habis la...." bila aku datang nak beli game tu. Kali ni aku memang berharap sangat2 dapat beli game ni. Doa2kan lah aku supaya dapat game ni yer.

**********************************************

"Ingat aim, kau tu ada banyak assignment, jangan ingat nak main game aje!"

Yelahhh... Aim tau laaa.......

Hari Pertama Aidilfitri

|
Kalau ada orang bertanyakan soalan kat aku tentang raya aidilfitri tahun ni best atau tak, bagi aku, RAYA TAHUN NI ADALAH RAYA YANG PALING MEMBOSANKAN! Seriously aku sangat2 lah bosan pada hari raya pertama tahun ni. Bagi aku, hari raya aidilfitri adalah sesuatu yang sangat tak bermakna semenjak arwah atuk aku meninggalkan kami sekeluarga pada tahun 2009. Semenjak dia tak de, nak balik kampong pun aku rasa malas, dan bosan.

Pagi raya aidilfitri 2010 aku bangun seperti biasa lah, mesti mak aku yang tolong kejutkan. Kalau tak jangan harap aku nak bangun. Terus aku pergi masuk bilik air, gosok gigi, mandi, dan bersiap dengan baju raya yang warnanya bukan pilihan aku. Asalnya aku nak warna hitam ataupun putih, tapi mak aku kata “dua2 warna tu tak ada. Jadi biarlah mak yang pilihkan warna ape ye…” Hasilnya baju raya aku tahun ni warnanya agak2 keemasan lah.. Cantik.. Aku suka.. Terima Kasih Mak..


Jenguk luar rumah sekejap sebelum nak pergi solat sunat aidilfitri, tengok2 basah je lantai pe semua. Rupa2nya Kuala Lumpur ni dah pun di sirami hujan rahmat di pagi syawal. Mood aku turun sedikit. Tak pe.. Tak pe.. Jap lagi of course ada ong baik punye. Kemudian terus berjalan kaki SORANG2 pergi ke masjid terdekat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Haha! Tak pe lagi, aku memang dah biasa BERSEORANGAN. Sampai2 je kat perkarangan masjid, bukan main ramai orang. Fuhh! Aku ingatkan semua orang KL ni dah berambus ke kampong. Ciss!


Dah habis solat sunat aidilfitri, terus balik rumah bedal lemang yang aku beli malam sebelum raya dengan rendang ayam yang mak aku buat juga pada malam sebelum raya. Fuhh! Serius aku cakap, rendang yang mak aku buat best gile! Sedap ouhh!! Rasa cam nak habiskan 1 kuali je, tapi ape kan daya, perut aku ni kecik aje. Tak muat nak sumbat semua ayam2 tu. Kang kempunan lak orang lain nak makan. Hehehe!

gambar hiasan aje. Mak aku buat lagi sedap dari rendang dalam gambar ni.. hehehe!
 

Sekali aku terdengar sesuatu yang agak meriah kat padang bola dekat depan rumah aku, tengok2 ada orang ramai berkumpul kat padang pakai jersi sambil main bola. Ehh?? Diorang ni tak beraya ke? Aku pun tinjau lah dekat2. Rupa2nya orang2 BURMA dengan NEPAL buat pertandingan bola sepak. Diorang ni semua kerja dekat pasar borong Selayang dengan pasar borong Kuala Lumpur. Jadi bila dah hari raya macam ni, dah tentu diorang cuti. Jadi diorang ni pun amek la kesempatan beriadah di hari raya sambil bermain bola sepak.   

Dalam pukul 1 petang, tiba2 rumah aku digegarkan dengan kedatangan keluarga sedara aku. Akhirnya meriah jugak rumah aku buat pertama kali untuk raya aidilfitri tahun ni. Kebetulan cousin aku yang sorang ni bawak laptop dengan broadband dia, jadi dapatlah aku online sekejap sampai aku TERLUPA NAK PERGI SOLAT JUMAAT. Diuuuu!! Kemudian bosan aku datang kembali menghantui diri. Aku yang hampir nak jadi cam kayu dengan keadaan luar rumah yang sedang hujan renyai, terfikirlah nak keluar rumah, tapi tak tau nak pergi mana. Nak beraya rumah member? Memang tak dapat lah sebab semua ada kat kampong masing2.

