Aim Zulhashim 26 Tahun; Impian & Cita-Cita

|


"masihkah bersedih pada hakikat dikurniakan padamu, bukankah cita-citamu memperjudikan kasih sayang....."

1. Pukul 5.58 pagi, tanggal 20 April 2016, aku mulakan karangan yang berbaur bebelan serta isi-isi yang penuh dengan.. Hmm.. Macam mana nak cakap eh? Haaa! Dulu bila orang tanya kat aku apa cita-cita aku. Aku tak tahu nak jawab apa. Waktu sekolah rendah aku jawab nak jadi driver bas CityLiner. Sekarang bila orang ajukan soalan yang sama, aku terdiam.

2. Sebenarnya dari pukul 2 pagi tadi (kalau tak silap aku lah..) aku busy mengerjakan video-video yang masih belum siap. Yelah, nanti kang kalau aku tak siapkan video, aku takde payment. Bila takde payment, aku takde duit, bila aku takde duit, aku miskin. Bila aku miskin, aku stress. Bila aku stress, semua orang aku marah.

3. So, dengan kudrat tenaga yang masih berbaki lebih kurang secubit garam secukup rasa, sambil mengharapkan tenaga tambahan yang aku peroleh hasil dari air milo panas bercampur nestum yang aku bikin dengan penuh rasa kasih sayang, diharap bolehlah membantu aku untuk berjaga sampailah video ni siap. Entah bila nak siap, aku tak tahu lah. Ahhh! Tak kisah! Janji dapat payment.

4. Ohh, by the way, hari ni aku baru daftarkan syarikat aku. Yes, CH MediaGraphy. Alhamdulillah, akhirnya aku punya syarikat sendiri setelah selama beberapa bulan ni, perniagaan aku dijalankan secara 'haram' tak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hehehehehehe!

5. Alang-alang dekat pejabat SSM tu, ada pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. So, aku renew la IC lama aku yang chip nya dah tak boleh dibaca, dengan terkopak sana terkopak sini, dengan gambar IC serupa penyangak Sarip Dol kampung dusun. Fuhhh! Siap jugak. Finally IC aku senonoh sikit berbanding yang sebelumnya. Hahahaha! Aku renew IC aku sebab siang nanti aku nak buka akaun bank syarikat. Senang nak berususan. Nampak profesional sikit. Fuhhh!

6. Tiba-tiba, aku macam ketandusan idea. Tak tahu nak mengolah video ni macam mana. Aku mati akal, muka dah jadi petak, otak dah blank. Badan dah letih sebab lama sangat ride motor tadi. Aku lepaskan genggaman tangan kanan aku dari tetikus. Ikut hati nak main game. Ikut badan rasa macam nak tidur je. Sumpah, aku letih gila ni.

7. Ok, aku decide untuk tidur. Aku bentangkan selimut TOTO Narita di lantai studio yang berpasir. Celaka betul. Tiap hari sapu lantai pun masih berpasir lagi.

8. Aku labuhkan badan kepeng yang perutnya menjadi idaman wanita seluruh dunia (yes! buncit!) ke atas TOTO Narita yang aku bentang tadi. Aku pejamkan mata. Tapi, sebagai manusia yang dah biasa berjaga malam dan tidurnya pada siang hari, masakan aku boleh tidur. Sebab aku letih nak mampus. Kadang-kadang aku nak tidur pun tak boleh bila badan aku dah terlalu letih.

9. Alunan bunyi cengkerik yang membingit, berdendang kat dalam gegendang telinga aku. Aku mula berangan, aku mula terbayang. Terbayang masa depan aku. Aku terfikir dengan usaha aku dalam menjayakan syarikat aku. Boleh jadi kaya tak dengan main video? Paling tak pun, boleh jalan ke ni?

10. Aku teringat lagi pada tahun 2014. Zaman aku menganggur tak bekerja. Entah kenapa aku pemalas gila waktu tu. Tiap hari aku duduk rumah, menghadap komputer, tengok movie, main game, main Facebook, main Twitter. Itu je lah kerja aku seharian di rumah. Tak keluar tengok dunia luar pun. PC kat rumah tulah dunia aku.

11. Sampai satu masa tu, aku punyalah terdesak nak dapatkan duit. Aku keluar rumah, cari tin, cari besi, cari surat khabar, kemudian aku jual. Dapatlah lima ringgit. Cukup-cukup untuk aku isi minyak motor dan segelas teh o ais.

12. Sebenarnya, waktu tu aku dah putus asa. Putus asa dengan segala-galanya. Bermacam-macam janji orang tabur kat aku sambil berkata "ohh! Satu hari nanti kau akan di-transform-kan from nothing into something. Janjikan stesen minyak lah, janjikan untuk jadi artis lah. Tapi janji hanya tinggal janji, tinggal sejarah. Semuanya palsu belaka. Pandai tabur janji tapi tak tunaikan. Tinggalkan aku jadi bangang, bingai, terkontang-kanting macam tu je. Tak rasa bersalah ke woi?

13. Aku tinggalkan segala apa yang aku ada untuk kejar cita-cita yang aku tak tahu bahawa semuanya palsu belaka. Andai aku ahli nujum dan aku tahu kesudahannya jadi begini, aku persetankan saja mereka semua. Mungkin akan aku acukan saja jari tengah kepada mereka agar mereka faham betapa jahanamnya mereka semua.

14. Aku putus harapan, putus asa, malas nak berharap apa-apa. Kira macam berserah je. Kalau ada benda tu, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Aku lebih bahagia duduk rumah, jadi manusia tak berguna dengan menghabiskan masa depan PC buat benda-benda lagho.

15. Cuma, sampai bila aku harus jadi macam ni? Terus diam tak berbuat apa-apa, takkan bawa aku ke mana-mana.

16. Kini, umur sudah meningkat. Makin tua. Aku perlu lakukan sesuatu. Kini aku benar-benar berharap segala usaha yang aku dah rancang membuahkan hasil. Yes, jayakan CH MediaGraphy sebagai sebuah production video yang berdaya saing dengan production yang lain. Videografi adalah satu bidang yang aku sukai, aku minati dan aku cintai. Yes, aku sedang bercinta dengan kerjaya aku. Jadi, tolong jangan ganggu percintaan kami!

17. Aku gembira bila aku dapat pegang kamera, merakam setiap detik indah yang berlaku, kemudian aku abadikan semua kenangan itu di dalam cakera padat digital untuk tatapan mereka semua kelak.

18. Jadi, sekarang ni bila orang tanya apa cita-cita aku, itulah jawapan aku. "Aku nak gembirakan orang lain". Itulah cita-cita aku sekarang, bahagiakan orang lain agar aku bisa temui bahagia yang aku cari selama ini. Aku tak perlu pun sebenarnya menghancurkan kejayaan orang lain untuk puaskan dan gembirakan diri sendiri. Cukup dengan aku gembirakan orang lain, itu sudah cukup menggembirakan dan membahagiakan aku.

19. Lupakan saja semua benda yang dah berlalu, biarkan segala kenangan pahit pergi dan jangan pernah cuba kembalikan semua kepahitan. Jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Aku mahu berubah, demi diri aku, demi keluarga aku, demi masa depan aku.

20. Semoga impian dan cita-cita aku menjadi kenyataan. Doakan aku.

"janganlah memburu angin yang berlalu, kelak kau terima jawapan yang kecundang, pulang saja di mana permulaan langkahmu, biar saja angin itu terus berlalu...." -Wings, Biarkan Berlalu.

Kisah Dua Belas Tengah Malam

|
header baru. hewhewhew

Pukul 12:00 tengah malam, dengan suhu bilik 16 darjah celcius (terima kasih kepada penyaman udara York), aku kesejukan.

Aku naikkan suhu penyaman udara. Aku bukan nak suasana bilik yang sejuk membeku. Ingat aku ni daging beku pasar borong Selayang ke? Cukup lah aku dapat nikmati suasana bilik yang.. Hmmm.. Macam mana nak cakap eh. Suam? Boleh la kut.

"setelah kian lama.............. kau memendam dendam....."

Bait-bait dari lagu berjudul Teman nyanyian kumpulan XPDC berdendang dari corong-corong speaker yang ada di hadapan mata aku. Sudah 4 5 6 kali jugak aku ulang-ulang lagu ni. Hmmm. Bosan!

Aku belek-belek telefon bimbit. Tak ada apa-apa mesej dari aplikasi Whatsapp yang ditujukan khas kepada aku. Padahal dari tadi asyik memekak dengan notification. Whatsapp group yang banyak merapu dari cerita benda yang berfaedah. Bersembang pasal kulup lah, kerandut lah, tuit berbayar lah, makanan lah, fonsek lah, karaoke lah.

Ingat nak join nyanyi satu lagu. Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa. So, lain kali je lah.

Sebenarnya, selama 6 jam aku berada kat Sijangkang ni, aku harapkan tempat ni boleh beri aku ketenangan, seperti ketenangan yang aku raih minggu-minggu sebelumnya. Aman damai. Jiwa tenteram. Hidup sihat. Tenang tanpa sebarang duka lara. Ahhh.. indahnya.

Cuma, hari ni kepala hotak aku masih dipenuhi dengan segala macam negative vibes. Aku cuba rungkai dan kupas satu persatu. Aku tanya diri sendiri. Apa sebenarnya masalah aku? Aku yang aku nak sebenarnya? Tak kisah lah dari segi apa pun. Rohaniah? Lahiriah? Cinta? Harta? Kawan? Lawan? Sayang? Benci? Rindu? Dendam?

Akhirnya, aku hanya gelengkan kepala, mengeluh lesu sambil berkata kepada diri sendiri.

"entah?"

Aku keluar ke studio belakang. Ada satu gazebo kecil. Aku duduk di situ tanpa sebarang cahaya lampu. Berseorangan. Tempat yang gelap tadi menjadi sedikit terang setelah aku menyalakan api dari lighter berjenama Cricket.

Rokok Winston Merah Siam yang aku beli di kedai Acheh petang tadi, aku sedut asapnya. Suasana kembali kelam. Namun dapat juga aku raih sedikit rasa tenang. Aman damai.

Pelik.

Entah bagaimana racun nikotin, tar, err... dan segala apa lancau lagi entah racun-racun yang ada dalam rokok tu boleh menghadirkan rasa damai dalam diri. Eh, tak fahamlah aku dengan rahsia dunia ni. Pelik pelik pelik!

Kemudian aku terfikir kembali segala masalah yang aku hadapi sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan?

Adakah aku perlu cari jalan mudah, dengan membakul sampahkan saja semua masalah yang ada? Persetankan kamu semua. Aku sudah anggap kamu tiada. Bila di tanya, aku buat-buat lupa. Tak tahu. Jahil dan bodohkan diri. Pengecut!

Ataupun perlukah aku cari jalan sukar, dengan hadapi segala masalah untuk perbaiki semula keadaan? Semuanya akan aku habisi, ku bunuh satu persatu. Aku hunus segala senjata yang ada, walaupun hanya menggunakan buku lima. Aku tumbuk, aku sepak, aku tikam, aku tembak. Nah, mampus kau di sana! Tiada hati perut!

Tapi, ada satu masalah tiba-tiba muncul. Masalah ini lebih berat dari segala masalah yang ada. Ini bukan masalah minor. Ini sangat major. Tiada jalan mudah untuk aku selesaikan. Hanya jalan sukar. Aku kena hadapi masalah ini dengan kadar segera!

Rokok yang tinggal separuh, aku campakkan saja. Segera aku berlari masuk ke satu sudut gelap, tanpa sempat aku buka lampu. Aku hempas pintu kuat-kuat. Aku kerahkan sepenuh tenaga. Mataku jadi malap, gelap. Nafasku berombak kencang, dengan segala kudrat yang ada, aku gunakan sehabisnya!

Celaka! Apakah dugaan malam ini? Apa lagi ujian mahu kau berikan pada aku?

*plup!*

Aku menarik nafas lega. Akhirnya aku mampu mengukir satu senyuman manis bercampur kelat. Sambil berkata..

"waduh.. sukses sudah aku ngiseng! ni mesti angkara nasi ambeng wak ni. celaka!"

Okay, bye!





Selepas Setahun Lebih Blog Bersawang

|


Kepada:
Semua pembaca-pembaca blog aku yang mungkin tak pernah wujud pun.

Astaghfirullah hal 'adzim. Ada lagi rupanya blog aku ni. HAHAHAHAHAHAHAHA.

1. Tanggal 11 Jun 2014 adalah tarikh terakhir aku mengarang dalam blog ni. Dan dalam tempoh aku berhiatus dari dunia blogger ni, aku tak pernah terfikir langsung pasal nak update blog ke, customize blog ke, sampai aku sendiri lupa yang aku pernah ada blog. Kahkahkahkah!

2. Yelah, terlalu busy dengan hidup, dengan kerja. Aku dah ada life lah senang cerita. Gituuu. Jadi, setelah hampir dua tahun aku tak update blog, hari ni secara eksklusifnya aku nak bercerita.

3. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak merepek dan membebel apakebenda dalam blog ni. Masih lagi busy dengan kerja, dengan hidup yang tak tentu arah macam manusia tak ada pedoman hidup.

4. Well, aku masih lagi sihat, masih lagi kacak bergaya, masih tebal sifat riak takabbur ujub dalam diri. Bila nak berubah, aku pun tak tahu lah.

5. Currently, bercinta dengan kerja. Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang videography dan broadcasting, Alhamdulillah, sekarang sudah punya production kecil-kecilan milik aku sendiri. CH MediaGraphy. Kini sedang mengerjakan big project pertama kami, Video Klip dan karaoke untuk album terbaru Mustar; Juara Kilauan Emas 5 dan juga video klip untuk album 'Warisan Ottai Klang' yang akan keluar tidak lama lagi.




6. Masih single dengan jayanya. Kahwin? InshaAllah tahun 2030 nanti aku kahwin lah. Dengan Mira Filzah, inshaAllah. Kalau bukan Mira Filzah? Ermmm.. Kalau ada jodoh, adalah. Tak ada, tak adalah. KAH! BERANGAN KUAT AKU NI!

7. Pernah bekerja di Starbucks selama beberapa bulan. Sebelum tu pernah busking di hadapan SOGO, Ampang Park dan Enjoy's Corner Taman Melati. Masih memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Fuhhh!

8. Sedang gigih berusaha untuk merakamkan single pertama, lagu yang berjudul 'Andainya', berkolaborasi bersama G-mie Screen, Jas Fair, Daus Buskers, dan Warisan Records.

9. Masih enggunakan motorsikal Yamaha LC135. Motor standard, tak convert apa-apa lagi. Dalam perancangan nak modifikasi enjin untuk kelajuan yang lebih padu. Ohh, belum ada kereta lagi. Nanti lah aku beli sebijik. Target nak Hilux. Kahkahkahkah!

10. Tu je lah aku nak cerita. Sebab kerja aku banyak lagi ni. Nanti aku update lagi. Mungkin kena ada orang yang ingatkan aku. Apa-apapun, semoga hidup korang semua sentiasa dirahmati.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK FA SELANGOR, FC BARCELONA, SILVER ARROWS, TWITTER, VSCO CAM, INSTAGRAM, EDIUS, ADOBE AFTER EFFECTS, DAN YAMAHA 135LC.

Aim Zulhashim
Sijangkang Batu 8
Klang
Selangor Darul Ehsan.

Blogger Bosan Nak Mampus

|



By the way sebelum kau mula membebel please Aim, cut the BS like "ohh.. kesian blog gua dah bersarang, nangis-nangis blog ni tunggu tuan dia update.." - My Imaginery Friend

KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH!

KAH KAH KAH KAH KAH!

'Kah kah kah' tu saje je aku buat. Tiru style blog Hisham Rais dengan Ameno World. Bak kata Mu'min, "baru styleee...!!". Ok, takde benda yang kelakor pon.

Mu'min, budok Kuale Kangsor kerja kat Petronas Pak Nun Solaris Serdang. Dah berenti kerja minggu lepas.

Wow. Dah genap setahun aku tak mengarang dalam blog ni. Sebabnya aku sendiri tak tahu nak cerita apa. Plus, ada lagi ke orang berblogging ni? Kebanyakan yang aku nampak masih berblogging ni cuma makhluk-makhluk yang copy paste artikel orang lain, buat tajuk panas-panas lepas tu publish kat page Kelab Blogger dalam Facebook. Aku klik link, tak sempat nak baca satu baris ayat terus keluar pop-up "kalau nak baca tekan LIKE dulu" lah, "sila tekan button LIKE untuk terus membaca" lah, "sila klik LIKE sebagai tanda penghargaan" lah. Macam sial. Blogger dah tak seri macam dulu. Muram dan suram. Sebab tu ramai yang malas nak layan blog dah. Update blog pon takde siapa yang nak baca. Lagi-lagi post aku yang ni. Ada ke yang nak baca? Hahaha!

Some bloggers buat macam tu sebab nak cari duit. How? Camni, diorang iklankan kat Facebook sebuah perkhidmatan, errr.. macam mana aku nak cakap eh? Ok, katakan lah "PAKEJ PAGE KORANG AKAN DAPAT 100,000 LIKE DALAM MASA 3 HARI". Kemudian contohla ada satu page purchase pakej ni. Lets say nama page tu, 'KELAB BETINA GATAL' yang memang tak laku likers. So, korang-korang yang klik pop-up LIKE bila nak baca artikel dalam sesebuah blog tu sebenarnya korang telahpun menge-LIKE page 'KELAB BETINA GATAL' tersebut.

Untuk menarik likers yang banyak, blogger kena la post sesuatu yang boleh buat ramai orang tertarik untuk baca sesuatu artikel tu. Lalu, keluarlah surah-surah yang mostly.. Well, mostly cerita dalam kain ler. 'Anak Dara Comel Kena Kekah Dengan 14 Lelaki' lah, 'Guru Terlampau Berjoget Kat Pasaraya Tesco' lah, 'ZaqOne Raya Haji Mesej Cium-Cium Dalam WhatsApp' lah. Biasalah tu. Orang Malaysia memang suka cerita-cerita macam ni kan. Melayu Boleh? Malaysia the Bolehland? Whatever.

Aku takde plan pon nak shut down blog ni. Woooo Nehi Nehi! Mushtaheeeeel. Impossible. Ini nostalgia gua bhai. Kalau ada benda yang aku nak luah, kat sinilah tempat dia. Dari kisah membebel pasal benda bodoh, mengumpat kolej, mengutuk lecturer, mengkritik gomen, menghentam pembangkang, mengarang puisi, mostly aku akan luah kat sini. So, senang cerita I can never see myself delete this blog lah.

Tengoklah, kalau turun hidayah untuk aku membebel lagi, aku bebel lah. Terasa macam nak mula mengarang puisi atau lagu.

Alahhhhhhh, in the end takde sape pun yang nak baca blog aku ni kan. Betul tak?

Kbai.

Sisi Gelap Jalan Thambypillay

|


Bila belek balik blog aku ni, rupanya dah 6 bulan tak update. Dalam tempoh tu, aku ada juga berhajat nak update blog ni, tapi kesibukan kerja dan ketandusan idea untuk bercerita menyebabkan blog ni terus membisu tanpa sebarang surah. Jadi hari ni, aku ingin berkongsi sebuah cerita; cerita yang mungkin selalu bebudak Kolumpo dengar. Mungkin dah naik muak, dan bosan. Tapi... Layan je la.

Hari ni, aku ingatkan aku kerja malam. Rupa-rupanya ada jadual baru dikeluarkan dan diorang tak maklumkan kat aku. So, hari ni aku cuma datang untuk menghabiskan petrol dalam motor LC aku je la. Aku ingat nak balik je terus, tapi bosan pulak. Jadi, aku ambil keputusan untuk ronda-ronda bandar Kuala Lumpur. Pusing-pusing sekitar KLCC, Bukit Bintang, Jalan Ampang, Dataran Merdeka dan merata tempat lagi lah. Sehinggalah aku sampai ke suatu tempat yang bernama Brickfields.

Pernah aku dengar cerita yang Brickfields ni memang sarang orang nak ber-entot dengan harga yang cukup ekonomi. Belen cun-cun; Melayu Sabah Indonesia. Murah. Senang nak cari. Entah apa kena tetiba terasa macam nak tinjau. So, aku tunggang motor aku menuju ke sana sehinggalah sampai ke jalan Thambypillay. Pehh, meriah gila beb. Terasa macam baru pukul 8 malam. Tempat ni dah macam pusat bisnes antarabangsa. Kebanyakannya budak-budak melayu. Cina India tak ramai sangat.

Aku pun parking motor dan terus berjalan di sekitar kawasan tu. Tengok jam kat handphone, dah pukul 2.30 pagi. Mata aku yang dah kuyu tiba-tiba jadi segar; lalu terarah ke satu premis yang tingkapnya terbuka luas dan membias lampu berwarna merah jambu. Ok, dah tahu dah. Memang pot pelacur. Aku hanya berdiri di tepi jalan sambil melihat ramai manusia keluar masuk keluar masuk keluar masuk (saja repeat tiga kali sebab ramai sangat orang) premis tu. Kebetulan ada seorang lelaki berumur lebih kurang 30-an terpacak kat sebelah aku. Hati aku membuak-buak nak cedok sedikit maklumat tentang tempat ni. Maklumlah, baru first time jumpa benda-benda macam ni depan mata. Terasa batak la sikit.

Aku pun tanpa banyak fikir, terus buka mulut tegur brader tu. Harap-harap brader ni kasi respon baik la.

"boleh tahan ramai jugak orang malam ni ye.." kata aku.
"ehh, takdelah. tak ramai pon"
"habis selalunya time bila yang ramai?" serius aku rasa soalan ni sangat bodoh.
"alaaa. macam biasa la, jumaat malam sabtu, sabtu malam, malam minggu. start pukul 8 memang dah ramai orang kat sini.."

Aku cuma mampu oooo je. Kemudian dia terus bersuara, bercerita.

"selalunya yang datang sini budak-budak melayu je. lagipun bukan satu je tempat kat sini. belakang ni pon ada."

Aku toleh belakang, tengok ada satu lorong menuju ke tingkat 1 bangunan. Kemudian brader tu pelawa aku untuk duduk di meja makan sambil order 2 nescafe ais. Bila dia nak bayar, dia takde duit kecik. Last-last aku yang bayarkan.

"aku yang ajak kau minum, kau pulak yang bayar.." katanya sambil ketawa kecil. Aku hanya senyum. Kemudian aku buka mulut mengajukan soalan lagi.

"selalu kalau nak main, diorang cas berapa?"
"sini nak main tak mahal. paling murah dalam RM20 boleh dapat. ada yang RM30, tapi kat sini paling mahal RM40. Lain sikit kalau kat Bukit Bintang, ada yang sampai RM200. Kat sini perempuan kebanyakannya Sabah Sarawak dengan Indon. Tapi bebudak kat sini assume diorang ni Melayu je. Sebab muka dah macam melayu. Yang datang melanggan pon kebanyakannya bebudak melayu."
"mahal jugak ek main kat Bukit Bintang"
"memang mahal. kalau nak rasa apam antarabangsa, kau pergilah sana. China Arab Afrika, semua ada. Barang baik. Best. Itupun kalau kau banyak duit la. Kalau nak yang bajet rendah, kau datang je sini. Murah2 pon sedap gak"
"abang pernah try main sini ke?"
"ehh takde lah, datang sini tengok-tengok je. member-member cerita"

Yeah right! Lian Jiao la tak pernah langgan. Hahaha. Kemudian aku ajukan soalan lagi.

"kat sini tak pernah kena serbu ke?"
"hahaha. Bukan tak pernah. Banyak kali dah. Bukan sekali. Alahhh, kau faham-faham je la polis Malaysia ni. Masalah rasuah dari dulu sampai sekarang mana pernah selesai. Sampai bapak ayam kat sini pun pernah cakap dengan aku, 'ada duit, buat la jahat, itu polis takkan kacau bisness you. tapi kalau you tak ada duit, ikutlah undang-undang.' Jadi faham sendirilah. Elektrik air kat pusat depan tu, banyak kali dah kena potong, hari ni sampai esok je. Lusa sambung ada balik."

Ya. Rasuah. Malaysia memang ada masalah dengan rasuah. Pertama kali aku dirasuah waktu aku darjah tiga. Try sogok aku dengan sebungkus nasi goreng. How cute. But, still remember the moment bapak aku kena tahan polis lepas menjaring ikan kat Rawang. Kesalahan sebab tak pakai seatbelt. Yes, bapak aku mengaku salah dia dan minta dilepaskan sebab kami bukan keluarga senang. Keluarga cukup makan je kami ni. Tapi polis kasi dia 2 pilihan either bayar dia RM50 atau terima saman yang jumlah dia 2 3 4 kali ganda. Bapak aku puas merayu mintak dilepaskan, tapi dia takde pilihan lain. Kertas kepala agong bernilai RM50 dikeluarkan dan dihulurkan kepada polis tersebut. Kes pun selesai. Peristiwa ni juga berlaku kat depan mata aku.

Dia berhenti bercakap sebentar, sedut kopi ais dan kemudian bakar sebatang rokok. Kemudian dia sambung cakap lagi.

"kalau ada serbuan, pelanggan-pelanggan regular kat sini macam dah tak kisah. Kena tangkap, bawak pergi balai untuk buat urine. Kalau sangkut urine, tidur lokap la kau. Kalau lepas urine, cuma ambik statement lepas tu boleh balik. Ambil statement je. Kadang-kadang keluar TV konon kata kami dah buat risikan selama sebulan untuk intip kegiatan ni. Nah, butuh kau. Kau datang sini, kau tengok tempat tu rupa dia macam mana pun, on the spot kau tahu ini tempat pelacuran."

Aku hanya diam sambil dengar dia bebel sambil berfikir sendiri. Kerana duit, segala perkara boleh tutup mulut. Konon takda apa-apa yang berlaku di sini. Kerana duit juga, maruah diri seorang perempuan digadaikan untuk seorang lelaki yang ingin melepaskan nafsu serakah yang terkurung meminta dilepaskan. Brader tu terus rancak bercerita lagi.

"kalau kau tak pernah langgan lepas tu kau nak try, aku sarankan jangan la. Sekali kau buat, aku gerenti konfem kau ketagih. Lagipun tengok muka kau pun, aku tahu kau teruna lagi, fresh tak pernah main."

Betul la tu. Hahahaha. Aku hanya mengangguk-angguk sambil tersengeh-sengeh macam nangka busuk. Air nescafe ais yang aku cuma main-mainkan dengan straw, masih lagi aku tak usik sebab melayan labonan brader ni.

"kalau kau setakat nak tinjau-tinjau, tak apa. Masuk je naik atas. Tapi nasihat aku, kau kena cekal hati la. Kalau kau tak tahan kena goda, raba-raba, baik kau jangan masuk. kadang-kadang ada yang siap tarik terus kau masuk dalam bilik, haa.. tu nasib kau la. Kalau nak selamat, kau tunggu la ada 2 3 orang masuk, lepas tu kau follow. Kalau kau sorang-sorang je masuk, brace yourself bro. Lagi satu, kalau kau dah masuk tinjau sekali, kau jangan masuk lagi tempat yang sama atau kau akan terima makian dan cacian."

Makian? Cacian? Kenapa pulak? Dia sambung lagi,

"senang cerita, kau boleh masuk kat 2 kedai depan ni dengan yang kat belakang tempat kita minum je. Ada satu tempat lagi kat depan tu kau jangan masuk. Situ leceh sikit, kau masuk je konfem kena raba-raba terus tarik masuk bilik." sambil jarinya menunjuk ke satu arah. Kat situ aku baru perasan ada stesen monorail KL Sentral. Dekat betul!

sempat lagi aku ambik gambar. tingkat 2 yang ada lampu merah jambu tu pon sarang diorang jugak. kat bawah tu ada orang jual minyak lintah. tapi serius shit, time aku snap gambar ni, aku lupa pulak tutup flash kamera. orang-orang kat blah sana semua pandang aku. damn! aku gabra, diam, dan terus duduk sambil minum Nescafe Ais sambil buat-buat tak tahu. Fak!


Kemudian kami terus diam lebih kurang 10 minit sebelum aku buka mulut bercerita tentang benda lain. Cerita pasal kerja, duit, pilihanraya umum, isu semasa, bolasepak, dan macam-macam lagi. Sampailah pukul 4 pagi. Dia meminta diri untuk pulang sebab katanya esok dia nak gerak Tanjung Malim. Lepas je dia blah, timbul rasa ingin tahu. Apa yang ada dalam premis tu? Terasa macam nak masuk, tapi tak berani. Ahhh, kalau tak masuk, mana nak tahu kan. By the way, Curiosity kills the cat! Ahhh, peduli apa aku!

Aku pun ambil keputusan untuk masuk ke dalam premis tu. Dalam kepala otak aku, aku cuba remind balik pesan brader tu. "kalau kau setakat nak tinjau-tinjau, tak apa. Masuk je naik atas. Tapi nasihat aku, kau kena cekal hati la. Kalau kau tak tahan kena goda, raba-raba, baik kau jangan masuk. kadang-kadang ada yang siap tarik terus kau masuk dalam bilik"

Setibanya di depan premis, aku disambut oleh seorang lelaki cina. Bapak ayam mungkin. Dia escort aku masuk ke dalam. Bau dia, perrrgghhhh! Hanyir, masam, macam-macam beb! Dibantu dengan pencahayaan berwarna merah jambu, kadang-kadang aku tak faham. Kenapa kena lampu merah jambu? Warna cinta mungkin, boleh menaikkan lagi mood serta suasana agar menjadi lebih romantis, mungkin? Di hadapan ada la dalam 2 3 orang pelacur muka macam orang Sabah, melambai2 menunggu di hadapan pintu bilik memanggil memujuk aku sambil menjanjikan servis yang terbaik.

"abang sayang.. mari la sini.. abang nak yang macam mana? hisap? masuk tak pakai kondom? semua boleh.. RM40 je bang..."

Serius beb, kalau kau tak cekal hati, sekejap je kau boleh tergoda dengan diorang. Muka semua cun-cun baii. Ada yang muka rabak, offer la dalam RM20. Aku berjalan lagi masuk ke dalam. Sambil tu aku tinjau keadaan dalam bilik. Ada tilam yang dah comot. Entah berapa banyak benih yang dah terpancut tertanam rapi kat tilam tu. Satu persatu bilik aku lalu, rayuan manja pelacur-pelacur tu semua aku buat tak endah. Ada Cina, Melayu, Sabah sampai kat hujung sekali, ada perempuan India 2 orang. Bapak ayam yang escort aku tiba-tiba cakap, "haaa.. ini amoi india. baru lagi. panas-panas. RM30 je.." kata bapak ayam tu.

"marilah abanggg.. RM30 je.. Saya mahu la puaskan abangg.. Sini mari laaa..." rayu 2 perempuan India tu. Hahahaha! Geli! Tak nak aku.

Aku pun ambil keputusan untuk keluar balik dari premis tu sebab dah sampai hujung jalan. Haaa, part ni yang paling aku rimas. Nak kata best pon, ermmm... Entah! Bila teknik memujuk tak berkesan, teknik meraba pula yang muncul. Sepanjang jalan aku nak keluar, tangan aku direntap, diraba-raba, disapu-sapu, ditarik-tarik sambil memujuk dengan nada manja agar aku melanggannya.

"takpe, takpe, saya datang tengok-tengok je. kalau mahu, nanti saya datang balik" kata aku kat ayam-ayam ni semua. Memang tak lah aku nak langgan diorang. Aku dalam kepala otak fikir nak keluar dari tempat ni je. Tapi kalau kau ingat kau boleh keluar senang-senang macam tu je? Kau silap!

Di sini tahap kesabaran aku betul-betul diuji. Macam aku cakap tadi, kalau kau tak cekalkan hati, jangan pernah kau jejakkan kaki ke dalam premis ni kalau kau taknak melanggan atau kau akan tertewas dengan godaan rabaan serta pujukan manja pelacur-pelacur ni semua. Bukan setakat ayam-ayam ni je yang memujuk, bapak ayam ni lagi manis mulut dia sambil menaburkan janji-janji manis dengan jaminan kau akan puas dengan layanan dia. Siap boleh tolak-tolak aku masuk dalam bilik tu.

Bila dah timbul situasi macam tu, aku jadi rimas. Aku tak cakap banyak terus melangkah laju keluar dari premis tu. Kebetulan ada paip air kat kedai makan kat depan. Dalam beg ada hand sanitiser, aku cuci tangan aku bersih-bersih terus aku sapukan sanitiser dari tangan sampai ke siku. Terus aku start motor dan beredar dari situ.

Bagi aku, ini bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Sumpah menyeramkan. Aku terfikir how come ada orang yang sanggup datang dan melanggan serta ber-entot kat atas tilam yang penuh dengan tompok-tompok berkarat tu. Maaf pada yang tak selesa tapi serius aku nak cakap, aku lebih rela melepaskan nafsu aku dengan masturbate sorang-sorang depan pc sambil tengok porno daripada aku langgan dan ber-entot dengan ayam-ayam ni semua.

Sebelum brader yang nak gerak pergi Tanjung Malim tu pulang, dia ada cakap kat aku satu benda,

"kadang-kadang bagus juga ada tempat pelacuran ni. bukan apa, daripada kau rogol anak kau, rogol perempuan mana-mana tepi jalan, baik kau datang sini kau langgan je pelacur ni. Bukan mahal sangat pon, siap dah ada servis baik lagi. Setakat spend 20 30 40 ringgit, apa la sangat dari kau rogol anak sendiri..ye dak?"

Tidaklah aku bersetuju dengan kata-kata brader tu. Kalau dah tak tahan nak melepaskan nafsu, ada lagi cara terbaik yang lebih selamat serta halalan toyyiban berbanding kau melanggan pelacur yang berkemungkinan besar boleh membawa risiko penyakit kelamin. Ye dak?

Tentang peranan pihak berkuasa dalam membanteras tempat-tempat macam ni, aku sebenarnya dah malas nak komen. Semenjak duit seakan menjadi tuhan kepada sekalian manusia, semua pihak boleh menutup mulut. Pihak berkuasa seperti buta dah tak nampak benda-benda ni semua. Jabatan agama? Tak kan hari-hari diorang nak serbu, ye dak?

In the end, kalau ada serbuan pon, hari ni serbu, esok tutup, lusa bukak balik. Buat apa penat-penat serbu, buat penat, perabeh boreh, sia sia je. Ye dak?

"baik poie mampuih dari susah'an semuo orang.. " - W.A.R.I.S, Rembau Most Wanted


SPAGHETTI ORANG BUJANG Paling Simple Tapi SEDAP

|


Hah! Sape kata jantan laki tak reti masak? Meh aku jentik sikit palehotak kau.

Serius, hari ahad. Hujan, memang tak syiok. Nak keluar pon tak boleh. Nak main game, dah mula rasa boring. Nak makan, takda siapa nak masak. Megi? Dah naik muak. Tapi makan jugak la sebungkus, tetap tak kenyang. So, aku pon rancang nak masak something:

SPAGHETTI ORANG BUJANG paling simple tapi SEDAP.

amacam nama resipi aku, ada beran nak challenge?? wahahaha!

AMARAN: aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang terliur.

******************************************************

bahan-bahan yang aku baru beli tadi

PENYEDIAAN PASTA
Bahan-bahan:
-pasta
-air
-garam
-minyak masak

1. Isikan air dalam periuk, ikut suka kau berapa banyak asalkan jangan penuh dan melimpah
2. Letakkan sedikit garam. Ini adalah optional. Tujuan untuk menambahkan sikit rasa kat pasta tu. Rasa apa tu.. Errr.. Entah. Kan aku dah kata optional. Ikut suka korang.
3. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam air, tujuan dia bila dah siap rebus pasta, takde lah nanti pasta tu melekat antara 1 sama lain.
4. Panaskan air, dan letak lah pasta dalam periuk. Tunggu sampai pasta ni semua lembik kena rebus dan toskan.

molek sangat kalau dapat susun camni. By the way, aku malas nak guna dapur gas, so aku guna periuk masak nasi. Tak salah kan.

 saat pasta dah lembik. hewhewhew.

okeh ! cunnn! sekarang tinggal nak settlekan sos dia pulak !

PENYEDIAAN SOS SPAGHETTI
Bahan-bahan:
-Bawang Besar Sebijik
-Bawang Putih 3-4 ulas
-Daging Berger Ramli 2-3 keping (tak semestinya ramli, boleh try yang lain)
-Cili Kering yang dah dikisar (optional kalau korang suka pedas)
-Pati Tomato Dalam Tin
-Garam dan Ajinomoto

1. Potong bawang besar ngn bawang putih ikut suka hati korang
2. Dua keping daging berger ramli tadi korang hancurkan so that dia akan jadi macam daging kisar.
3. Panaskan minyak
4. Tumis bawang besar dan bawang merah sampai naik bau
5. Masukkan daging berger yang dah dihancurkan tadi
6. Pastu masukkan pulak cili kering yang dah dikisar. Pastu goreng goreng goreng
7. Masukkan pati tomato dan tambahkan sedikit air.
8. Letakkan garam dan ajinomoto, tunggu sampai mendidih.
9. Jangan lupa rasa sos spaghetti korang tu, mana la tau kot-kot kurang garam, boleh repair lagi.
10. Kalau rasa dah ok, boleh la hidangkan.


 



amacam? terliur tak? tak kan. biasa je kan..

So, inilah hasilnya. Selamat menjamu mata. Hahaha !

Letak sedikit lada hitam dengan cheese, memang 'ummphhh!!!'.

Haa... Kak Jah, Kak Limah, dan sesiapa saja lah, boleh la cuba-cuba resipi simple ni kat rumah. Terbukti, memang sedap. Bapak aku pon siap tambah lagi sebab sedap sangat. Wahahahahaha!

*lepas ni nak try buat Durian Crepe la pulak.

Bersusah Dulu Bersusah Kemudian

|
rumah kos rendah serap haba macam ni pun sewa dia RM400. cekik darah betul.

Duduk dalam rumah yang serba kecil dalam keadaan yang panas membahang ala microwave ni sangat menyeksakan. Bersesuaian dengan sewa rumah sebulan RM400 tak termasuk bil air dan elektrik. Rumah sewa yang dibina menggunakan batu bata murah; menyerap haba pada waktu siang dan menjadi bahang sehingga ke tengah malam hingga pepagi buta. Kalau nak mandi pukul 6 pagi, sesejuk mana pun kau, kalau dah mandi kat rumah aku, air dia sentiasa suam-suam panas. Tak payah kau nak bazir duit beli water heater apa semua.

Bila diperiksa balik kalendar kat komputer aku, aku cuma ada lagi beberapa belas hari lagi untuk berperang habis-habisan mengharungi hari-hari perit dan getir sebagai pelajar latihan industri. Kenapa perit dan getir? Kau suka ke kerja tak bergaji? Bagi aku, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit yang mencukupi, aku susah. 

Ada orang tanya, kau tak nak kerja terus ke kat syarikat L.I kau sekarang? Bukan tak mahu. Selagi ekonomi tak cukup, dengan keadaan orang tua aku yang tak stabil kesihatannya, kenderaan takde, tempat kerja jauh, aku tak boleh kerja situ. Dalam masa sekarang pun aku masih terkapai-kapai berusaha nak datang awal kerja. Mana tak nya, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi, tapi kau sampai pukul 10 pagi. Selayang Baru ke Shah Alam. 3 jam??? Tak logik kan?? TIDAK! Akan menjadi logik kalau ada syarikat perusahaan bas yang macam gampang, dan jalan yang sentiasa sesak.

"naik la komuter.. komuter takde jalan jamm.."

Komuter? Celaka. Lagi celaka dari Metrobus. Aku naik KTM dari Taman Wahyu kemudian dia akan melalui stesen Kampung Batu dan Batu Kentonmen. Seterusnya akan berhenti di stesen Sentul. Ketika inilah tahap kesabaran aku diuji. Dia akan berhenti kat stesen tu paling kejap pun 10 minit. Paling kejam 20 minit. Kemudian dia akan terhegeh-hegeh bergerak menuju ke stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral. Pernah sekali tu tren akan stuck kat KL Sentral untuk memberi laluan kereta api ekspress yang panjang nak mampos yang datang dari Singapura. Tapi itu belum tahap ekstrim bila kau terpaksa tunggu tren selama 1 jam semata-mata nak kasi laluan kereta api simen dari Batu Caves ke mana pun aku tak tau. Nasib aku belum pernah harungi tren yang terputus talian elektrik atau paling bodoh sekali, tayar keretapi pancit.

Kalau ditanya apa kenapa tak naik bas, aku dah ceritakan dalam post yang lepas. Tapi dalam keadaan sekarang, aku takda pilihan lain kecuali naik bas. Lebih tepat, TERPAKSA naik bas sebab murah dan menjimatkan. Pergi mati sama jalan jamm, aku tak peduli, asalkan aku jimat. Tambang hanya RM8 pergi balik setiap hari. Kalau komuter, tambang dari Selayang Baru ke Taman Wahyu ke Batu Tiga RM4.50 plus tambang teksi yang harga dia paling kurang pon RM6. Itu tambang untuk sehala! Kalau pergi balik? Mahu tak kopak duit kau?

Jadi untuk mengelakkan harga teksi yang mahal ala-ala kapitalis Amerika Syarikat, aku akan berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke Jalan Bowling Padang Seksyen 13 yang jarak dia lebih kurang 2 kilometer. Kau kena redah cuaca panas, jalan kaki, berpeluh-peluh. Naik je ofis badan kau dah berkepam bau masam. Awek aku dah rasa perit berjalan kaki dari stesen Batu 3 ke ofis. Ofismate aku yang nama Din pun dah rasa macam mana syoknya berjalan kaki. Kalau korang sanggup tak buat macam aku? Aku sanggup! Semuanya atas nama BERJIMAT CERMAT. Itu baru cerita pasal tambang. Makan? Minum? Aku ni bukan orang kaya tiap hari kena naik teksi. Bukan kerja dapat gaji. Tiap hari harapkan duit mak bapak aku. Woi! Aku dah 21 tahun la, bulan Ogos nanti naik 22. Sampai bila aku nak kopakkan duit poket mak bapak aku??

Apa-apapun, jangan ditanya apa aku akan buat lepas Latihan Industri nanti. Aku bukan peramal dan aku tak suka meramal. Bukan kerja aku nak predict-predict masa depan. Bukan hak aku nak mendahului Dia. Aku cukup tak suka orang tanya aku soalan macam tu. Kalau aku jadi penjual burger, itulah aku. Kalau aku jadi konduktor atau pemandu bas, itulah aku. Kalau aku jadi peniaga ikan macam bapak aku dulu, itulah aku. Kalau aku jadi macam Aaron Aziz, itulah aku. Kalau bapak aku tahu kerja aku suka-suka hati reka cerita ramal-ramal masa depan ni, mau naik tangan dia kat muka aku.

Akhir kata, aku tak salahkan syarikat aku apa pasal buat syarikat kat situ. Aku tak salahkan bas sebab diorang pon jadi mangsa keadaan jalan jamm, dan diorang pon ada hak nak bawak lembab nak mampos sebab tu cara diorang cari rezeki. Aku tak salahkan KTM kerana mesti ada sebab kenapa servis KTM teruk maha lembab nak mampos. Aku tak salahkan diri aku sendiri dan aku tak pernah salahkan takdir. Setiap yang buruk, aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah SWT. Itulah rukun iman ke-6. Siapa yang kata yang baik itu dari Allah yang buruk dari diri kita, meh aku cepuk kepala kau sekali.
 Lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
DALAM KALUT ADA PERATURAN
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
Di mana pula kau berdiri?
Di sini. 


*peribahasa kata 'bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. tapi kalau dah bersusah payah sampai rekod dalam sistem kerja aku kotor yang boleh memberi impak pada masa depan aku pon, buat apa?

First Debut With UltraSel

|
p/s: ini adalah entri yang panjang, pada yang berminat nak baca, boleh sediakan jajan dan air mineral atau berkarbonat sambil menikmati cerita separa bosan tapi sangat bermakna buat guwa. TQ.

segalanya bermula di sini.

Guwa masih teringat lagi waktu 1st debut dengan ULTRAS MALAYA waktu final Piala AFF Suzuki Cup Malaysia mentibai Indonesia penghujung tahun lepas. The atmosphere is freakin amazing! Masih lagi merindukan saat-saat kesurupan yang tak dapat diluah melalui kata-kata. Hanya dengan hadir menyertai mereka dan merasai sendiri suasana, barulah kita boleh tahu betapa nikmatnya berada di curva untuk berjuang bersama-sama komrads yang lain. Ini mendorong guwa untuk terus bersama lagi dengan diorang.

Well, serius cakap guwa ketagihan untuk merasai semua ni. Jadi everytime ada game Malaysia guwa akan try pergi. Diteruskan dengan menyertai UM pada friendly Malaysia vs HongKong di Stadium Shah Alam diikuti Malaysia vs Lubnan dan kali terakhir pada Malaysia vs Singapork di Bukit Jalil. Banyak kali juga la aku miss peluang nak join diorang, antaranya ke KB untuk fight Burma, waktu lawan Pakistan di Shah Alam (kott? atau Bukit Jalil), dan rombongan ke Jalan Besaq untuk kamikaze Singapork.

Yes, ingin guwa nyatakan sekali lagi, ini adalah ketagihan. Bersama Ultras adalah satu ketagihan. It's like coke (bukan coca cola, it's some kind of drug); kau dah sedut coke banyak kali, tiba-tiba bekalan coke kau dah habis. Untuk tunggu bekalan coke seterusnya ada masa-masa tertentu sahaja baru bekalan baru sampai dan kau kena ada ekonomi yang cukup baru kau boleh dapat coke baru. Sama macam situasi guwa. Guwa join UM, dan guwa kena tunggu game Malaysia yang seterusnya baru guwa boleh join UM. Tapi pada masa yang sama guwa kena ada duit yang cukup untuk join UM atau guwa akan miss lagi peluang sama macam guwa miss untuk join UM seperti yang lepas-lepas. So, ketagihan ini perlu guwa lepaskan. Then guwa jumpa ini.

this is UltraSel atau Ultras Selangor. bukan jenama sel kering seperti Duracell.

Well, guwa ketika tu macam lebih kepada pemerhati senyap pada group ni. Guwa akan jenguk FB ultrasel dan lihat apa-apa perkembangan baru tentang ultrasel dan take note. Dalam hati guwa memang nak join diorang. Yes, guwa nak join diorang. Tapi guwa ketika tu masih belajar di Negeri Sembilan, guwa orang miskin, tak berduit, makan dan minum harapkan duit elaun. Nak berhutang memang tak dapat la sebab hutang waktu tu memang dah keliling pinggang, dan ada yang masih belum langsai lagi sampai sekarang. Plus, nak guna duit untuk final project lagi.

Sehinggalah di suatu ketika, gaji guwa baru keluar. Kebetulan Selangor dah layak ke suku akhir Piala Malaysia setelah puas bermain YoYo dengan Abam Devan di peringkat kumpulan. Misi 33 Selangor masih belum mati. Terasa ini adalah masa yang terbaik untuk mencuba sertai diorang buat kali pertama setelah sekian lama memendam rasa. Tapi macam mana nak pergi? Guwa nak pergi naik apa? Stadium Shah Alam tu kat mana? Naik bas apa? Nak balik macam mana sebab dah tengah malam? Ada ke warga ultraSel dari Selayang Baru? Macam-macam guwa persoalkan dalam kepala hotak ni. Tapi orang kata, kalau takde usaha memang tak kan dapat hasilnya. 

Jadi misi untuk ke Shah Alam dimulakan. Setelah tidak memalukan diri bertanya dalam page ultraSel, ada juga beberapa komrads dalam tu yang sudi menolong. Diorang bagi la beberapa cadangan, dan mujur ada bantuan dari group Red Giant Selayang untuk transport guwa ke Shah Alam. Big Thanks to saudara Ame Lee untuk transport ke Shah Alam. By the way, tak susah pon sebenarnya nak join ultras. Hanya bawak muffler (yang bercirikan negara atau team atau kelab) serta berpenampilan kemas dah cukup. Tak perlu nak daftar nama kat Suruhanjaya Ultras2 Malaysia (wujud ke?) atau bayar yuran bla bla bla. Paling penting, ada jiwa menyokong dan berdiri bersama-sama selama 90 minit; chanting and singing mengikut arahan Capo. Simple dan tak susah langsung.


bersama RED GIANTS SELAYANG

Ame Lee; thanks for the ride.

Dalam pukul 8.30 guwa dah sampai ke Shah Alam. Sampai je kat stadium terus beli muffler, kemudian masuk stadium cari territory ultraSel. Kali ni tempat diorang lain sikit dari asal. Selalunya kat gate 15, tapi ada sebab-sebab yang guwa tak tahu sangat kenapa, diorang terpaksa berpindah ke gate nombor berapa entah guwa tak ingat. Masuk dan bersalaman dengan komrad. DONE! Dengan ini penampilan pertama guwa dengan UltraSel di Stadium Shah Alam BERJAYA! Seperti biasa yang guwa katakan kat atas tadi, Ultras akan berdiri bersama-sama singing and chanting selama 90 minit tanpa henti. Yes, sebagai komrads baru dalam ultraSel, memang banyak chants2 diorang yang guwa langsung tak tahu. Tapi itu tak jadi masalah untuk guwa terus follow-up. Apa saja yang capo lead kita sing and chants, kita ikut saja. Kalau tak ikut, memang berterabur dan hancur.

Apa-apapun, ketagihan yang melanda selama ini akhirnya dapat dilegakan bersama ultraSel. A fresh coke from Selangorean is really stopping my self control. Rasa kesurupan lebih memuncak bila Selangor menjaringkan gol pertama menerusi freekick Ronaldinho Malaysia, abam Safiq Rahim. Ketika jaringan pertama Selangor tercipta, dari jauh guwa perhati kelibat Kesatuan Tarian 'Punggung-Punggung Anda' (Ass Ass You) yang tak henti menari-nari domba tiba-tiba terdiam kaku sedang ultraSel berpelukan bersorak meraikan jaringan pertama Selangor. Begitu juga dengan gol freekick Abam Safiq serta pesta meng-ayam2kan penjaga kebun sayur pasukan Perak untuk jaringan ketiga Selangor menerusi Kanchung.

this is where we are. (ehsan shahfreshtilldeath photography)

lead us capo! oh, by the way, ACAB! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

 raise up the muffler. Ooooo.......... Se! La! Ngor! (ehsan shahfreshtilldeath photography)

the moment when our warriors gave us a diamond to shed our tears (ehsan shahfreshtilldeath photography)

Walaupun Abam Jeeva melepaskan satu jaringan buat Perak, it's not a sweat for us untuk terus chanting and singing for the team. Dan akhirnya setelah 90 minit, Selangor mencapai kemenangan dengan bekalan selesa 3-1 untuk di bawa ke Ipoh. Perjuangan masih belum selesai, Selangor akan berjuang sekali lagi di Ipoh, UltraSel akan turut berjuang di Ipoh, Well, guwa juga akan ke Ipoh pada jumaat ini untuk penampilan kedua berjuang bersama ultraSel. Semoga selamat pergi dan sampai.

well, the best team wins.

Bagi guwa, this is the second most best freakin moment selepas bersama dengan Ultras Malaya dan guwa mahukannya lagi. Untuk Selangorean yang nak join, jangan segan-segan untuk join curva 15. Tak perlu bayar, tak perlu daftar, hanya perlu ada jiwa dan semangat untuk menyokong. Akhirnya kau juga akan merasai apa yang guwa rasa dan menyertai Ultras bukanlah sesuatu yang merugikan.

Jom pergi Ipoh! 14 Oktober 2011.

*terima kasih banyak guwa ucapkan kepada sdr Muhammad Firdaus Abd Rahim yang tak henti2 paksa, ehh! Pujuk guwa untuk sertai ultraSel. (jangan marah ekk...hik3) Tak lupa kepada sdr Eday Villa (tak tahu nama betul.. haha!), yang sudi untuk membantu guwa untuk ke Shah Alam, serta kepada krew2 RED GIANTS SELAYANG especially sdr Ame Lee yang sudi menumpangkan guwa untuk ke Shah Alam tempoh hari. DAUN SELASIH DAUN KAYU, TERIMA KASIH THANK YOU.


Pukul 4 Pagi

|




(ps: ini adalah entri yang sangat bosan. entri ini ditaip untuk mendatangkan rasa mengantuk yang masih degil untuk hadir dalam diri ini.)


***********************************************


AIM ZULHASHIM
Selayang Indah,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

PER: LABONAN PUKUL 4 PAGI OLEH AIM ZULHASHIM

Hai, nama guwa Aim Zulhashim, atau nama samaran guwa Chrono Hunterz. Awek guwa pulak panggil guwa Locus. Ada orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa hensem macam Anuar Zain dan bila guwa menyanyi suara guwa sebijik macam Anuar Zain. Tapi guwa tak suka orang panggil guwa Anuar Zain sebab guwa bukan Anuar Zain. Dan guwa maseh muda. Selamat berkenalan.

2. Pukul 4 pagi, guwa masih segar kat depan PC ni sambil mengorek hidung yang penuh dengan khazanah semulajadi yang sangat bernilai. Terus terfikir untuk melabon sesuatu cerita dalam blog ni. Dengan pantas guwa capai tangan dan jejari ligat guwa kat papan kekunci PC guwa dan mula melabon.

3. Sebelum ni guwa punyai impian untuk memiliki Sony Ericsson Xperia X10, tapi sebab guwa kurang keyakinan nak kumpul duit banyak2, terus guwa kebas Nokia 5800 XpressMusic dari rakan kerja kat tempat kerja baru guwa. Sangat berpuas hati walaupun kadang2 terpaksa menahan geram sebab enfon tu selalu lagg. Ciss!

err... berbaloi ke guwa amek fon ni? macam tak je..

4. Bercerita tentang kerja pulak, guwa dah berenti dari kerja kat kopitiam Oldtown tu. Sekarang guwa meneruskan kerjaya di sebuah kedai game kat pasaraya NSK. Yehh, langkah yang guwa ambil untuk berhenti kerja memang tepat. Gaji pon kurang lebih je jika dibandingkan dengan tempat kerja lama guwa. Tugasan yang diberi cukup mudah! Duduk dalam kedai tunggu customer untuk jual DVD game PC atau XBOX atau PS2 atau NINTENDO WII dan beberapa servis lain. Kalau takde customer, guwa boleh online facebook ataupun main game PC atau PS2. Tambahan pulak customer sangatlah tak ramai. Bahagia kan. Hahaha!

5. UltraSel (Ultras Selangor); err... guwa sebelum ni pernah la pasang impian nak join diorang. Tapi tak berkesempatan. Sebabnya (bukan alasan!) takde duit, jauh, dan masih belajar. Kebetulan pulak gaji guwa baru je keluar hari tu. Jadi guwa plan nak buat 1st debut dengan UltraSel pada 10hb Oktober kat Shah Alam dan 2nd debut pada 14hb Oktober kat Ipoh. Kali ni guwa memang nak pergi, bukan angan kosong lagi. Namun semua perkara tertakluk kepada keadaan. Jika ditakdirkan guwa tak dapat pergi kali ni, mungkin bukan rezeki guwa untuk bersama diorang.


6. Bercerita tentang gaji guwa, nampaknya pengorbanan guwa bekerja waktu hari raya Aidilfitri sangat berbaloi. Sebab tu boleh beli telefon baru. Haha! Khas untuk Abdul Rasyid Salleh, hutang kau guwa bayar dalam bulan ni. Orait. Selebihnya guwa nak simpan untuk belanja guwa waktu LI tahun depan. Semoga guwa tak gatal tangan gunakan duit simpanan tu. Amin..

7. Mata guwa dah mula mengantuk, khazanah semulajadi dalam hidung guwa pon dah habis di gali, esok pagi dah kena kerja mula pukul 11.30 pagi, lepas tu petangnya pulak nak pergi Kuala Lumpur kejap sebab nak ambil jersi Barcelona yang guwa dah tempah untuk letak nombor dan nama kat belakang jersi tu. Kebetulan pulak ketika ini guwa sedang melancarkan program 'FAKK!!' secara besar-besaran terhadap line maxis braoadband yang sangat lembab macam cilaka.

8. Apa-apapun, selamat pagi dunia. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Sekian, Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK GAME, FACEBOOK DAN NEGARA


Sejujurnya,
Aim Zulhashim

Bagaimana Aku Kenal Pasukan Bolasepak Selangor

|
the only Selangor jersey i have. number 10; dedicated to Safee Sali

Malam ni, guwa masih boleh tersenyum kerana harapan pasukan Selangor untuk mara ke suku akhir akan tercapai setelah berjaya membenam pasukan PDRM 4-1. Tak sia-sia hari ni guwa pergi kerja pakai jersi Selangor. Nampaknya kini sentuhan P. Maniam lebih berbisa dari K.Devan. Hehehe! Guwa ni suka mengimbas kembali kenangan lalu; tiba-tiba teringatkan zaman guwa baru kenal apa itu pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.

Waktu tu guwa baru darjah 2, guwa masih lagi seorang budak yang pemalu, comel, kiut, miut, dan punyai rambut keriting macam Mika. Ceritanya bermula dengan seorang budak yang tua setahun dari guwa, dia duduk kat sebelah guwa waktu sekolah agama, namanya Mahali Bin Jasuli. Guwa tak tau la nak describe dia ni macam mana waktu tu. Tapi, dia lah yang memperkenalkan kepada guwa tentang dunia bola sepak dan pasukan Selangor.

Guwa boleh bayangkan betapa fanatiknya dia dulu dengan Selangor dan Liverpool. Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.

Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu. Dari situ la guwa boleh berkawan rapat dengan dia, tiap petang main bola sama2, lepak rumah dia, kenal keluarga dia, mak dia, ayah dia, kawan2 dia.


Dari situ juga lah aku mula meminati pasukan Selangor. Everything tentang Selangor guwa gali, guwa ambil tahu. Almost every year, semua nama pemain Selangor guwa tahu. Dari zaman jurulatih Mike Pejic sampai ke K Rajagobal, Abdul Rahman Ibrahim, Ken Worden, Dollah Salleh dan sampailah ke zaman K.Devan. Semua guwa hafal walaupun ada kebanyakan guwa dah lupa. Tapi, bila dia dah tak bersekolah lagi kat Selayang sebab masuk MSSD mana entah, dah takde lagi member yang guwa boleh cerita sembang2 pasal Selangor.

Sampai sekarang, guwa masih setia bersama pasukan Selangor walaupun berkali2 sedih bila Selangor kalah dan tewas, lagi teruk bila terpaksa turun pangkat ke Liga Perdana atau Divisyen Dua. Tapi guwa tetap bersama Selangor. Pelbagai kenangan manis yang guwa dah pernah rasa waktu bersama Selangor. Dapat setandan pisang dari Bambang Pamungkas, dapat bergambar sama2 dengan Safee Sali, Elie Aiboy dengan P. Gunalan, dan dapat meraikan kejayaan melihat Amri Yahyah menjulang Piala FA kat depan mata. Kiranya, inilah pasukan yang guwa jamin guwa akan sokong sampai guwa mati.





Idola pasukan Selangor guwa berbeza-beza. Mula2 guwa masih ingat waktu guwa mula minat Selangor, idola guwa adalah Azman Adnan. Tapi bila dia beralih arah berhijrah ke pasukan Pulau Pinang, terus dia jadi musuh ketat guwa. Kemudian guwa mula jatuh hati dengan Rusdi Suparman, penyerang prolifik pasukan Selangor dan muncul penjaring terbanyak kempen Liga Perdana 2 tahun 1999. Diikuti dengan ketangkasan Azmin Azram Abd Aziz sebagai idola guwa yang seterusnya. Masuk tahun 2005, guwa jatuh cinta dengan penyerang Import yang bernama Brian Diego Fuentes, dan disusuli dengan Amri Yahyah dan Safee Sali. Tak lupa juga seorang lagenda yang sentiasa guwa hormati iaitu Arwah Mokhtar Dahari.

By the way, guwa bukanlah jenis penyokong yang selalu datang ke stadium. Maklumlah, Selayang dengan Shah Alam sangat jauh. Takde transport, duit tak yah cakap la, sentiasa miskin! Lagipun dulu guwa ni selalu kena perintah berkurung duduk rumah, tak boleh keluar. Anak tunggal lah kata kan. Jadi, bila tak dapat tengok live, atau tengok kat TV, guwa pasti akan duduk baring depan radio, buka frekuensi 100.0fm, kemudian dengar Encik Zainal Rahman membebel. Guwa suka bila dia jerit GOOOOOOOOOOLLLLLLLLL......!!!!!!!! Lama gila woit! Haha! Paling yang guwa tunggu2 time diorang nak pasang lagu Viva Selangor. Lagu faveret guwa tu woit!

Berbalik kepada cerita pasal Mahali ni pulak, memang dah bertahun-tahun guwa tak jumpa dia since last time guwa nampak dia waktu guwa darjah 4 kalau tak silap. Kemudian alih2 guwa dapat tahu dia main untuk Malaysia. Guwa masih ingat detik2 guwa bermain bola bersama-sama dia setiap petang selepas balik sekolah dan waktu cuti Sabtu dan Ahad. Dan ada satu perkataan yang dia lafazkan sendiri depan guwa,

"satu hari nanti aku nak main dengan pasukan Selangor, aku nak jadi macam Azman Adnan!"

Serius sampai sekarang guwa harap sangat yang dia akan sarung jersi Selangor lepas dia habis main untuk Harimau Muda. Dari waktu dia kecik, aku dah nampak betapa hebatnya dia bermain bola. Sampai sekarang, dia dah main untuk Malaysia, dah pernah bersaing bersama bintang2 bolasepak dunia yang lain. Guwa pon pernah jugak simpan cita-cita macam dia; nak jadi seorang pemain bolasepak yang hebat. Tapi, inilah realiti guwa yang sebenar, guwa punya skill melabon dalam facebook dan blogger, dan hanya dapat melihat rakan karib guwa waktu kecik2 sedang berusaha untuk menjadi seorang bintang bola sepak.

this is you right now bro, fight for the ball with the Japanese.

Semoga sukses buat kau bro. Tanpa kau, mungkin guwa tak kan kenal apa tu bolasepak dan apa itu pasukan Gergasi Merah. Terima Kasih kawan. Dan semoga berjaya untuk pasukan Selangor dalam misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke 33. Semoga misi kali ini bukan angan-angan tapi sesuatu yang mampu direalisasikan. Aminn.

B3LI3V3!!


Raya Macam Tak Raya

|

Setelah bersabung nyawa menahan lapaq dan dahaga sepanjang 30 hari, akhirnya segala dugaan berakhir. Syawal yang di nanti kini tiba lagi. Kini sudah 21 kali (mungkin 22 atau 23) aku menerima kunjungan bulan yang penuh kegembiraan. Jika dulu sewaktu aku masih terkekeh2 air liur meleleh bersetahun jagung, raya ni macam suatu peristiwa paling penting. Mana tak nya, tiap kali raya konfirm dapat duit raya, boleh kembali membalun makanan dan kuih muih sepuas2nya terutama Almond London.

Kini setelah genap hidup aku mencapai tahun yang ke 21, selang sebelas hari kemudian muncul lah hari yang ditunggu oleh seluruh umat islam untuk menyambut hari kemenangan. Tapi, aku rasa macam takda apa-apa. Hari raya seperti hari-hari yang biasa, macam hari isnin, selasa, rabu, khamis dan seterusnya.

Hari pertama aidilfitri aku dimulakan dengan bunyi jam loceng yang menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Macam biasa, aku bangun, mandi dan bersiap. Bukan bersiap pakai baju melayu tapi pakai kemeja oldtown white coffee. Hari ni aku kena kerja dari pukul 8 pagi sampai 4.30 petang. Keluar je rumah dalam pukul 7.40 pagi. Nak jamah sedikit nasi impit dan rendang ayam yang mak aku buat pon tak sempat. Sambil berjalan nak pergi kerja, tengok jiran-jiran aku semua bergaya dengan baju melayu dan baju kurung diorang. Ada yang berjalan kaki nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Aku lak pagi2 masuk kerja sembah customer. Cehh!

Sampai2 je kat tempat kerja aku, macam biasa lah kerja aku tiap pagi. Mop lantai, kemas meja, susun tray, bentang karpet, lap cermin dan bersedia untuk menerima pelanggan. Dengan hidung aku yang penuh dengan hingos, kepala aku dah naik pusing. Aku ingat semua orang pon pergi beraya dan takde la datang nak mencekik kat situ. Sekali customer yang datang punya la ramai. (cina mana ade sambut raya aidilfitri woiitt!!) Dah la pekerja yang masuk bahagian servis dengan aku tu pekerja asing. Buat kerja lembab, tak faham bahasa inggeris, inikan pulak nak faham bahasa melayu, asyik nak bersembang. Rasa cam nak baling tray je. Last2 aku punya emosi tak stabil, aku bertekak dengan customer. Memang cam nokharoomm.

Pukul 12, aku dah mula pening kepala, kemudian sakit belakang. Last2 kepala aku sakit, hidung aku makin parah. Sah-sah aku demam.

Balik je kerja dalam pukul 4.30 petang. Sampai je rumah, tengok mak bapak aku dah bersiap nak keluar. Makcik2 aku pon ada kat rumah aku. Bapak aku ajak aku ke Bukit Jalil yakni rumah makcik aku. Sekali bila dikira-kira, tak muat kereta. Mak aku, bapak aku, makcik2 aku dengan anak dia sorang. Jumlah ada 5 orang. Kalau nak kena saman, sumbat lah aku. Tapi diorang takde duit nak bayar saman. Jadi aku tak dapat ikut. Dan sekarang aku sorang-sorang kat rumah. Nak berjalan pon tak larat, kalau setakat pergi NSK tu boleh la. Hingus masih lagi meleleh2 keluar dari hidung. Kepala masih sakit.

Kini aku di rumah, bersama dengan 2 ekor kucing yang tak habis2 mengiau mintak makan, dalam keadaan demam dan takde mood. Hari raya aidilfitri yang tiada jauh bezanya macam tahun lepas. Damn!

Selamat Tinggal KeKeTeM Rembau

|
KeKeTeM Rembau the Kota Keriangan: Selamat Tinggal

Ini bukan post tentang cerita sedih atau cerita putus cinta. Terima Kasih.

Setelah 3 tahun guwa bermastautin kat rembau untuk menuntut ilmu, kini semua penantian dan penyeksaan itu telah berakhir. Selepas ni harap takde lagi lah perkara yang memerlukan guwa untuk menetap di sana dalam tempoh yang lama setelah perkara seperti itu terjadi pada semester lepas. Semester ni takde apa yang guwa harapkan. Guwa tak target untuk menjadi pelajar dekan; hanya mensasarkan untuk lulus dan meneruskan perjuangan guwa di latihan industri yang masih dalam teka-teki.

Tips Hilangkan Bau Masam di Badan

|
ada sorang member gua cakap kat gua; dia kata mungkin ramai kawan2 gua suka kat gua sebab gua mempunyai senyuman yang manis. kalau macam tu, gua akan terus senyum, senyum dan senyum. terima kasih kerana bagitau gua tentang perkara ni.

Dalam beberapa hari ni, gua perasan yang Malaysia ni makin panas. Surat khabar ada kata yang panas2 ni semua berpunca dari ribut yang sedang berlaku di Filipina. Pagi tadi gua buka tingkap, tengok environment sumpah macam haram, dengan bau asapnya, sah-sah jerebu. Tak tau la datang dari mana. Mungkin ada si bangang yang suka-suka hati buat pembakaran terbuka. Gua pun tak tahu.

Gua Tak Layak Untuk Lu Sebab Gua Terlalu Baik?

|
 warnanya serupa 
namun ianya tidak sekata, 
sememang banyak bezanya
itu yang diperlukan
mengheret ke dasar lautan
api ataupun syurga

ada orang bersurah kat gua dulu lebih kurang macam ni ayat dia; "saya rasa awak ni terlalu baik untuk saya, sampaikan saya rasa saya ni tak layak untuk awak. ye, saya memang tak layak untuk awak, jodoh saya bukan dengan awak. jadi baik saya undur diri"

Malaysia vs Hong Kong; Long Live Ultras Malaya

|
"ULTRAS MALAYA; Nadi sukan bolasepak Malaysia" -Nadi Arena

Ini adalah kali kedua aku bersama Ultras Malaya setelah melakukannya kali pertama pada perlawanan akhir piala AFF Suzuki menentang Indonesia. Setelah merancang sekian lama bersama rakan sebilik, akhirnya 'komplot jahat' kami berjaya dilaksanakan. Bertolak dari kolej yang terletak berhampiran pekan Linggi, Negeri Sembilan pada pukul 5.30 petang, bercorakkan gaya pemanduan ala-ala Grand Theft Auto (GTA) dengan menggunakan kereta Perodua Kancil yang disewa, kami berjaya juga sampai di hadapan Stadium Shah Alam lebih kurang jam 8.20 malam. Dari luar stadium dah boleh dengar chants yang memang confirm datang dari Ultras Malaya.

Ini adalah sedikit sedutan dari lensa kamera yang dicetak dari kamera pinjam yang di-snap oleh aku sendiri. (Sorry, gua bukan photographer professional yang reti nak tangkap gambar guna DSLR. Siapa2 yang pandai, sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih.)

I Am The Most Ultimate Infinite Definitely a Loser

|
Aim (aku); Loser bermuka mirip macam bangla yang paling dikehendaki oleh Interpol. Haha!

Nama aku Aim. Berumur 20 tahun dan akan menuju ke angka 21 pada bulan Ogos ni. Aku dikenali sebagai seorang yang tinggi, muka macam bangla, poyo, riak, suka perasan hensem, cakap bukan main power nak buat itu dan ini tapi hasil tak ada, suka mencarut dan segala macam perkara negatif, itu lah yang ada pada aku. Tapi ada juga yang mengenali aku sebagai seorang yang 'hensem', 'comel', baik hati, senang memahami orang, dan macam2 lagi lah. Mungkin apa yang dinilai semua orang tu ada yang benar, mungkin juga tidak sebab manusia kat sekeliling aku penuh dengan sifat yang suka berpura-pura.