Jadi, aku hanya mampu pergi dok tepi padang tengok orang2 Burma dengan Nepal maen bola. Haizz! Bila aku tengok diorang main bola kat tepi padang tu, aku rasa macam aku ni pelancong yang berada di negara Burma lak. Mana tak nye, kiri kanan depan belakang semua orang2 asing, aku sorang je kot yang melayu kat situ. Tapi nak buat macam mana. Dah ternyata aku dah jadi tunggul kayu kat rumah tu. Tapi seronok jugak tengok orang2 asing ni main bola. Kelakar gila, dah la kaki pendek. Kalau dah kaki bangku tu tak payah lah main bola. Jadilah macam aku, duduk tepi padang, tengok orang main bola dan gelak.

 "marilah lawan bola sama saya punya team. Ada takut ka?? Puii!!"


Dalam pukul 8.30 malam, semua makcik2 dan cousin2 aku pulang ke rumah masing2. Masa tu tak payah cerita la, rumah aku memang dah macam tongkang pecah dah. Aku mana boleh tengok rumah bersepah. Terus aku gagahkan tulang temulang aku, mengemas semua benda2 yang bersepah terutamanya BILIK TIDUR AKU! Bapak bersepah dengan sampah2 dan plastik2 serta lantai yang berpasir sebab diorang ni ada yang jenis keluar rumah tak reti nak pakai kasut. Jadi setelah siap kerja mengemas, menyusun, menyapu dan segala macam aktiviti yang berkaitan dengan mengemas, bilik aku dah jadi macam syurga balik. Lega!!


Dan apa yang bermain dalam kepala otak aku sekarang adalah, APA YANG AKAN AKU LAKUKAN PADA ESOK HARI?????? Sebab, mak aku kata dia akan ikut makcik aku pergi Pahang. Abah aku pulak akan pergi rumah kawan dia dekat Johor Bahru. Aku pulak?? Kena pilih antara dua samada nak ikut mak atau abah?? Hahaha! Aku harapkan bila hari raya ni, dapat lah aku bersama 1 family pergi berjalan2. Ni tidak, raya2 macam ni boleh lak separate. Dah la nak jumpa ‘DIA’ pon tak dapat sebab MASA DIA DAH PENUH DENGAN FAMILY DIA. Tapi.. tak pe lah. Aku paham. Family First kan.. Lagipon belum tentu lagi aku kawen dengan dia. So, tak kan lah aku nak paksa dia abaikan family dia untuk aku yang sentiasa AMBITIOUS BUT RUBBISH kannnnn! Haha!


Jadi, alang2 mak dan abah aku dah nak ikut hala tuju masing2, aku pun buat lah hala tuju aku sendiri, AKU TAK FOLLOW SESIAPA DAN NAK STAY DALAM RUMAH SORANG2 DAN BUAT HAL SENDIRI. Abah aku memang takde masalah nak tinggalkan aku sorang2. Tapi mak aku pulak macam risau bila aku nak tinggal sorang. Biasalah kan, dah aku ni anak tunggal@manja dia, mestilah dia risau nak tinggalkan aku sorang2. “TAK PE LAH MAK. AIM DAH BIASA SORANG2. MAK PERGI LAH, OK. HATI2 KAT SANA” – pesanan aku untuk mak yang tersayang. Aku rasa lebih seronok tinggal sorang2, berjalan sorang2 sebab aku boleh dapat rasa sedikit KEBEBASAN untuk buat apa saja yang aku suka..


Jadi itu lah story hari raya aidilfitri aku untuk tahun 2010. Tak tahu lah apa yang akan berlaku lepas ni. Harap2 semuanya baik2 aje. 

******************************************************


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN